Jan 30, 2011

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid


Akhirnye, setelah 2 hari. Habis sudah menelaah novel ni.

Kan bagus kalau dapat bace buku kalpakjian macam baca novel ni. haha

Ape pon, tetap terbaik dari R.A.M.

Seperti biasa, berkisarkan misteri dan dicampurkan unsur mistik, cinta dan kasih sayang.

Mengisahkan seorang anak muda bernama Aiddin yang hidup dengan penuh bahagi sepanjang 21 tahun bersama ibu, ayah dan datuk tercinta.

Siapa tahu, sebenarnye Aiddin merupakan makhluk dari angkasa lepas. Ayahnya, Ibrahim yang juga makhluk bangsa asing yang telah merahsiakan asal usulnya ini dari pengetahuan Aiddin. Dengan beberapa konflik yang ditimbulkan, jalan cerita menjadi begitu menarik.

Walaupon sukar untuk diterima logik akal cerita ini, tapi R.A.M berjaya buat kita seronok untuk membaca dan membuatkan kita seolah-olah percaya perkara ini.

Tidak mustahil bukan? Kuasa Allah, tiada siapa yang boleh tandingi.

Tapi, yang paling menarik dari setiap sentuhan R.A.M ni adalah, setiap novel yang dihasilkannya sentias menitik beratkan tentang kuasa Allah. Setiap novelnya pasti menerapkan unsur-unsur Islamik seperti yakin dengan ketentuan Allah, percaya Allah itu adalah yang Maha Kuasa.

Dakwah dalam novelnya sentiasa ada. ^_^

Dan yang paling tidak sabar untuk saye tunggu adalah novel dari R.A.M yang berikutnya. Merupakan sambungan lagi untuk kisah Laksamana Sunan berjudul Sutera Bidadari.

Saya nak rekomen novel kisah Laksamana Sunan ni buat korang. Sangat best untuk dibaca.
Walaupon dah 4 novel sambungan kisah Sunan ini, tapi tak pernah puas untuk dibaca.

1st : Bagaikan Puteri
2nd : Cinta Sang Ratu
3rd : Hijab sang Pencinta
4th : Cinta Sufi

Rasa dah macam ketagih. hehe

Ape pon, kita tunggu next novel dari Ramlee Awang Murshid ni okey?

Apa yang terfikir..... itu ada!

InsyaAllah versi Melayu



Tengah tengah melayari facebook ternampak tajuk ni.

Sebenarnye dari malam tadi lagi nampak tapi tak perasan versi Melayu rupanya.

Klik-klik tadi tengok-tengok memang bahasa Melayu. Sedap rupenye Maher Zain ni cakap Melayu. hehe

Tak de la slang macam mat salleh sangat macam selalu orang luar cakap Melayu.

Maybe die pergi kelas BM kot.

Tapi, dengar kate. Lagu die ni memang dah banyak ditranslate ke bahasa-bahasa lain.

Agaknye, ape yang membuatkan Maher Zain ni begitu diterima di Malaysia nie?

Nak kata lagu sedap, lagu lain pon ade lagi yang sedap. Lirik lagu ni pon simple je rasenye.

Nak kata suare sedap, orang lain pon suare sedap jugak.

Mungkin kerana gabungan suara yang lunak dan lagu yang simple, membuat kan muziknya mudah diterima ramai.

Simple, mudah difahami dan mudah dihayati.

Ditambah lagi dengan elemen Islamic yang diterapkan dalam lagu tu membuatkan lagu ini cukup perisanya.

Apa pon, tahniah kepada Maher sebab berjaya berdakwah melalui lagu-lagu nya. Satu cara yang baik untuk menyebarkan Islam dengan imej yang cukup baik.

Love him. hehe


Nak dowload lagu InsyaAllah versi Melayu ni, boleh ke link ini (mp3) : lagu

Jan 29, 2011

Bercampur aduk

Baik, setelah lama dibiar sepi, kali ni nak buat entry yang bercampur cerita.

**************************************************************************

Kenape ye, dah masuk sebulan nuffnang punye earning tak meningkat lansung. Pelawat makin hari rasenye makin bertambah mengikut analytic.

Sape tahu, macam mane nak detect yang iklan nuffnang tu di kesan oleh nuffnang atau tidak?

Tolong kongsi-kongsi ek.. ^_^

**************************************************************************

Sangat lapar sekarang. Tadi makan awal. Time maghrib. Aduh~~

Jam 10.50 PM rasenye awal lagi. Tapi tadi pergi jenguk semua kiosk (Maryam dan Aminah), dah tutup rupenye. Erk, macam awal je. Maybe CNY, kerja separuh hari. hehe

So, last-last. Telan nestum je lah. Sedap juga. ^_^

**************************************************************************

Lepas cuti CNY ni, ade lagi 3 mid term exam dengan satu kuiz. Kemudian diadunkan lagi dengan program WISH yang akan berlansung minggu pertama lepas cuti, dan akhirnya dibakar dengan direct 3 minggu kelas ganti hari Ahad tengah hari.

Adoi, stress!! @_@

Tak paham kenape lecture tu nak buat kelas ganti hari Ahad. Hari sabtu boleh ape. Kalau ye pon Ahad jugak, kenape tengah hari. Pagi kan ade. huhu

Alasan nye, pagi-pagi student tak bangun lagi. Nanti tak ade orang yang datang kelas.

Tapi, kalau dah ade kelas tu, bangun je lah kan~~

Tah la, ikut lah Sir. Keberkatan itu penting, saye ikut sahaja.

***********************************************************************

Jadual final exam dak keluar untuk semester ni.

Uissshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memang terbaik~~

3 subjek major direct. dah la minggu pertama exam. Pembuka tirai. huhu

31/2, 1/4, dengan 2/4..

Yang lagi baik, 1/4 exam petang dan 2/4 exam pagi. Lagi penambah perisa, subjek 2/4 itu adalah THERMOFLUID.

Owh, doakan saya insaf dengan cepat before masuk revision period nanti. Semestinya revision period yang 3 hari itu tidak sempat untuk menelaah lansung.

Saya jugak akan doakan korang semua.

@_@

**************************************************************************

Tadi keluar kejab, terbeli novel baru. Novel baru Ramlee Awang Mursyid.

hoho. Lame dah tunggu novel baru dari dia. Akhirnya, ade pon.

Tajuk novel "Rayyan Fantasi".

Sinopsis?

Baru bace separuh. Tapi best ^_^

Penuh dengan misteri. Seperti biasa, hasil dari tangan En.Ramlee ni.

**************************************************************************

Tamat sudah sesi bebelan. hehe

Tak ade cerita lain nak cerita. Sorry la ye.

Jumpe lagi ^_^


time keluar makan sempena bufday Linda (kembar Ella)

picture tak ade kaitan dengan bebelan. ;p

Jan 23, 2011

surat untuk kriss

Down~~

Petang tadi exam thermofluid. Pukul 6 kot, habis 7 suku. Memang tak sesuai.

Tapi bukan down sebab exam. haha

Down sebab Kriss.

Kenapelah asyik buat hal? Tak suke dok UIA ke? Marah kat aku ke?
Penin tau. Tanye abah tadi kenape dengan kamu, tapi abah pon tak ada jawapan kenape.
Jual karang baru tau.
Nak merajuk pon, apelah salah aku. Kite pon baru je jumpa.
Try-try la serasi dulu.
Masuk ni dah 3 kali tau buat hal.
Penyabarnnye lah aku kan?

surat untuk : kriss

Jan 21, 2011

Municks

Entry kali ini, nak bercerita mengenai kenangan lalu.

Bersempena hari jadi insan ini, entry ini khas untuk beliau.

Seorang senior dan kakak yang baik hati, lemah lembut, sangat sopan, sangat cute dan sangat sweet.

Kenal time form 1 dulu kat SMKSTL (Seri Tualang Temerloh Pahang). Dah lame tu. Dah 9 tahun. Siapa sangka, masa sungguh cepat berlalu, sekarang dah bergelar isteri orang.

Tak berkesempatan untuk hadir ke majlis perkahwinan, wish pon belum. So, di kesempatan ini saye sebagai seorang junior nak wish selamat pengantin baru kepada k.Mun (Munirah Mahasan).

Semoga bahagia bersama dengan husband tercinta dan dikurniakan zuriat yang sihat2, pintar2 dan soleh-soleh.

Dan, selamat hari jadi ^_^. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi isteri y solehah. Tiada hadiah untuk dikirimkan. Sorry~~

curi gambar ni kat fb k.Mun. Tak sangka ada k.Syikin dan k.Ros sekali.
Dan k.Mun sangat cantik berbaju pengantin ^_^

To akak-akak y lain tu, bila lagi nak ikut jejak langkah k.Mun nie.. (^^,)

Apa y saya rase istimewa adalah bile ingat balik macam mana senior-senior ni semua ambil berat and care dengan junior-junior. Memang baik hati.

InsyaAllah semoga ukhuwah ini sentiasa berkekalan.

Andai mereka membaca entry ini, saye nak luahkan yang saye sangat sayang mereka dan sentiasa mengingati mereka. ^_^

Kenangan sentiasa diingatan.....
(mood : touching)

Sekian~~

Jan 20, 2011

Contest Collage Kesayanganku



Hari ni, telah dijemput untuk joint contest dari cik miela kite.

Korang semua, jom la join sekali. ;p

Ini gambar yang nak dipertaruhkan :

sila klik untuk imej y lebih jelas ^_^


saye tag la kawan-kawan. Kawan-kawan blog saye tak ramai sangat.


Okeyh, sekian sahaja. Nanti kalau ade lagi gambar edit, saye join lagi untuk kali ke 2..hehe ^_^

Jan 19, 2011

Angin lalu bertiup kembali..

Wonder if they still remember me.

Semua orang pernah dapat hadiah kan?

Tapi agak-agak ingat lagi tak sape y memberi hadiah tu?

Tapi soalan kali ni, orang bagi hadiah tu ingat tak y diorang pernah bagi kite hadiah? hehe


ni koleksi frogy y dibela sepanjang 7 tahun. Dok dalam sangkar diorang. hehe. Tak besar-besar. 3 hadiah orang dan satu beli sendiri. Dari kiri, dari K.Farah (form 3), beli sendiri, dari Shafa - bear coklat (Cenfos IIUM) dan y paling besar tu, warna hijau pucuk pisang tu dari Manisah (form 5). Thanks untuk semua y sudi memberi hadiah. Tak tau la kenape diorang banyak bagi frog.


Yang ni pula memang saye selalu mintak. Kalau ade kawan-kawan y pergi makan angin, sile la bawak balik buah tangan. Bukan y mahal-mahal, keychain cukup~~ Buat menambah koleksi. Ada antara keycahin ni yang dah mencecah umur 10 tahun. Nak tengok, pemilik-pemilik keychain ni ingat lagi tak y diorang pernah bagi keychain-keychain ni kat saye.



Yang penting, tak kira apa pun yang orang pernah bagi. Terima dengan ikhlas dan jaga dengan baik. Kadang-kadang bukan hadiah itu yang penting tapi kenangan disebaliknya tu yang penting. Kenangan yang mana 10 tahun akan datang, dengan adanya barang-barang ni, kita boleh ingat balik dekat orang-orang yang memberi hadiah ni.

Moga-moga ukhuwah sentiasa berkekalan. ^_^

Jan 17, 2011

Dah sampai tengah dah.

Pejam celik mate ni, rupa-rupanya dah sampai mid sem dah.

Rase macam baru dua-tiga minggu lepas post pasal sem baru.

Hari ni, ada mid term. hoho

Tapi kenape la tak study cik mira?

Jadual untuk minggu ni dan minggu depan, ada banyak test. Majority lecture nak buat test sebelum pulang bercuti untuk mid semester.

Hari ni, mid term NonMetallic Material, sabtu nanti Thermofluid dan Khamis depan Calculus 4.

Semoga berjaya dan semoga mood rajin-rajin selalu ada. haha

To semua kawan-kawan yang akan exam juga, saye doakan korang dapat study dengan baik dan diterangkan hati. Supaya senang ilmu nak masuk.

Apa pon, buat sehabis baik okey. ^_^

Dan kemudian tawakal.

sumber: google

Jan 16, 2011

tanya sama itu hud-hud


Sedang-sedang menonton AJL 25 y telah lepas dari YouTube, terdengar lagu Tanya sama itu Hud-Hud dari M.Nasir yang pernah menjuarai AJL 1994.

Actually, dah lame confius dengan lagu. Tak faham apa kisah yang disampaikan. Yang tahu, lagu itu mempunyai message tersendiri.

So, hari ini akhirnya terbuka hati nak search mengenai lagu ini. Rupa-rupanya mengisahkan burung hud hud pada zaman Nabi Sulaiman.

Jahilnye lah saye ni. Kisah yang ada dalam Al-Quran pon tak tahu.

Pada yang tak tahu. Jom la sama-sama kita ambil tahu.

Thanks tu M.Nasir yang buat lagu ni. Boleh jugak jadi satu lagu dakwah.

Sumber :

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Karena ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya.

وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لاَ أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ. لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَاباً شَدِيداً أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ. فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطْتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَأٍ بِنَبَأٍ يَقِينٍ. إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

“Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata, “Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang.”Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata, “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.” (An-Naml:22-23)

Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman. Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Quran Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum karena ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka. Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

Di samping itu, seorang manusia, yang tentu lebih mulia dari seekor burung hud-hud, harus senantiasa memiliki inisiatif positif dan terus berupaya mencari kebaikan. Seorang manusia seharusnya lebih terpanggil untuk berinisiatif dan melakukan perbuatan baik tanpa harus menunggu perintah. Ketika mempunyai pemikiran, seseorang tidak perlu sungkan untuk menyampaikan kepada atasannya.


Jan 14, 2011

Tips nak pergi jalan-jalan

Currently at UKM..hehe

Online dengan seronoknye. Dan laju nye..

Maaf UIA. Wireless kamu tidak sebegini. Jika tidak, pasti saya akan sayang kamu lebih. ;p

Today, nak advice kat korang-korang.

Kalau nak jalan-jalan kemana-mana jua dengan menaiki kenderaan awam, sila pastikan anda tidak bertolak diwaktu orang nak balik kerja. Petang-petang dari 4.30 sehingga 7.00 malam terutama jumaat.

Jika tidak, anda akan menimpa nasib y same dengan saye yang menunggu KTM untuk trip y ketiga. 2 kali kot tak dapat naik train.

Manusia yang nak naik KTM tu, MasyaAllah. Tak terkira dek kalkulator. hehe

Kalau nak jugak keluar waktu-waktu macm tu, sila-silalah membawa bahan bacaan. Tidaklah terbazir masa begitu shj.

Kalau tak, bosan pon korang akan dapat, tension terlepas train pon korang dapat.

Macam saye tadi, naseb bek memang tujuan g UKM ni nak study, bawa la juga buku ni. Hah!! Tunggu KTM tu, siap boleh habis satu tajuk kot. haha. Semangat sungguh baca dikala orang lain dok tension-tension train penoh.

kene anta review buku ni hari Selasa nnt..huhu


Jadi, jangan lupa tips berjalan dari saye ni okeyh?

Photoshop edisi Blur....

Hasil untuk pagi ini. ^_^

Setelah mendapat ilham dari blog ini.

Walaupon jauh perbezaan kualitinya, tetapi saya berjaya. ^_^

Maaf ye roommate-roommate ku di CFS kerana wajah anda menjadi mangsa blur. hehe

Aku tak edit lah picture ni, tah macam mana tengok-tengok tadi dah jadi macam ni. Aku sorang je yang menyerlah. ;p

Lagipon bagus juga. Untuk menjaga privasi korang kan? hehe

Nak belajar? Sila tanya. haha

p/s: bila aku edit gambar, itu tandanya aku rindu. chewahhh (^^,)

Jan 13, 2011

Berita baik untuk peminat Korea. The best Korean Drama streaming website in Malaysia!


Web drama korea ONLINE.

haha. Nak kate saya peminat korea? tidak lah gila sangat.

Tapi kalau dah tengok tu, layan la jugak. Kalau kira-kira rasanye tak sampai 10 drama lagi kot.

Tapi i know~~

Ramai kot yang minat drama korea kat luar sane tu. Terutama gurls. Tapi guys pon tak tertinggal juga.

Serius, before this ingat gurls je layan korea, rupe-rupe nye guys pon ramai yang layan. Baru tahu kot. hehe

Tapi tak salah pon. Syok gak drama korea nie.

Ape pon, bukan itu yang nak dikongsikan.

Nak kongsi satu web yang memuatkan berbagai drama dan lagu dari korea. Yang penting, FREE!! haha

Yup, dengan loading yang tak lah lembap sangat dan dengan cerita yang berbagai dalam web tu, memang syok habislah.

Yang penting lagi sekali, semua episod ade. Tak perlu tunggu-tunggu, memang semua dah tersedia. Pilih je nak cerita ape dan episode berapa. Klik dan tonton.

Peminat-peminat korea, silalah bergembira anda untuk berita yang Syok habis ni.

Nak tahu ape laman web tu?

Sila klik sini ye.

Lepas ni, tak perlu lagi download-download cerita. Klik dan tonton. Semudah A B C. haha

Tapi satu peringatan untuk kawan-kawan. Jangan sampai addicted sudah la ye.

Study pon penting. Tonton lah time-time merehatkan minda. ^_^

Enjoy your drama. (^^,)


Astro B.yond PVR, can record all your favorite Astro shows


"Check out Astro B.yond PVR where you can record all your favorite Astro shows and watch what you want, when you want them. Astro B.yond PVR has just made our lives easier! If you’d like to get an Astro B.yond PVR for yourself and take charge of your TV-viewing experience, we’ve got good news for you! Astro is holding a contest exclusively for you Nuffnang Bloggers where you could stand a chance to receive, enjoy and review an Astro B.yond PVR set, and even win a 3D/2N getaway to Sutera Harbour in Kota Kinabalu! Drop a comment on the blog post, and answer this question: “How Would Having Astro PVR Change Your Life?” and share to your friends and followers on this life changing experience! Don't forget to tag Astro FB @Astro if you're sharing on FB or @astroonline if you’re sharing on Twitter! Start sharing the contest today!"

Berita baik untuk sape-sape yang merupakan nuffnang blogger. Sekarang astro sedang melancarkan satu contest yang semestinya menawarkan hadiah yang cukup lumayan. Untuk lebih lanjut, boleh ke link ini.

Owh, teriklan kejab..

Tapi yang pasti, tujuan entry kali ini bukan untuk mengiklan, tetapi lebih kepada untuk berkongsi.

Berkongsi pasal astro beyond ni. Saye tak sure bende ni dah lame ade or baru ada. Tak ikut sangat perkembangan teknologi sekarang. Cepat sangat sampai tak terkejar. haha

Yang pasti, my cousin dah lame dok citer pasal bende ni kat saye.

Kalau you all nak tahu, astro beyond ni ada satu applikasi yang cukup best lah. Memang syok habis kalau sape-sape yan memang kaki tv tu.

Ape yang best?

Bestnye apabila kita boleh merakam semua cerita kat astro yang kita rase best dan simpan.

Bestkan? haha

Lagi best kalau langgan citra ek, yang channe dok tayang cerita-cerita baru tu.

Ha, langgan yang tu and record semua cerita-cerita baru. Tak payah la nak pergi beli cd dan pasang kat umah. Dah record, boleh la tengok ulang-ulang kali pastu.

Lagi-lagi yang best pasal astro beyond ni?

Saye pon tak tahu. haha. Sorry.

Korang tahu, korang kongsi ye. ^_^

Jan 12, 2011

Mase lapang banyak, jom kita buang-buang sikit.

Sekarang rase tenang sikit, setenang air laut yang tenang. haha

Quiz dengan test untuk minggu ini dah habis. Menunggu mid term exam yang 1st hari isnin depan. Dan satu book review yang perlu dihantar selasa depan.

Seperti yang diketahui, kalau lagi banyak masa free, lagilah banyak masa kita yang akan dibuangkan dengan sengaja.

Iyelah, kunon-kunon banyak lagi masa, so bertangguh kerja lah, nanti buat katanya. Last-last nanti tu, memang malam yang esoknya dah nak kena submit baru terhegeh-hegeh nak buat.
Pengajaran!!

Jangan bertangguh kerja.

Tapi macam biasalah, kalau dah lambat lagi nak kena hantar, memang giler susah nak dapat mood buat kerja tu kan.

Owh, dah almaklum sangat dah perangai tu. Jangan gedik!! Pergi la buat kerja tu, sikit-sikit pon tak ape.

Tips nak rajin-rajin?

Ahah, saye tak ade tips nak bagi. Tak tahu pon. Tapi mungkin boleh la kot y ni. Bagi ganjaran pada diri sendiri kalau dah study. Boleh main game sejam ke kalau dah study 30 minit. haha

Tak pon, buat la kejab kerja tu. Mule-mula memang susah, tapi kalau dah start tak mau berenti kot. adeh. Rajin nye lah~~

Paling best, jemput orang-orang yang kite menyampah habis datang bilik, confirmlah pastu kita buat-buat baca buku supaya dia cepat blah. haha. Jahat nyer!

Sama-sama kita membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih cemerlang tahun dan semester ini. Amin~~

Jan 10, 2011

Ops, terbuang masa. -_-!

10/01/2011

Semalam, satu hari yang lagha. Dah lagha yang dirancang.

Plan untuk berjalan-jalan di Times Square berlansung dengan jayanya. Dengan membawa cousin-cousin (Saiyida, Syabil dan Fatin) yang semua dibawah umur, maka bermula lah perjalanan kami dari Puchong Prima ke Times.

Tiba di Times jam 11.40 pagi. Membeli tiket wayang, Hantu Kak Limah Balik Rumah. (coz ramai orang kate best) Tayangan jam 3.50 petang. huh Lambatnye~~

Oleh kerana tiada arah tuju, maka menapaklah keluar dari times menuju ke Low Yat. Niat nak servey controler Ps3 Syabil, tapi malangnya terbantut kerana harganya yang tidak mampu untuk dimiliki ketika itu. RM180 ++ untuk satu controler. Bagi duit tu untuk aku shoping lagi bagus Syabil. ;p

Setelah berjalan setiap tingkat yang ada hanya sekadar mencuci mata, maka berpulang lah kembali kami ke times. Seperti yang dirancang, nak masuk rumah hantu lah konon nye. Tapi ade yang takut dan tidak yakin untuk menghadapi hantu-hantu didalam tu, kami pon cancelkan plan tu.

Pergilah kami membawa diri ke kedai makan. Mengisi perut yang telah berkeroncong. Siap makan, perut dah kenyang, jam baru 2.00 petang.

Alahai, lambatnya 3.50 petang. Masing-masing muka dah boring, sambil duduk dibangku tak tahu nak buat apa.

anak-anak tak cukup umur

Kalu bawa buku Gen kan bagus. Boleh jugak baca-baca. Tak adelah buang masa macam ni. Dah la tak habis lagi review. =(

Dah kerana tak tahan, sebagai kakak yang bertanggungjawab kepada pembuangan masa adik-adik, maka kami buat plan baru. Iaitu melepak di Borders, kedai buku. haha At least, berbaloi la jugak. Boleh baca-baca buku.

Apabila jam telah 3.30, kami pon menapak ke Wayang. Dan bermulalah penontonan cerita hantu kak limah tu. Nak tahu best ke, sila tengok sendiri ye. haha

Habis wayang, terus balik rumah. Dah malas nak buang masa. Boring gila.


Jan 9, 2011

Harapan Tanpa Suara - Kempen Kami Prihatin



HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?

Hari ni, IIUM telah menjadi tempat untuk kempen Kami Prihatin, Anda Bagaimana?

Semua student dari Parenting Skill yang hari Rabu diwajibkan untuk joint.

So, saya pon terlibat sama lah kiranya.

Sebagai satu program yang wajib, mula-mula tu memang tak ada semangat lansung. Tapi bila dengar semua peserta tu dapat t-shirt, naik la sikit semangat tu. haha

Tapi bila dah pergi, rupa-rupanya boys je yang dapat. Gurls dapat topi je. Tapi topi pon ok jugak la. Boleh pakai, and tayang-tayang.


topi free ^_^

Program ini anjuran kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Kempen ini memfokuskan kepada kes-kes pembuangan bayi yang semakin menigkat di negara ini. Jadi, kempen ini bertujuan agar dapat mengurangkan kes-kes ini dan memberi kesedaran kepada remaja-remaja kini supaya tidak terlibat dengan masalah gejala sosial.

Dan semestinya bukan lah di tuju kepada remaja sahaja. Semua pihak juga perlu terlibat dalam menjayakan kempen ini.

Antara yang hadir pada program ini adalah Akil Khai, menjadi panel untuk forum. Turut hadir Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai perasmi. Dan diakhir program, forum kedua dihadiri oleh Iman Muda Asyraf. Artis pula, sebagai memeriahkan majlis adalah dari Mawi, Bienda dan Mel.

Entry seterusnya saya akan sertakan lagu dan lirik untuk Kempen Kami Prihatin ini.

Sama-sama kita hayati dan bersama turut berkempen. ^_^

Jan 7, 2011

Women love to scream!!

Orang perempuan suka sangat menjerit kan?

Bila terkejut or takut, mesti menjerit.

Kenapa perlu menjerit?

Salah satu sebabnye maybe kita rase selamat bila menjerit. Sebab kita menjerit mungkin untuk orang lain dengar dan tolong. Ataupon something yang menakutkan tu blah sebab kita jerit kuat sangat. Biar dia bingit. haha

Tapi, please. Yang dok kat blok mahallah ni menjerit dari tadi pulak, ape masalah dia?

Tiap-tiap malam pulak tu.

Okey, mungkin kawan dia menyakat dia baling-baling tikus kot. So, dia jerit sebab nak selamatkan diri. Supaya kawan die tu rasa bising dan stop maen baling-baling tikus. (-_-!)

Cik adik, suara kamu sangat sedap dan nyaring. Sampai guard kat depan mahallah tu pon boleh dengar.

Jangan mencetus kontroversi okey.

Nak jerit boley, tapi saat tak selamat sangat je. Kena rompak, ada orang nak ambil kesempatan, dan terancam nyawa. Jerit la minta tolong puas-puas ok. Kalau kawan kacau, tak perlu.


ha, yang nie boleh jerit. haha

Jan 5, 2011

Kenangan Raya 2010

Okeyh, terlambat update gambar raya. Contest raya untuk raya pon semua dah habis. Tapi tak kesah la. Still nak upload gambar nie.

Lokasi : rumah Alia
Tarikh : After leadership gathering sem 1 2010/2011. (tak ingat tarikh ;p)

kami gadis-gadis belum kawen

Atas dari kiri : Farah, Syak, Iswaibah, Linda, Ain, Jihah, Syazana, Amira, dan tuan rumah: Alia.
Bawah dari kiri : Fiqi, Ella, Shafa, ily, and eza.

kalau nak stalk gadis-gadis ni, cari sendiri kat fb ok?

Thanks untuk tuan rumah dan semua yang sudi menjemput dan menumpangkan saya bersama pergi beraya. ^_^

Jan 4, 2011

Saya kaki ponteng!

Hari ini quiz math cancel. haha. Postpon pada khamis nanti.

Actually, tak de lah get ready sangat tadi. Tak buat latihan pun, study rumus dengan latihan yang lecture bagi je. So, bile cancel kuiz tu, rase tak kesah pon. hehe

Student lain macam semangat gila. Kelas yang before ni jarang-jarang penuh, tiba-tiba hari ni sampai tak cukup kerusi meja.

Ponteng kelas untuk student U itu adalah perkara biasa atau pon luar biasa?

Kalau time sekolah dulu, ponteng kelas tapi pergi sekolah rase macam pelik je kan? Rasa macam benda tu budak-budak nakal je buat. Kalau nak ponteng pon, ponteng sekolah terus. Walaupon still tak patut rasanya untuk kanak-kanak sekolah.

Tapi kenapa, bila dah dekat Uni, ponteng kelas tu rasa macam tak ada ape-ape je. Tambah lagi kalau Department Engineering yang dah memansuhkan pengambilan kedatangan. Bukan benda tu satu perkara yang sama ke macam kita ponteng kelas time sekolah?

Mungkin dah mind set student-student kot. Even pemilik blog ni sendiri pon pernah ponteng kelas kot. Rasa ape ek. Rasa macam tak de ape-ape pon. Rasa bersalah tu ada jugak tapi lama-lama lupa macam tu je.

InsyAllah, sem ni berazam taknak ponteng kelas even satu kelas pon. Kawan pernah cakap dulu, tak paham pon, datang je lah kelas. Keberkatan dari datang ke kelas itu pon salah satu kunci kejayaan.

Actually, hidup student ni lagi senang dari lecture. Student, kalau rasa tak nak datang kelas, boleh ponteng je suka suki hati. Tapi, lecture kalau rasa tak nak mengajar, boleh ke cancelkan kelas suka-suka hati?

Haha, kalau ada lecture yang macam ni, memang lingkup lah student. Bahkan Uni pon boleh lingkup kot.

So, point entry ini, rajin-rajin lah ke kelas. ^_^


p/s : tak kena lansung. haha

Kuasa Imaginasi dan Minda

Korang pernah terfikir mengenai perkara ini tak? Dan pernah cuba untuk mengkaji atau meneliti tak?

Bayangkan, kalau korang tengah berjalan malam, dalam suasana yang agak gelap dan korang nampak something. Waktu tu mesti dah terbayang sesuatu yang menggerunkan kan? Then korang kuatkan lagi perasaan hati korang dengan menyatakan apa yang korang nampak tu adalah hantu (contoh). Saya percaya, memang korang akan nampak hantu tu. Walaupon sebenarnya, ia bukanlah hantu sebenarnya.

Satu perkara yang saya dapat rasakan adalah, imaginasi atau minda kita sebenarnya boleh menipu mata kita.

Cuba dalam situasi yang sama, tapi korang imaginasikan itu bukan hantu. Saya yakinlah, mesti korang tak nampak hantu tu. Tapi sebaliknya korang boleh mentafsirkan hantu tu menjadi sesuatu yang positif seperti kain yang terbang dan lain-lain.

Dalam keadaan yang gelap tadi, sebenarnya mungkin kita tak dapat melihat dengan jelas. Jadi mungkin minda kita akan generate sesuatu untuk mentafsir apakah sebenarnya benda itu. Jadi, dari imaginasi kita sendiri itu, itulah yang akan terhasil di padangan mata kita. Maka, terbentuklah objek-objek yang kita bayangkan tadi menjadi satu keyakinan dihati yang sememangnya itulah yang kita nampak.


Satu contoh adalah, perhatikan gambar atas ni dengan sekilas pandang. Kemudian fikirkan balik, apakah sebenarnya benda yang ada diatas katil itu. Tanpa melihat kembali, cuba korang yakin kan diri korang diatas katil itu ada seorang pesakit. Kemudian dengan keyakinan tu, korang bayangkan pula image tadi dengan lebih jelas kembali. Nescaya yang sememangnya, korang akan nampak dengan jelas yang sememangnya pesakitlah diatas katil itu.

Sekarang tukar pula fikiran korang yang atas katil tu hanya ada kain putih. Dan cara yang sama, imaginasikan dan bayangkan kembali dengan image yang lebih jelas. Korang akan nampak sememangnya hanya terdapat kain putih atas katil tu. Yang penting, pandang image tu hanya sekali, sebagai ganti untuk situasi pantas dan panik.

Tak tahu nak terang macam mana sebenarnya, tapi hope korang dapat faham. Point yang nak disampaikan adalah sememangnya minda boleh mempengaruhi mata kita terutama sekali apabila objek yang kita lihat itu kabur dan tidak jelas.

Kalau salah, tolonglah betulkan. ^_^

Kecil-kecil dulu, Miera ni selalu kena rotan.

Pagi ni ada kuiz math 4. Tiba-tiba teringat satu kenangan dimasa silam.

Cikgu math time darjah 5 kot. Cikgu Wong. Nama penuh tak ingat.

Time kecil-kecil dulu, Miera ni sangat lah tak pandai math. Miera ni juga seorang student yang malas. Kerja dia nak main je.

Tapi entah macam mana, time darjah 3 ketika test PTS, Miera ni lulus dengan cemerlangnya. Padahal, dalam hati Miera ni dia tahu yang dia dapat tu semata-mata atas nasib dan rezeki Allah. Bukanlah kerana kebijaksanaan nya.

Oleh kerana terdapat sedikit sifat perasaan riak dan takbur, maka Miera dengan beraninya melompat ke darjah 5 tanpa melalui proses darjah 4.

Nak dijadikan kenangan, time darjah 5 tu, dapat math dengan cikgu Wong ni. Cikgu Wong ni merupakan seorang cikgu yang sangat garang dan tegas.

Semua student kelas Miera ni gila takutlah dengan cikgu Wong ni. Kalau datang kelas memang tak sah kalau tak bersama rotan dia yang telah banyak membelasah tangan pelajar-pelajar.

Rule cikgu Wong ni, kalau buat latihan dan ada salah, dia akan rotan. Satu salah, satu rotan kot. Dah lupa, tak pun kalau bawah pada markah-markah yang telah ditetapkan, maka dia akan rotan. Kalau exam bulanan pon, siapa yang dapat B dan kebawah, memang akan siap kena tibai dengan rotan cikgu ni.

So, kelas cikgu ni memang sangat digeruni. Dah la tu, rotan bukan slow-slow. Memang kuat-kuat sampai berbirat tangan.

Berbalik kepada Miera yang malas ni. Dia dah la lompat kelas, tak tahu pon math untuk darjah 4 tu belajar apa. Tahu-tahu, terus belajar math yang darjah 5. Tapi even cikgu math dia garang macam tu pon dan dia pon banyak tak tahu, dia tetap tak kesah. Kadang-kadang tu, balik je sekolah terus pergi main. Tak ingat yang dalam beg tu ada pembetulan math yang tak dibuat lagi. Tak pe, rileks.

Time malam, nak kalam kabut buat kerja sekolah takut mak marah, sebab petang tak nak buat tapi nak maen je. Jadi waktu paling selamat untuk Miera ni buat kerja adalah time semua ahli keluarganya dah masuk tidur.

Berbekalkan lampu toilet, Miera ni pon duduk la depan toilet tu buat homework dengan berhati-hati dan senyap-senyap. Takut mengganggu yang lain nak tidur. Begitulah sukanya Miera ni bermain sampai kena buat homework tengah-tengah malam pon tak pe.

Pada suatu hari, entah macam mana tah Miera ni boleh tertinggal buku latihan math, tanpa sengaja dan niat. Apa lagi, memang kena sebat la Miera ni dengan cikgu Wong tu. Sampai menangis kot. Begitulah hebatnya penangan cikgu Wong.

Tapi, bila difikirkan balik. Cikgu Wong inilah merupakan pengcungkil bakat Miera untuk lebih terer dalam math berbanding subject-subject lain yang lebih kepada membaca.

Kalau bukan cikgu Wong ni lah, Miera takkan minat kepada subject math. Jadi, walaupon pernah dirotan dan selalu dirotan, cikgu Wong tetap berjasa.

Walaupon power dalam math tu dah tak ada sekarang dalam diri Miera ni, tapi budak Miera ni tetap ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat cikgu Wong. Kalau bukan kerana cikgu, mungkin Miera takkan bergelar student Engineering IIUM.

ni time darjah 6. Cikgu Wong tak ada dalam picture.Tapi miera ada. ;p

Jan 2, 2011

Kronologi 2010 blog MIERA?

Sekarang pagi-pagi dah macam perkara wajib pula tuk update blog. Tapi bergantung kepada connection internet jugak la.

Wireless kat bilik tu, pagi je ok. Masuk petang dan selanjutnya, dah ko.

Tengok blog orang lain, ramai yang buat knonologi untuk tahun 2010 diorang.

Blog ni?

Takde kronologi kot. Bila fikir-fikir balik, tak banyak perkara yang berlaku pon pada tahun 2010.

2010 tahun yang down kot for me. Tak banyak kecemerlangan dan kenangan-kenangan manis yang tercatat.

Apapun, thanks to my friend yang selalu berada disisi. Selang seminggu wajib jumpa kan? haha

tanpa dia ni, memang mati kutu hujung minggu ku.. ;p


Tapi paling penting, sahabat-sahabat lama mahupon baru, thanks coz masih sudi berkawan dengan insan yang kerdil ini.

"Berkawan biar seribu, bercinta biar satu".

Satu tips nak dikongsi hari ini, bila diri terasa malas, sentiasalah bertanya kepada hati sendiri. Sampai bila nak jadi macam ni.

Andai diri liat sangat nak bangun pagi untuk solat Subuh, pujuk lah hati, bangun kejab je, 10 minit pon tak sampai.

Andai diri liat nak study, pujuk lah hati dengan berkata, study kejab je. Dah habis nanti buatlah apa nak buat pon.

InsyaAllah, rajin-rajin berbicara dengan hati mungkin akan memuatkan hati kita lembut untuk berbuat baik dan rajin-rajin.

Semoga tahun 2011 akan lebih baik dari 2010 saya doakan untuk kita semua. ^_^

Jan 1, 2011

Drama Sogo

1 perkara yang nak dishare hari nie..Korang percaya tak yang hidup ni penuh dengan warna warni?

bukan kehidupan je warna-warni, pagar rumah pon perlu jugak.


Pernah tak terfikir, time korang jalan-jalan kat shooping complex, actually orang-orang yang lalu kat sekeliling kita tu sebenarnya pernuh dengan cerita.

Lebih kurang macam cerita Sepi lah. Dah pernah tengok? Best cerita ni.

Terdapat pengajaran yang tak taulah korang nampak ke tak.

Kita tak sedar, ada seorang lelaki yang turun tangga sebenarnya tadi baru break dengan girlfriend dia, tak sedar yang m.cik lalu kat sebelah tadi baru kehilangan suami dia sebulan yang lepas, girl yang jalan laju tadi maybe baru je kena reject temu duga.

Sememangnya susah kita nak tengok semua tu, sebab bukan diri kita sendiri kan?

Tapi kalau kita tengok dan perhati, banyak cerita yang akan kita dapat. Hanya dengan memerhati.

Pemerhatian itu sangat penting. haha.

Ada sekali time tengah jalan-jalan kat Sogo, maybe tahun lepas. Tiba-tiba nampak seorang lelaki yang sweet tengah jaga anak dia dua orang. Sorang tengah tidur, sambil didukung yang sorang lagi pula dipegang tangan sambil menangis. Lelaki ni memag tak tahu nak buat apa. Tapi still, dia memujuk anak dia yang sedang nangis tu sambil cuba menjaga anak yang sedang tidur tu supaya tak terjaga. Mungkin juga sedang cuba menelefon si isteri yang sedang bershooping entah dah kemana.

10 minit lepas tu, saya lalu lagi. Saja nak tengok apa yang dah jadi. Si anak menangis dengan lebih kuat. hoho. Muka si suami sudah masam mencuka. Memang habis la isteri dia nanti, saya cakap dalam hati. Tak lama lepas tu, si isteri yang cantik muncul. Setelah berkata sesuatu dengan muka yang masam, suami yang mithali ini tadi terus bangun mendukung anak yang tidur dan menarik anak yang sedang menangis tadi berlalu pergi. Tinggal isteri tu, terkontang kanting. hoho. tu la, syok sangat shooping, lama kot dia tinggal husband dia. Dekat sejam la juga saya lalu lalang kat situ, baru dia datang.

Owh, satu drama yang saya dapat disogo.

Actually, banyak lagi drama lain yang saya dapat dan kita boleh dapat. Bermacam-macam.

Yang penting, kita ambil pengajaran. Isteri-isteri, kalau nak shooping, ingat-ingat la anak dan laki. Jangan diikut nafsu membeli belah. Lagi senang kalau jalan sama-sama kan.

Motif cerita ini? Saya pon tak tahu. ;p

1111

Em, hari ni tak ada sapa-sapa nak kawin ke? Tarikh cantik dah tu. hehe 1/1/11

This week, busy dengan study untuk quiz. Next week ade 3 quiz menunggu. huhu.

Tapi, dalam busy-busy pon, semalam sempat la juga melintasi Sogo. haha. Wah, sangat rambang mata dengan sale dia. Poket pon, laju je nipis balik. Tapi nasib baik boley juga kawal nafsu. Last-last kaut baju je sehelai. Kalau ikutkan macam nak beli satu set. Dengan seluar, kasut, beg dll. Tapi jangan. slow-slow kayuh.


i love SOGO!!! ;p

Kalau awal-awal sem dah habis duit menjoli, nnt habis sem dah kena gigit jari je. So, baik kita bahagi kan. hehe

Tapi, dalam percubaan menahan nafsu, still terfikir lagi nak singgah sogo semula ahad nnt. Ada benda lag nak dikaut. Actually ada dua benda tapi kena pilih salah satu je. Nanti bangkrup.

Owh beg yang cantik~~~

Owh confirter yang sedap~~~

Mana satu akan ku pilih..huhu

Tak pe tak pe, hari ni ada satu hari lagi masa untuk difikirkan. Pikir baik-baik dulu ye Miera. (^^,)

p/s: xde kena mengena lansung entri ni dengan tahun baru. haha ^_^


Welcome 2011!! i want to have great new challenge this Year!