Aug 4, 2011

Melepaskan

Entry ni menceritakan kisah peribadi. Don't waste your time to read it. hehe

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


"Bila kamu merelakan, maka kehilanganmu, kesedihanmu akan segera hilang. Apapun yang kamu sayangi, ia akan hilang entah bila, termasuk ahli keluargamu sendiri. Termasuk dirimu sendiri. Jadi, bila kamu mahu belajar melepaskan apapun di dunia ini, termasuk orang orang tercinta, maka belajarlah dari sekarang."



_________________________________________________________________

Dah masuk hari ke 5 berpuasa. Ade lagi 25 hari untuk sambut Aidilfitri.

Tapi bunyi mercun dah kedengaran diruang udara. Mangsa mercun pon dah ade y masuk berita.

Kesimpulan nye, jangan main mercun buatan sendiri. Kemaruk sangat nak main, sila main mercun y dijual dipasaran.

Ade orang, tulis blog hanya untuk menyampaikan setiap perkara y dirasai dihatinya. Alangkan senang rasa hati bile setiap perkara y difikirkan dengan senang dapat ditaip dan diluahkan dekat blog. Blog seolah-olah menjadi teman mendengar y setia.

Ade orang pulak, tulis blog semata-mata untuk mencari keuntungan. Beruntung juga sebab sedikit sebanyak blog menjadi sebahagian dari sumber pendapatan untuk menampung hidup.

Ade juga y menulis blog untuk menyampaikan dakwah. Beruntunglah mereka kiranya tiada kelak, blog itu boleh menjadi bukti dakwah mereka. Dakwah itu merupakan tanggungjawab setiap muslim.

Hati tak tenang.
Nak tido, tapi mata tak lelap.
Hati ini tak senang
tatkala perkara itu mengendap.

har3 ^_^

Tah hape-hape pantun ni.

Selamat malam.

p/s : tak de motif punya entry. maaf sape y bace :p

3 comments:

cik tehaa said...

tu laa.. kdg2 kita perlu melepaskn.. mgkin tu jln yg tbaik kan :)

miera said...

yup.. kadang2 kite selalu sgt sayang terlebih sampai melbihi had y sepatutnya.

miera said...
This comment has been removed by the author.