Jun 22, 2011

Ketawa di facebook.

Teringat perbualan dengan kawan-kawan yang tidak diketahui bile.

Alkisah bila "bunyi-bunyi" an ditulis di facebook atau pon sms.

Ade orang kate jangan gelak/tulis 'haha' sebab nye tak sopan. Untuk si gadis la.

So untuk gelak sopan sikit tulis la' hehe'.

Bile himpun-himpun bunyi ni, bunyi ketawa sahaja pon dah banyak.

Ade yang ala-ala sopan nak masuk elemen gedik-gedik sikit, perlu berbunyi 'hihi'.

Bila rase nak jahat-jahat nakal letak la 'keh3'.



Gelak besar dan tanpa segan silu berbunyi 'ha3'.

Nak lagi yang tanpa rase malu tulis je 'kah3'.

Tapi bile elemen sedih tiba, 'huhu' mesti menjadi pilihan.

Update sikit sekarang, orang gune 'huuu' je.. plus dengan simbol '~~' so jadi la 'huuu~~~'.

Kelakar kan?

Tapi semua ni bukan bahasa facebook je. Ia termasuk la jugak bahasa untuk message dan bloging. Pokoknya, yang tidak boleh disampai kan dengan suara tapi hanya melalui tulisan.

Sebagai penyedap dan penyeri kata kot.

Bayangkan semua orang tulis tanpa word-word ni. Rase macam tak meriah and suasana tak lengkap je kan? Ape yang nak disampaikan pon macam tak tersampai.

Yang saye tak reti nak tafsirkan adalah 'hoho'. Ape maksud terbaik yang nak disampai disebalik bunyi nie.

So, agak-agak bunyi yang menjadi faveret korang? ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s : dan sebaik sahaja entry ini ditulis, kawan-kawan yang sengal dahulu itu pon nak menambah lagi.

Tapi bunyi-bunyi ini mungkin bahasa ketawa modern yang baru dicipta dalam 5 tahun ini.
  • kihkihkih
  • ekekekekeke
  • huahuahua
  • har har har
  • agagagaga

So, pilih la sendiri mane yang berkenan. -_-"

2 comments:

Anonymous said...

aku slu pki pe mirae?

miera said...

ko pilih la sendiri..mane la aku nak tau.. :p