Aug 25, 2011

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

1) Klik sign in to Says.my. Ia akan direct link sign in menggunakan akaun facebook kita.


2. Anda akan dibawa ke dashboard akaun says.my anda. Di bahagian kiri adalah maklumat akaun anda dan yang sebelah kanan adalah maklumat mengenai kempen.


3. Pilih salah satu iklan yang anda berminat untuk kongsikan dengan rakan-rakan. Contohnya seperti dibawah, saya memilih iklan yang ditunjukkan. Kemudian klik butang share.


4. Anda akan dibawa ke window baru menunjukkan syarat-syarat berkongsi kempen. Kalau rajin baca. Kemudian tandakan dan klik "share this" seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


5. Window baru akan dipaparkan. Page ini akan menunjukkan rekod mengenai kempen yang anda jalankan. Kotak kedua menunjukkan link anda. Link ini akan anda gunakan untuk kongsikan kempen kepada rakan-rakan. Anda boleh terus copy link itu atau..


6. Anda boleh memilih bersama ayat-ayat untuk berkempen yang telah disediakan oleh pihak says. Hanya pilih message yang anda berminat dan klik butang "save it". Secara automatik ayat dibahagian link bawah itu akan bertukar. Atau


7. Anda boleh juga mereka ayat sendiri sekiranya message yang diberi tidal menarik. Taipkan diruang yang telah disediakan kemudian klik "save it". Message anda akan bertukar secara automatik.
 Jika sudah berpuas hati, klik pada ruang message itu untuk copy.


8. Pergi ke akaun facebook anda dan paste kan diruangan status. Kemudian klik butang "share" untuk sharekan kempen.


9. Message anda akan terpapar seperti gambar dibawah.


Yang terakhir adalah tunggu sahaja orang klik iklan yang anda paparkan itu dan duit dalam akaun anda akan automatik naik. Setiap klik seperti biasa, anda akan mendapat RM 0.20.

Kepada yang belum mendaftar dengan Say.my, anda boleh mendaftar disini dan mula berkempen.

Kalau ada yang kurang faham, boleh la bertanya.  ^_^

Aug 24, 2011

Beautiful Cupcake.

cupcake
 
muffin

 Nampak picture cupcake atas nie? Menarik tak??

Time lepas sahur pagi tadi, tiba-tiba terjumpa picture cupcake yang warna-warni ni. haha. Memang dok ulang tengok la atas bawah kan. Sebab warna-warni sangat.

Baca punya baca, rupanya tengah ade sale.

Only for RM 15 instead of RM27 untuk 6 cupcake either yang coklat tu or yang warna warni tu. [44% off]

Yang coklat namanya Glorious Chocolatey Muffins dan yang kaler-kaler tu namanya Rainbow Buttercream Cupcakes.

Tapi sale ni tinggal 10 hours 29 minit je time entry ni dipublish dan dah ade 76 tempahan. So, sape cepat die dapat la kan.

Ni link web dia kalau korang nak order. Tak order pon, buat cuci-cuci mate. haha =D

p/s : boley tak sape-sape dok area Taipan USJ 10 & Petronas USJ20 tempahkan then pos kat saye pulak? hehe ^_^

Aug 23, 2011

Why Am I Blogging?

Secara serius, saye sangat happy bila pelawat yang masuk blog ni adalah dari search engine seperti google dan yahoo. Orang taip dekat google nak search ape-ape, then antara result yang terpapar adelah blog ni.

Tapi tak bermakna tak heppy kalau yang masuk itu adalah mereka yang gemar buat blogwalking, or yang memang update dengan blog ni (perasan). Happy juga coz ada antara yang rajin membaca entry yang kadang-kadang seperti sampah ni.

Walaupon jumlah yang datang dari search engine tu tak adelah banyak, tapi at least melebihi lah dari refeering site and direct trafik. Jadi, time-time tak update blog tu, pelawat akan still ade kan.

Kenapa saye gembira? Sebabnya saye bukan seorang yang rajin buat blogwalking dan tak reti tinggalkan jejak. Bukan tak reti tapi jarang, selalu lupa. Pergi je mane-mane blog, bace then tutup. Lupa pulak nak pergi shout dekat shoutbox or ruangan komen.

Tapi satu perkara yang selalu saye ingatkan diri adelah, jangan menulis semata-mata nak orang ramai baca. Jadikan pelawat yang banyak hanyalah sebagai satu sumber inspirasi untuk menulis. So, even nanti kalau satu hari dah tak ade orang nak baca blog ni pon, saye akan tetap menulis.

all my friend ^_^

Entry ni mungkin ditujukan khas buat semua pelawat yang hadir. Terima kasih sebab sudi membuang masa disini walaupon ada antara entry yang lansung tak mendatangkan manfaat kepada korang. Maaf dipohon ye, saye hanya manusia biasa yang kadang-kadang tergelincir dari landasan.


Aug 22, 2011

Ramadhan dan Rumah Kebajikan

Antara yang difikirkan sekarang.

Hope

Time bulan Ramadhan ni lah, aktiviti bersedekah sangat selalu kita dengar dekat kaca TV. Pihak tu derma kat rumah kebajikan sini lah, pihak ni derma kat rumah kebajikan sana lah. Sememangnya aktiviti bersedekah sangat-sangatlah digalakkan kerana dapat menambah pahala. Tapi, niat tu yang lebih penting. Pihak yang bersedekah tu perlulah iklas kerana Allah dan nak membantu, bukan kerana nak tunjuk baik dan kemudian mencari publisiti.

Tapi bukan itu yang saya fikirkan, agak-agaknya ape rasa warga-warga rumah kebajikan tu? Waktu bulan Ramadhan, ramai lah orang datang bagi itu ini, tetapi macam mana pula bila Ramadhan telah berlalu? Adakah sumbangan itu masih berterus, atau terhenti disitu sahaja? Masihkan pihak yang memberi sumbangan terus menyumbang kebulan-bulan yang lain atau terus tertitik noktah. Kesian kan? Harapnya, mereka akan terus diberi bantuan pada bila-bila masa. Jangan direalisasikan kata-kata "rumah kebajikan hanya diingati pada bulan Ramadhan sahaja". Sedih rasanya.

Tapi bagaimana pun, perlu juga diucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan. Sekurang-kurangnya, ia telah menggembirakan hati penduduknya dibulan yang mulia ini. Cuma, kalau boleh, sumbangan itu tak terhenti disitu sahaja kan? ^_^

p/s : bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa.

Aug 21, 2011

Metos Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr


Kadang-kadang saya selalu mendengar orang meramal bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr kerana ingin beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam itu. Tapi kita perlu ingat bahawa perkara ini adalah salah kerana malam ini hanya diketahui oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.

Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr ialah:
  1. Air sungai berhenti mengalir.
  2. Pepohon menunduk.
  3. Bekunya air.
  4. Pokok sujud ke bumi.
  5. Ufuk langit merah.
Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam-malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas.

Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus.

Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27 Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

sumber

Aug 19, 2011

Am i getting older?

Seperti yang telah dapat dilihat. Blog ini telah bertukar wajah.

Pertukaran wajah ini adalah satu perkara yang tidak dirancang. Saje try-try nak ubah template tapi baru sedar rupenye setiap kali tukar template, code tracking dari google analytic akan hilang.

So, panik punye pasal terkorek-korek la folder blog dalam lattop ni and terjumpe satu file template. Ingatkan template lame yang hijau tu, tapi rupe-rupenye template yang sekarang ni. Yang mana ada code iklan Nuffnang.

So, buat mase sekarang rase macam tak nak ubah ape-ape lagi. Biar je lah macam ni dulu ye. Walaupon ade rase tak puas hati dengan template baru ni, tapi nak ubah tu rasenye tak lagi.
_____________________________________________________

Kenape ye, rase makin bertambah usia ni, makin berfikiran negatif. Contohnya, kalau parent keluar cari barang and balik lewat, mesti fikir something berlaku ke. Ayah pergi terawikh and balik lambat pon, fikir perkara yang sama jugak.

Kalau kecik-kecik dulu, rase tok dengan mak annoying je coz selalu bising risau abang keluar balik lambat. Pandai pulak fikir, tak ada ape-apelah yang berlaku. Biasa lah kalau dah keluar. Tapi sekarang, diri sendiri pulak yang buat perkara macam tu. Am i getting older?

hahaha =D

Thats all for tonight.

Aug 17, 2011

when i'm sad


Sedih...

Sediihhhh......

Seeeddiiiihhhhh.........

Malam ni adalah malam yang penuh dengan kesedihan.

Owh, mengapa dunia????

Lol.. hehe

Oleh sebab sedih, ape yang perlu saye buat?

Dengan keadaan internet yang nazak. Nak online dengan selesa pon dah jadi kurang selesa. Menambah sedih lagi adelah kan?

So, saye google 'cara menghilangkan sedih'.. haha.. dan jumpa website nie. Ada 8 cara yang ditunjukkan iaitu :
  1. muhasabah diri
  2. rasa bersyukur
  3. baca artikel-artikel membina semangat
  4. senyum
  5. be nice to others
  6. make new friends
  7. baca / tengok cerita lawak
  8. manja diri - hobi baru

Thanks untuk pemilik blog tu. Tapi dalam banyak-banyak cara ni, cara yang ke 5, 6 dan 8 tu tak pernah la saye buat. Yang lain-lain tu selalu.

Paling utama yang kita patut buat bila rasa sedih, serabut, gundah gulana adalah dengan mengadu pada Allah. Ini adalah sebaik-baik cara untuk mengelakkan iman kita terpesong dengan menyalah kan takdir. Yelah, nanti dok fikir kenap Allah ni tak adil lah, kenapa nasib aku macam ni lah. No no, salah tu. Paham ye?

Kemudian, rajin-rajinkan diri untuk mengaji. InsyaAllah hati dan jiwa akan merasa lebih tenang selepas tu.Bila hati dah tenang, maka kesedihan tu pon mesti la akan berkurangan kan?

Yang lain-lain kita boleh buat adelah tidoq. Bila rasa sedih je, pi tidoq. Dengan cara ni kita boleh lupa kita sedih. Tapi jenuh la kan, sedih je tidoq, sedih je tidoq. haha

Last, adelah same macam tips ke 7 tu. Tengok cerita kelakar macam Running Man. haha. Confirm hilang sedih. :p

Ya, kita kena kuat tapi kadang-kadang ada masa untuk saya jatuh terdudukkan? Saye tetap manusia biasa. Tak salah kan rase sedih. hehe

Well, hidup perlu diteruskan ^_^

Pembaziran - Broadband dan Rokok

Aiyak, internet da cecah limit lagi. Setakat ni saye dah purchase additional volume for 10G which cost me Rm100. Should i purchase for another 5G? haha

Ikutkan hati mmg nak je, tapi memandangkan pengangur setia ni cannot affort that, so terpaksa la batalkan niat. Masalahnye bukan ape, kalau tak purchase line ni jadi sangat-sangat la slow. Nak tengok notification kat facebook pon loading dekat 10 minit.

Ni semua salah Running Man! Saiz nyer besar sangat. Sekali download pon dah makan sampai 600Mb paling kurang. Cukup 6 episod, habis la 5G tu.

Bile dah tahu mcm mana nak check volume y kita pakai kat broadband ni, baru la sedar rupenye banyak jugak kos penggunaan internet saye rupenye (haha). Selame ni sedap-sedap je pakai wireless free kat hostel. Tak sedar pon banyak mana pakai. Terima kasih UIA coz bagi wireless.

Just imagine, dalam masa 3 minggu lebih, saye dah guna 14G which cost for RM 170. Kalau genap sebulan maybe dalam RM200. Betapa pembaziran secara lansung yang kita tak sedar. Kalau lah tak ada wireless, Rm200 from income dah kene spend untuk internet, sikit dah tinggal gaji kan? hihi

Sebut pasal ni, teringat kes rokok yang mana someone used to hisap rokok sehari sekotak. Rokok sekotak harganya dalam RM10. Jadi, they will spend about Rm300 for a month. Wah, membazirkan? Rokok yang hanya memberi faedah asap, dibayar sebanyak RM300 sebulan.



So, this entry just nak menyedarkan bahawa betapalah kita ni (diri saya sendiri) suka membazir tanpa kita sedari. Jadi, kurang-kurangkan lah membazir lepas ni terutama dibulan puasa. Jangan membeli makanan melebihi had diri. haha

Till then~

Aug 15, 2011

Luah Perasaan atau Mengumpat?


Sering kali saya tertanya-tanya apa antara beza meluahkan perasaan dan mengumpat. Seperti y kita selalu buat, bila kita ada masalah terutama masalah y berkaitan dengan orang lain. kita cenderung untuk meluahkan perasaan pada orang y kita percaya.

Kalau dipendam, risau lama-lama akan menjadi gangguan psikologi. Dengan meluahkan perasaan, kadang-kadang kita rasa beban tu menjadi lebih kurang. Jadi pendekatan terdekat y diambil adalah dengan meluahkanya pada pihak-pihak tertentu. Tapi, pernah tak kita fikir dalam had yang manakah kita dibenarkan untuk meluahkan perasaan tanpa melanggar batas sehingga sampai nya pada mengumpat?

Hasil dari membaca beberape artikel, dapat lah dihuraikan disini bahawa mengumpat secara kasarnya membawa maksud memperkatakan sesuatu mengenai seseorang sesuatu y membuatnya tidak suka. Hadith :
“Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda, “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya (berbuat buhtan).
(HR. Muslim. 4/2001. Dinukil dari Nashihatii lin Nisaa’, hal. 26)

Tapi dalam hal untuk meluahkan perasaan, dah mesti la kita lebih untuk memperkatakan mengenai keburukan individu itu kan. Hal-hal buruk mengenai sesuatu individu y mana tidak berkenan dimata kita akan diperkatakan dan diceritakan. So perkara ini akan menjadi masalah kepada pendengar sama ada ingin mendengar atau pon sebaliknya.

Satu cara y saya rasa dapat tangani masalah ini adalah dengan tidak mengkhususkan kepada individu. Maksudnya, time nak meluahkan ketidak puasan hati tu, kita tak payah sebut nama atau apa-ape pon y buat orang boleh tahu kita cakap pasal siapa. Just mention apa y kita tak suka pasal dia and mintak sedikit nasihat.

Lain-lain cara untuk menenangkan hati ni adalah dengan meluahkan segalanya pada Allah. Kite boleh mengadu kat Allah ape y kita rasa tak sedap dihati kita ni. Tapi biaselah manusia, rase tak puas. Nak jugak cerita kat orang lain, baru la rasa lega kat hati tu.

Lain cara y mungkin berkesan, dengan bersemuka terus dengan individu y kita tak puas hati tu. Cara ni kena ada keberanian la nak buat. Rasa ada y tak kena, terus jumpa tanya and mintak penjelasan. Secara automatik, mengumpat dapat dielakkan.

Tapi bulan puasa ni, elok la kita sabar sikit. Ingat yang nak share masalah, share lah masalah itu, bukannya share siapa yang pembuat masalah. Share-lah masalah, bukan share dosa dan api neraka.

p/s : adalah lebih baik kita mengenali jenis mengumpat y dibenarkan dlm Islam.

Aug 14, 2011

Dragon Ball Bardock sambungan kpd Dragon Ball GT.


Sape sini suka tengok karton, angkat tangan!!

haha

Sape pula peminat Dragon Ball, angkat kaki!!

Excited sebab Dragon Ball ada sambungan after Dragon Ball GT.

This one called as Dragon Ball Bardock.

Iaitu menceritakan kisah ayah Son Goku. Zaman dulu-dulu.

Setakat ni baru ada 2 chapter.

Peminat-peminat Son Goku y kacak, kuat, baik hati dll, ini lah berita baik untuk kalian.



Maybe someone might say, dah tua-tua tengok karton.

Biarlah kan?? Dari tengok drama-drama y tidak berfaedah belambak-lambak kat tv tu baik tengok karton.

At least, boleh mengasah minda imaginasi ini. hi3

Pada y nak membaca, boleh layari komik ni di sini then cari tajuk Dragon Ball Bardock.


Aug 13, 2011

Dilemma suri rumah.


Masalah ni berdasar kan observation kat mak sendiri and mak sedare.

1 masalah besar y saye nampak adalah penyediaan masakan.

Saye rase lebih 50% fikiran mak kite ni, asyik dok fikir pasal masakan.

Contohnye, harini dah masak. Then, right after masak tu mak kite dah siap fikir "malam ni nak masak ape pulak ye."

Ni untuk mereka y makan hidangan berbeza untuk siang dan malam la. Kalau family saye, malam tu makan lauk y siang td je. Esok baru masak makanan baru.

haha

Tapi perkaran ni hanya berlaku pada sesetengah family je kot. Terutama family y mempunyai masalah anak-anak kurang selera makan.

Mak ni akan pening kepale memikirkan ape lagi resipi y die nak buat supaya anak dia berselera untuk makan.

Baru siap masak tengah hari untuk hari ni, dah kene fikir resipi untuk hari esok.

Tak pon, sambil tengok tv, or baring atas katil nak tidur pon, mak kite masih lagi berfikir. Ape y nak dimasak.

Sebab, kebiasaan nya resipi y sama tak akan diulang lagi dalam satu minggu. Ini kerana, orang akan cepat bosan. Mula la keluar ayat y tak enak "mak ni, hari-hari masak benda y sama."

Eish, tak baik kate macam tu kat mak kita. Si ibu tu, penat fikir siang malam nak masak ape. Dah siap masak, anak pulak mulut celupar dok mengomen.

Fenin- fenin -_-!!

p/s : hargai setiap masakan ibu.

Aug 10, 2011

Main jutaria sorang-sorang?


Salam..

Korang boleh tak imagine orang main jutaria dengan congkak sorang-sorang?

hahaha

Serius, tak masuk akal.

Main jutaria, 2 player tapi sorang je y handle. Pusing dadu 2 kali. Satu untuk diri sendiri, satu lagi untuk pihak lawan.

Lepas tu, tolong belikan tapak sewa tanah. Then die la jugak y tolong handle kan bank.

hihi

Congkak pulak, memang die je y asyik jalan. Ye lah, main untuk dua-dua belah pihak. Bile diri sendiri mati, jalankan untuk pihak lawan pulak konon nye.

hehe

Kalau jumpe orang macam ni, korang nak tolong die main or biar je?

Adeh, kesian pulak tengok..

"yela-yela, kakak teman kan main.." kata ku akhirnya.

Aug 7, 2011

Tanam lah ia agar ia membuahkan hasil.


Hari ni nak buat entry pasal tanam dan hasilnya. hehe

Dan entry ini sangat childish.

Tanamkan ilmu bermunafaat dibumi, kelak ia akan menghasilkan ganjaran untuk kita diakhirat.

maksudnya, antara pahala y kekal walaupon kita telah kembali adelah ilmu bermanfaat y diajar kpd orang lain kan?

Tanamkan benih ke tanah, kelak tanah akan berjasa kembali.

ni pulak biase lah, kalau kita rajin bercucuk tanam, nanti kita akan dapat hasil darinya mcm sayur, buah dan bunga.

Tanamkan kasih sayang dalam insan, kelak sayang itu akan kembali.

bila kita selalu sayang orang, orang akan sayang kita balik. Walaupon orang tu benci sangat-sangat kat kite and kite tetap sayang die. (kot)

Tanamkan kepercayaan dan kejujuran, kelak akan mendapat perhubungan y abadi.

Y ni macam biase lah, dalam perhubungan kite perlu berterus terang. InsyaAllah, jalinan y disimpul akan kekal.

Tanamkan marah disudut hati, kelak akan menghasilkan letupan gunung berapi.

Last, kalau kite asyik pendam and pendam je kemarahan dalam hati, tak mustahil satu hari nanti akan meletus jugak kan?

haha. Yang last boleh tak camtu?

erm.................................................................................................

Sorry dah buang masa pembaca (-_-!)

p/s : entry ini dibuat ketika mood marah tetapi tetap kene cool.. ;p

Setem dulu dan sekarang


Dulu-dulu (dalam 6 7 tahun y lepas), harga setem kalau kite nak pos kad raye, masih lagi 30 ke 40 sen kan?

Tak sangka la pulak sekarang harga setem pon dah naik mendadak.

Untuk surat biasa dan destinasi local, harga setem dah jadi 60 sen sekarang.

Jadi untuk kad raya, satu kad raya kena pakai setem 60 sen la ye.

Keadaan ini mungkin disebabkan kadar minyak y nak 3 4 kali dalam temph 6 7 tahun ni.

Kalau nak kate sebab pos naik kan saje-saje, tak valid la pulak kan?

Gaji posmen tak de la naik pon. (saye anak posmen)

Jadi, keadaan ini mungkin akan membuatkan pengiriman kad raye dalam negara semakin hari semakin berkurang.

Tak mustahil budaya ni akan pupus tak lame lagi.

Masing-masing akan guna kad raya digital je. Hantar pakai email.

Tengok saje lah mengiriman surat tak rasmi. Rasenye dah berkurang.

Kalau dulu-dulu, saye selalu berutus surat dengan kawan-kawan lama akibat berpindah. Namun budaya tu dah tak ade sekarang.

Agak-agak budak zaman sekarang tak tahu dah nak tulis surat tak rasmi macam mana kan?

Tapi ade keburukan ke dengan kepupusan surat tak rasmi?

Setakat ni keburukan tu tak dapat lagi dikesan. Kalau ade pon mungkin hilangnye kemesraan sesama insan.

Yelah, kalau kita dapat surat y dipos, rase macam mesra and istimewa je kan? Tapi kalau setakat dapat surat kat email tu, rase macam dah biase-biase dah.

Kebaikan pulak, mungkin dapat mengurangkan penggunaan kertas. Maka, pembaziran dapat dikurangkan dan lebih mesra alam.

motif entry ni : Rase sayang la pulak nak hantar kad raye banyak-banyak sebab harga setem mahal.. :p

p/s : tau tak kite boleh design sendiri setem ikut picture y kite nak? Rajin-rajin la google page posmalaysia. hehe

Aug 6, 2011

Perihal manusia.

Ape sebenarnye motif orang luahkan tekanan die kat kite ea?

1- Nak kita memberi nasihat dan tenangkan diri die balik.
2- Sekadar nak suruh kite dengar tanpa memberi ape-ape respon?
3- Nak suruh kite meng'iya'kan kata-kata die walaupon kita rase tak betul?
4- ??

Tak faham betul dengan orang ni kadang-kadang.

Bile cerita masalah and kite reply dengan memberi kata-kata nasihat, dikatanya kita tak paham dengan situasi dia.

Dikatakan kita sentiasa menuduhnya dengan anggapan y buruk.

Maaf, saye cuma memberi pandangan y sebaiknya dari pihak saye.

Lain kali, kalau nak suruh saye cakap anda tu betul aje, sile lah beritahu.

Aug 4, 2011

Melepaskan

Entry ni menceritakan kisah peribadi. Don't waste your time to read it. hehe

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


"Bila kamu merelakan, maka kehilanganmu, kesedihanmu akan segera hilang. Apapun yang kamu sayangi, ia akan hilang entah bila, termasuk ahli keluargamu sendiri. Termasuk dirimu sendiri. Jadi, bila kamu mahu belajar melepaskan apapun di dunia ini, termasuk orang orang tercinta, maka belajarlah dari sekarang."



_________________________________________________________________

Dah masuk hari ke 5 berpuasa. Ade lagi 25 hari untuk sambut Aidilfitri.

Tapi bunyi mercun dah kedengaran diruang udara. Mangsa mercun pon dah ade y masuk berita.

Kesimpulan nye, jangan main mercun buatan sendiri. Kemaruk sangat nak main, sila main mercun y dijual dipasaran.

Ade orang, tulis blog hanya untuk menyampaikan setiap perkara y dirasai dihatinya. Alangkan senang rasa hati bile setiap perkara y difikirkan dengan senang dapat ditaip dan diluahkan dekat blog. Blog seolah-olah menjadi teman mendengar y setia.

Ade orang pulak, tulis blog semata-mata untuk mencari keuntungan. Beruntung juga sebab sedikit sebanyak blog menjadi sebahagian dari sumber pendapatan untuk menampung hidup.

Ade juga y menulis blog untuk menyampaikan dakwah. Beruntunglah mereka kiranya tiada kelak, blog itu boleh menjadi bukti dakwah mereka. Dakwah itu merupakan tanggungjawab setiap muslim.

Hati tak tenang.
Nak tido, tapi mata tak lelap.
Hati ini tak senang
tatkala perkara itu mengendap.

har3 ^_^

Tah hape-hape pantun ni.

Selamat malam.

p/s : tak de motif punya entry. maaf sape y bace :p

Sebab kenape tak nak jadi budak sekolah.

Kalau time serabut-serabut dengan masalah selalu jugak kite fikir, kan best kalau jadi budak kecik. Tak de pon pening nak fikir pasal masalah.

Tapi bile tengok balik adik-adik sendiri y masih bersekolah rendah tibe-tibe rase "nasib baik dah tak sekolah".

haha

Sebab nye?

Tiap-tiap hari kena pergi sekolah bawak beg berat-berat. Serius! tak cukup dengan beg galas y dah macam pikul beras seguni, tambah lagi dengan buku-buku kat tangan. Oho, tak sanggup nye.



Lagi satu bile hari-hari kene bangun 6 pagi. Sebab nye pukul 7 pagi bas sekolah dah sampai. Uish, memang mencabar. Kalau dok u, boleh bangun pukul 6.30 pagi. Kelas paling awal pon pukul 8.30 pagi. So, mmg ade chance nak tidor dulu semula sekejab lepas subuh. hehe

Yang ketiga, bile tengok pakaian sekolah tu y putih je hari-hari. Ingat lagi dulu, time kat kantin la pakaian kena btol-btol dijage. Silap langkah, siap ler tudung or baju ade cop kuah kari. haha
Memang leceh je rase.

Tapi kan, satu perkare y saye hairan. Kenape bile time kat U, even ade kelas sampai petang pon, kite tak rase penat sangat. Tapi time sekolah dulu, nak tunggu habis waktu sekolah y setakat pukul 2 petang tu pon rase macam lame sangat?

p/s : tapi budak kecik tak ade masalah besar nak fikir. Main je hari-hari~

Aug 3, 2011

Celcom upgrade Volume dan Speed broadband secara PERCUMA.

Entry ni khas untuk pengguna celcom broadband.

Setelah bandwidth y celcom broadband bagi telah cecah limit. Iaitu 4G, saye habiskan dalam mase 4 hari.

Jadi terpakselah purchase additional volume. Kalau tak, memang lembap je nak online.

Tengah-tengah bersiar di laman web celcom broadband, tibe-tibe terhenti dekat satu page ni.


(klik gambar untuk maklumat detail)

Oooo, patut la haritu celcom broadband ade send satu message berbunyi

GREAT NEWS! U can now enjoy an even better internet experience w/us! We hv upgraded yr broadband speed to 1.5Mbps & volume to 4GB for FREE!

Ingatkan tipu je. Ataupon hanya untuk promosi bulan ni je.

Rupanya memang betul.

Celcom dah upgrade semua plan-plan dia.

Seperti y kita boleh lihat kat atas ni, speed untuk RM48 punye plan dah diupgrade kepada 700kbps dan untuk plan y RM68 sebulan, speed dah diupgrade ke 1.5 Mbps.

Untuk volume pon celcom upgrade jugak. Yang RM48 dari 1G dah naik ke 1.5G dan untuk y RM68 sebulan dah naik dari 3G ke 4G.

Jadi kepada pengguna celcom broadband, selamat melayari dengan lebih puas lepas ni. Celcom dah upgrade dan y paling penting ianya PERCUMA.