Aug 30, 2012

Eh??

Tiba-tiba aku rasa macam perut aku bermasalah.

7.15 am - mee goreng 1 piring
10.30 am - meehun goreng with telur mata kerbau
1.00 pm - Nasi putih with ayam goreng and kuah gulai
3.30 pm - laksa semangkuk

Yup, sememangnya aku rasa kekenyangan sepanjang hari.

Dan juga mengantuk.

Tapi...

Suddently baru tadi tersedar.

5 minit yang lalu.

Iaitu perut ini seperti sudah lapar.

Hairan......

Ajaib.....

Ingatkan dengan simpanan yang banyak tu, aku akan kenyang sehingga malam.

Rupanya....

---------------------------------------------------------------------------------------

Okey, ini cerita semalam pula.

Yang mana petang tu pergi makan di Lee Boss.

Tapi sebenarnya, sebelum tu lagi dah 3x aku makan.

7.15 am - Laksa
10.30 am - Mehun goreng with telur dadar
1.00 - Nasi putih with ayam goreng
3.30 pm - Bubur kacang hijau
6.30 pm- chicken chop, garlic bread and french fries

Tapi tak pelik.

Coz  malam tu tak lapar pon.

'????????????????????????????????????????????????????????

Owh!!!

Patut la.

Sebab semalam makan lagi at 6.30. Thats why malam tak lapar.

Tapi harini last makan 3.30 pm.

Okey, dah faham.

p/s : sorry for this unmotif entry.. haha.. :p

Aug 29, 2012

Farewell

Tadi petang ada farewell part y untuk seorang staff bahagian Engineering.

Diz little sister baru 20 kot. Muda dari saya.

Tapi dah bekerja.

Dia nak berhenti coz dapat offer kerja dekat bank rakyat.

So, yang lain-lain decide nak makan-makan dekat Lee Boss restaurant kot nama tempat tu.

Tak take note pula.

Yang paling best, tokwan a.k.a seorang manager Jepun belanje.

$$$$$ total semua RM250.50.

Mesti bagi dia sekit je amount tu.

Senang-senang je offer nak bayarkan.

heehee..

To that staff, selamat bekerja ditempat baru.

Moga lebih berjaya dan cemerlang.

Kelantan

Weekend haritu, pergi travel.

Went to Kelantan for the first time ever.

Seronok!

Tambah-tambah lagi pergi dengan orang yang kita selesa dan sayang.

Of coz with Manisah and her family.



Ni second trip travel jauh dengan dia.

First time dulu, pergi Negeri 9.

Also with her family.

Mak and adik dia.

Next? Tak tahu lagi. haha

To Hanadi, thanks sebab dah kahwin.

Merasa juga aku pergi Kelantan untuk ur wedding sambil boleh jalan-jalan. hehe

Thanks a lot.

Semoga berbahagia sampai hujung nyawa hendak nya.

Dekat your wedding card, aku tulis semoga bahagia hingga anak cucu.

Tapi ada sorang ni tak setuju coz lepas anak cucu, tak payah bahagia la?

hehe

Layan je lah~

No picture since camera milik Manisah and Shafa.

Nak picture, kena tunggu masuk semester baru nanti.

Harap dapat travel lagi lain kali. ^^

p/s : Sepanjang berada di Kelantan, majoriti nya ramah dan bermulut manis.

Aug 13, 2012

Jari panjang dan motif?

Aku rasa, iklan yang paling aku tak faham adalah iklan jari panjang.

Setiap kali terlihat iklan itu dikaca tv, sepenuh tumpuan cuba diberikan.

Cuba mencari motif yang ingin disampaikan.

Dan sekali lagi, aku gagal.

--------------------------------------------------------------------------


Dalam kehidupan manusia, datang dan pergi itu merupakan satu lumrah yang pasti.

Ada insan akan hadir, dan ada juga insan yang akan pergi.

Sampai masa, aku juga akan pergi.

Lelahan Emosi

I'm losing my spirit.

Rasa tak nak buat report.

Rasa dah malas nak pergi kerja.

Even saya bebas menjelajah kemana sahaja dalam kilang tu, bebas untuk meneroka dan bertanya apa sahaja, saya tetap merasa tidak bersemangat.

Mungkin kerana persediaan fizikal dan mental yang masih kurang mencukupi.

Mental untuk menghadap sebilangan ahli-ahli operator dibahagian production yang memerhati apabila terlihat wanita lalu dihadapan mereka.

Hal ini tidak boleh disalahkan kepada mereka, ini mungkin kerana selama ini, operator dikilang ini 100% lelaki, kaum hawa diserap hanya apabila tahun ini bermula.

Mental yang perlu bijak untuk berbual bersama ahli-ahli staff dan rakan sekerja pabilamana, sebelum ini saya tidak pernah berada dialam pekerjaan.

Emosi untuk memerah otak memikirkan ayat-ayat yang puitis untuk dizahirkan kedalam log book.

Emosi untuk berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kepelbagaian.

Ya, ini semua dugaan Allah.

Untuk melihat sejauh mana aku bersahabar setelah panji-panji keazaman untuk bersabar itu telah disematkan.

Saya akan terus mencari nilai-nilai positive atas apa yang telah berlaku.

Mencuba untuk bersangka baik atas kehendak Allah dan membuang rasa curiga dihati ini.

Amin~

Aug 11, 2012

Tidak tahu dan tidak peduli

Kadang-kadang.

Rasa bersalah bila terpaksa memekakkan telinga dan membutakan mata atas apa yang berlaku.

Terpaksa berpaling muka memandang ke arah lain.

Tetapi Allah.

Aku terpaksa.

Tidak tersanggup hati ini mendengar dan melihat apa yang terjadi pada saudara-saudara ku.

Sayu hati.

Melihat mereka diperlakukan begitu.

Diperlakukan ibarat nyawa mereka lansung tidak ternilai.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu juga untuk didalam negara sendiri.

Bukan aku tidak mahu mengambil tahu.

Tetapi hati begitu lelah, melihat permainan politik negara.

Sehingga jemu tidak tahu yang mana satu.

Terlalu banyak fakta dan auta yang lahir.

Membuatkan jiwa ku keliru.

Dan ini kembali membawa kepada aku yang tidak mahu ambil tahu.

Maafkan aku Ya Allah.

aku hanya insan kerdil yang rapuh.

Yang juga lemah.

Mudah keliru dan lelah dengan apa yang telah berlaku.

Moga kau sentiasa memelihara diriku dan juga saudara-saudara seIslam dengan ku.

Amin~

Aug 9, 2012

Rajin diawalan, malas dihujungan.

Awal-awal rajin nak layan. Biase la tu.

Dah lama-lama, nanti bosan la.

Itu perkara biasa yang normal.

Macam tu la juga praktikal.

Awal-awal dulu, log book tiap-tiap minggu tu sharp je siap at the end of that week.

Cukup je hari, esoknya mesti dah letak dalam tray "IN" advisor.

Tapi sekarang??

Log book  yang minggu lepas pon tak habis karang lagi.

Padahal dah end of 2nd week ni.

Belum lagi fikir yang internship dah nak habis.

Repor final kalau boleh last day tu nak siapkan terus.

Senang nak minta sign.

Yelah, tepat habis praktikal dah kena terbang balik Gombak.

Ops, saya tak terbang. Naik bas shj. haha

Dan tak tambah lagi dengan slide presentation yang tak tahu nak letak apa.

Lecture rajin nak datang visit. Itu tandanya sayang.

Nak kata jiwa tengah serabut sekarang, tak pon.

Banyak kerja pon, tak juga.

Apakan daya.

Sifat manusia yang mudah bosan.

Awal-awal je semangat.

Lama-lama bosan. T_T

Aug 6, 2012

Hari Isnin bertambah kuat!

Well, entry ni lambat sehari.

Kenapa hari Isnin kuat?

Sebab hari Ahad dugaan begitu hebat.

1st - Pocket note untuk semua isi-isi penting sepanjang praktikal hancur. Dihancurkan mesin basuh. Mungkin kerana buku diperbuat dari kertas recycle, environment friendly, so sangat mudah hancur. Hancur nya bukan lah hancur setakat koyak-koyak. Tapi hancur umpama debu-debu. Yang mana 1 huruf pon tidak mungkin kelihatan. Dari kulit depan sehingga kulit belakang.

2nd - Baju praktikal juga musnah. Dipenuhi debu-debu nota. Tapi tu okey lagi. Lagi tragis, rupa-rupanya ada 2 batang pen dan sebatang pencil sekali dalam mesin tu. Dan...... Pen berwarna merah mengeluarkan dakwatnya, mewarnai baju praktikal berwarna putih suci situ. Yang paling penting, dakwat itu umpama kekal disitu!

3rd - Setelah berhampas pulas mengibas semua baju-baju yang berdebu kertas itu, niat dihati untuk mengambil gambar kenangan debu-debu itu. Peringatan untuk diri sendiri yang mesti akan kekal mungkin. Tetapi.......................
Malang ketiga datang. Camera phone rosak. Rosak yang memang confirm rosak! Rosak yang bukan agak-agak nanti baik la tu. Bukan-bukan!
Rosak yang bila buka je camera, tak ada pic yang keluar untuk kita snap, tapi gelap semata-mata gelap.

Dan hari ini, Isnin bersamaan 6/8/2012 aku tetap meneruskan hidup seperti biasa. Umpama hidup semalam tiada apa yang berlaku.

Pergi kepejabat dengan senyuman yang manis.

Mencari ilmu baru dengan hati yang tenang.

Semoga hidup kawan-kawan yang lain juga akan tenang walau ditimpa masalah ^^

p/s : sapa-sapa ada jalan penyelesaian untuk menghilangkan dakwat pen pada baju, roger-roger la ye.
p/s : tak ada picture lah sebab camera phone rosak~~


Aug 3, 2012

2 jiwa 1 rasa

Hari ni cuti.

Saja teringin nak merasa isi borang cuti.

Selalu dok tengok staff-staff je isi borang cuti.

Hampir tiap-tiap pagi.

Bergilir-gilir ambil borang.

Mungkin faktor dah lepas pertengahan tahun, and annual leave banyak lagi.

So, baik bercuti dari burn macam tu je bila sampai tahun depan kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai 2 jiwa yang sungguh berbeza tetapi tetap kekal bersahabat.

Jiwa 1 cintakan dunia seni, berhati lembut, peramah tetapi negative.
Jiwa 2 cintakan dunia lasak, berhati keras, pendiam tetapi positive.

Tatkala tiba masa lapang bersama, mereka keliru, bermain badminton atau karaoke?
Si jiwa 1 ingin berkaraoke kerana inilah caranya untuk melepaskan stress dalam diri. Memandangkan dirinya yang lembut, ramai orang mungkin mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, berlakunya stress!

Jiwa 2 hadir dengan hati yang keras, tetap nak bermain. Hati yang keras, sukar untuk ditoleransi. Tidak mahu mengalah untuk kegemarannya.

2 jiwa bertelingkah.

Tatkala berbual bersama, jiwa 1 sering berbicara mengenai kehidupannya yang sunyi bila tidak bersama jiwa 2. Orang-orang disekeliling katanya hanya bersahabat bila perlu, hanya bila mahukan sesuatu darinya. Segala-galanya hanya penuh dengan cerita negative.

Jiwa 2 pendiam, sering menjadi pendengar setia. Mendengar luahan jiwa 1 sambil berfikir. Seringkali juga jiwa 2 meningkah. Mengatakan apabila seseorang mencari kita tatkala mereka susah, itu bermaksud bahawa kita ini merupakan orang yang penting kepada seseorang itu. Seharusnnya merasa bersyukur.

Jiwa 1 tidak bersetuju, mengatakan jiwa 1 tidak memahami situasi sebenar. Begitu senang membuat spekulasi sendiri. Ibarat bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Jiwa 2 mengakui, sememangnya dia tidak akan dapat memahami kerana tidak berada dalam situasi, jadi jangan meminta mendapat lain kali katanya.

Dan sekali lagi, 2 jiwa bertelagah.

Jiwa 1 suka hidup bermasyarakat. Apabila ditempat baru, jiwa 1 suka berbual-bual dan berkenalan. Juga mengambil berat mengenai orang disekelilingnya. Dan manusia-manusia lain, ada sesetengahnya tidak suka diambil berat. Membuatkan jiwa 1 kadangkala tidak disenangi. Perkara begini membuatkan jiwa 1 stress.

Jiwa 2 kurang bergaul. Apabila ditempat baru, jiwa 2 lebih suka berdiam, membuat halnya sendirian. Tidak menghiraukan hal orang lain, dan tidak mengambil tahu orang lain. Membuatkan dirinya kurang bermasyarakat.

Jiwa 1 menceritakan masalah ditempat barunya pada jiwa 2. Dan jiwa dua memberi pendapat yang bersifat dirinya, iaitu jangan mengambil tahu hal orang. Jiwa 1 berkata ketidakadilan mungkin berlaku. Contoh jika rakan sekerja mencuri tulang tetapi mendapat bayaran yang sama, tetap mahu berdiam? Jiwa 2 tetap dengan pegangannya, difikirannya mengatakan itu urusan orang itu dengan Allah. Namun jiwa 1 tetap tidak bersetuju.

2 jiwa tidak sependapat.

Tetapi penetapan Allah tetap menakjubkan. Walaupon 2 jiwa ini tidak sependapat, tetapi mereka tetap kekal bersahabat untuk 7 tahun. Dalam 7 tahun itu, hampir setiap hari jiwa-jiwa ini bertelingkah.

Jadi, bagaimana agaknya mereka tetap bersama?

Ketentuan Allah mungkin. Mereka tidak sependapat, tetapi mereka menyayangi kerana Allah. Mereka berbeza, tetapi mereka bersahabat kerana Allah. Bukan atas dasar kepentingan dan nafsu diri masing-masing. Sering jujur antara satu sama lain, tidak sanggup untuk menipu walau untuk sekelumit.

Harapan 2 jiwa ini, biarlah mereka kekal bersahabat demi untuk memperbetulkan jiwa masing-masing. Sering menegur atas kesilapan jiwa masing-masing.
Kepada yang membaca, doakan 2 jiwa ini kekal bersahabat sehingga akhir hayat masing-masing.

2 jiwa, 1 rasa.