Jun 17, 2011

Roti Gardenia berharga 70 sen.

Tarikh :: Minggu lepas, before exam MOM.
-------------------------------------------------------------------------------

Exam MOM akan berlansung jam 8 malam. Jam tangan dah menunjukkan 6.30 petang. Erm, tak sempat rasenye nak beli makan ni. Beli roti je la.

Menapak ke kiosk berhampiran. Pilih la satu roti yang glamer. Dulu-dulu selalu makan roti ni, hari-hari kot. Sebab murah, singgit dapat 2. Kenyang pon kenyang, sedap pon sedap. Ramai rasenye minat roti ni.


Tapi tahu, sekarang dah naik harga jadi RM 0.60 satu. So, dah jarang beli. Ye lah, nak beli dua dah jadi RM 1.20. Malas la nak bagi mak cik kedai tu 20 sen.

After pilih benda-benda lain sekali dengan air, pergilah bayar kat kaunter. Berape nilai yang nak bayar pon, terima je walaupon rase mahal.

Sampai bilik, dengan tenangnye sambil mengadap nota MOM, tangan pon capai la roti ni. Belek-belek plastik nye nak tengok tarikh luput. Biase la, time beli tak tengok, time dah nak makan baru nak tengok.


Tapi lain pulak yang diperhatikan. Aik, sejak bile roti ni dah naik harga jadi RM 0.70 pulak. -_-"

Oo, ingat harga minyak je yang naik. Harga roti ni pon naik, sampai seposen pulak tu.

Baru lah disedari betapa tak ambil tahunya diri ini padah hal ehwal semasa. Harga roti naik pon tak tahu.

Entah-entah dah lame pon roti ni dok pada aras harga ni.

Yang dok bace-bace ni pon, tah tahu ke tak harga roti ni naik.

:P

3 comments:

Unknown said...

saya tahu saya tahu.. hehe
* adik sy suke btl mkn roti nii,,
balikk dari tadika baki duit abah bg pagi2 mesty tggl 30 sen..huhu

miera said...

wah, suke betul adik tu dgn roti nie ye.. hehe

Unknown said...

a'ah.. salah satu sbb dia slalu sgt beli roti tu..
abah x kasi beli jajan..* cikedis..haha