Jun 23, 2011

Share our opinion at Says.my


Setelah hampir lebih dari 3 bulan menyertai komuniti says.my ni, sedikit sebanyak sekarang saye sedar.

Laman web ini bukan dibuka hanya untuk berkongsi link advertising sambil menjana seposen dua melaluinya, tetapi ia juga merupakan satu laman yang mana para youth Malaysia boleh berkumpul untuk berkongsi pendapat dan menyoalkan persoalan yang bermain di minda mereka.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menjengah ke ruang Question and Answer, tidak menyedari akan perkara ini dan mungkin yang masuk pon, tak berapa sedar juga.

Perkara ini berlaku disebabkan ruangan QnA ini telah disalah ertikan oleh sebilangan ahli yang menjadikannya seperti wall Facebook mereka dengan mengupdate status diri berbanding mengeluarkan soalan-soalan yang bernas untuk dikongsikan bersama ahli yang lain.

Namun begitu, bukanlah semua ahli yang dikatakan sebegini. Jika dicari dan diteliti, masih terdapat soalan-soalan yang bernas dan sungguh bermanfaat untuk dijawab dan dikongsikan bersama. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih terdiri dari golongan ini.

Jadi, berbesar hati jika rakan-rakan yang mempunyai pandangan bernas dan masih belum menyertai says.my ini dapat sama-sama memeriahkan lagi komuniti ini. Walaupon saye ini bukanlah sesiapa dalam says.my ini, tetapi dengan mengajak rakan-rakan mungkin para muda belia boleh berkumpul disini sambil mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama.

Namun, harus diingat. Janganlah jadi seperti mereka yang menggunakan ruangan QnA ini seperti wall facebook mereka. Kongsikan atau persoalkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Kepada mereka yang telah menyertai juga, jenguk-jenguklah ke ruangan ini untuk berkongsi ilmu. Janganlah hanya berkongsi kempen untuk menambah pendapatan.

(believe me, you will gain something especially when you view the 'featured' question on the QnA section)

^^

3 comments:

nurul said...

yup..saya dah join..-)

miera said...

same2 share our opinion.. ^_^

miera said...
This comment has been removed by the author.