Jun 30, 2011

Postpon Tarikh Test JPJ Motor


Alhamdulillah..

Buat maklumat hangpa-hangpa kat luaq sana, nak bagi info sikit.

Test JPJ kalau dah di booked, kite boleh postpon okey?

Tak kira la hangpa memang dah tau pasal benda ni atau pon tak tau, saye tetap nak bagitau.

Haritu, puas seharian cari maklumat, google sana sini nak tau boleh ke dak postpon test JPJ ni untuk motor.

Tapi satu jawapan pon tak jumpa. Dok la tertanya-tanya boleh ke tak sebenaqnya.

Jadi, lepas ini kalau ada sapa-sapa lagi yang tak tahu pasal benda ni, harap entry ini dapat membantu la.

Kesian kot kat saya haritu, gundah gulana berteka teki mengenai test JPJ ni.

Akibat rasa kesian kat orang lain jugak yang mungkin mengalami masalah yang sama, jadi saya pon post la entry ni. hehe

Semoga dapat membantu orang lain.

Alhamdulillah, jawapan ni saya dapat after p tanya sendiri kat Sekolah Memandu tu.

Memang tak dak masalah nak postpon tapi lagi bagus kalau bagitau sekolah tu awai-awai.

Senang sikit kerja depa.

p/s : dah setahun lebih saya ni memegang lesen L motor/ kereta yang sah. Entah bila nak jadi P.

Jun 27, 2011

013-31368__

Alhamdulillah..

Segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Post ini sekadar untuk memberi maklumat kepada kawan-kawan.

My number yang hilang aritu telah pon dibuat baru. Jadi selepas ini sebarang urusan boleh lah kembali menghubungi nombor lama tu (013-31368__).

***********************************************************************************

Tengah-tengah mengantuk study, Nik Syarihan send message bagitau satu berita yang baik. Untuk cuti sem ini, student tidak perlu mengosongkan bilik. hehe

Berita yang melegakan hati semua student mungkin sebab kerja memunggah barang bukanlah satu kerja yang mudah.

Namun sedikit kesal dengan sikap beberapa student yang mudah melatah apabila datang masalah sebegini, sampai ada antaranya yang bertegang leher. Harapkan perkara ini tidak lagi berlaku.

Bila ditimpa masalah, janganlah mudah melatah. ^_^

***********************************************************************************

InsyaAllah, lagi 2 hari. Iaitu 29/6/2011 , saye akan menduduki final exam untuk short sem ini. Diikuti dengan 2/7/2011. Doakan saye dapat menjawab exam dengan baik ye.

Saye juga mendoakan semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dan mendapat keberkatan dariNYa.

Belajarlah demi Allah dan agama, mungkin dengan niat yang suci ilmu itu akan lebih mudah sampai ke hati. ^_^

***********************************************************************************

Sekian.

p/s :: Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Cintailah Allah yang akan kekal abadi.

Jun 26, 2011

Jun 24, 2011

Biasiswa Pra-U JPA akan dihentikan.

Bace paper pagi ni.

Satu hot topik bagi pelajar-pelajar mestilah pasal scholarship kan? Even saye bukan lah antara yang layak. hehe

Menurut berita harian online ni, kerajaan telah membuat keputusan untuk menghentikan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan SPM yang cemerlang berikutan beberapa sebab. Boleh baca sendiri disini.

Mungkin ini usaha baru kerajaan untuk lebih bersikap adil memandangkan banyak rungutan mengenai pemberian biasiswa JPA tu pada tahun ni.

Satu point yang saye rase bagus pasal perkara ni adalah mentaliti masyarakat kite nanti tak lagi akan pandang SPM tu sangat3 penting untuk menjamin masa depan. Memang la penting tapi bile dah sampai ada mind set pasal gagal SPM, gelap la masa depan tu, rasenye point yang tak bagus.

Lepas tu, pelajar-pelajar kite pon tak de lah rasa macam diri tu dah selamat bila dapat result yang baik dalam SPM and then mula belajar dengan main-main bila dah masuk Uni. At least bila biasiswa diberikan time kat Uni, barulah student-student akan still cont. their effort from SPM tu dan sampai la segulung ijazah tergenggam.

Apa pon, setiap perubahan tu ada baik dan buruk nya. Satu keburukan yang saye nampak kalau tak diberi perhatian adalah mungkin pelajar kita akan rase down untuk belajar bersungguh-sungguh dalam SPM. Ye lah, mungkin diorang akan fikir, dapat result gempak pon belum tentu lagi dapat scholarship kan.

Tapi menurut kefahaman saye la, biasiswa still akan diberi kepada pelajar yang cemerlang kan? Cuma melanjutkan pelajaran ke luar negara tu yang belum tentu lagi. Hanya yang betul-betul perlu je akan ditaja melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Lagipon, uni tempatan tak de lah bad sangat pon. Okey je, cuma mungkin sistem pentadbiran dan pengurusan yang bermasalah. Tapi kalau diri kita sendiri mempunyai kesedaran yang baik untuk masa depan sendiri, belajar kat mana pon, kita akan berjaya. Environment tu rasenya bukan lah faktor utama kejayaan seseorang, tapi diri sendiri tu yang faktor utama.

Kalau dah malas macam saye ni, letak la kat Universiti terulung pon, belum tentu lagi berjaya. hehe.

sumber gambar : google images

-apa pon, ini hanya pandangan dari seseorang yang masih cetek ilmu pengetahuannya-

Jun 23, 2011

Share our opinion at Says.my


Setelah hampir lebih dari 3 bulan menyertai komuniti says.my ni, sedikit sebanyak sekarang saye sedar.

Laman web ini bukan dibuka hanya untuk berkongsi link advertising sambil menjana seposen dua melaluinya, tetapi ia juga merupakan satu laman yang mana para youth Malaysia boleh berkumpul untuk berkongsi pendapat dan menyoalkan persoalan yang bermain di minda mereka.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menjengah ke ruang Question and Answer, tidak menyedari akan perkara ini dan mungkin yang masuk pon, tak berapa sedar juga.

Perkara ini berlaku disebabkan ruangan QnA ini telah disalah ertikan oleh sebilangan ahli yang menjadikannya seperti wall Facebook mereka dengan mengupdate status diri berbanding mengeluarkan soalan-soalan yang bernas untuk dikongsikan bersama ahli yang lain.

Namun begitu, bukanlah semua ahli yang dikatakan sebegini. Jika dicari dan diteliti, masih terdapat soalan-soalan yang bernas dan sungguh bermanfaat untuk dijawab dan dikongsikan bersama. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih terdiri dari golongan ini.

Jadi, berbesar hati jika rakan-rakan yang mempunyai pandangan bernas dan masih belum menyertai says.my ini dapat sama-sama memeriahkan lagi komuniti ini. Walaupon saye ini bukanlah sesiapa dalam says.my ini, tetapi dengan mengajak rakan-rakan mungkin para muda belia boleh berkumpul disini sambil mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama.

Namun, harus diingat. Janganlah jadi seperti mereka yang menggunakan ruangan QnA ini seperti wall facebook mereka. Kongsikan atau persoalkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Kepada mereka yang telah menyertai juga, jenguk-jenguklah ke ruangan ini untuk berkongsi ilmu. Janganlah hanya berkongsi kempen untuk menambah pendapatan.

(believe me, you will gain something especially when you view the 'featured' question on the QnA section)

^^

Jun 22, 2011

Ketawa di facebook.

Teringat perbualan dengan kawan-kawan yang tidak diketahui bile.

Alkisah bila "bunyi-bunyi" an ditulis di facebook atau pon sms.

Ade orang kate jangan gelak/tulis 'haha' sebab nye tak sopan. Untuk si gadis la.

So untuk gelak sopan sikit tulis la' hehe'.

Bile himpun-himpun bunyi ni, bunyi ketawa sahaja pon dah banyak.

Ade yang ala-ala sopan nak masuk elemen gedik-gedik sikit, perlu berbunyi 'hihi'.

Bila rase nak jahat-jahat nakal letak la 'keh3'.



Gelak besar dan tanpa segan silu berbunyi 'ha3'.

Nak lagi yang tanpa rase malu tulis je 'kah3'.

Tapi bile elemen sedih tiba, 'huhu' mesti menjadi pilihan.

Update sikit sekarang, orang gune 'huuu' je.. plus dengan simbol '~~' so jadi la 'huuu~~~'.

Kelakar kan?

Tapi semua ni bukan bahasa facebook je. Ia termasuk la jugak bahasa untuk message dan bloging. Pokoknya, yang tidak boleh disampai kan dengan suara tapi hanya melalui tulisan.

Sebagai penyedap dan penyeri kata kot.

Bayangkan semua orang tulis tanpa word-word ni. Rase macam tak meriah and suasana tak lengkap je kan? Ape yang nak disampaikan pon macam tak tersampai.

Yang saye tak reti nak tafsirkan adalah 'hoho'. Ape maksud terbaik yang nak disampai disebalik bunyi nie.

So, agak-agak bunyi yang menjadi faveret korang? ^_^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s : dan sebaik sahaja entry ini ditulis, kawan-kawan yang sengal dahulu itu pon nak menambah lagi.

Tapi bunyi-bunyi ini mungkin bahasa ketawa modern yang baru dicipta dalam 5 tahun ini.
  • kihkihkih
  • ekekekekeke
  • huahuahua
  • har har har
  • agagagaga

So, pilih la sendiri mane yang berkenan. -_-"

Jun 21, 2011

Facebook dan emosi.

Facebook ni sekarang, sangatlah mempengaruhi hidup manusia.

Cube bayangkan, or tak payah bayang pon tapi buat. Ade orang remove korang dari friendlist mereka, hati ni rase gundah je. Mesti tertanye-tanye kenape ea? aku buat salah ke? die marah aku ke? die dah tak nak kawan aku ke?

Bile ade orang add pulak, terutama bile yang add tu tak de mutual friend pon, mula la pulak fikir lagi. Uit, mamat hensem / gadis cantik ni add aku lah. Eh, hot nye aku. Aku cantik / hensem ke. Glamor jugak ye aku.

Erm, tak kurang juga yang main perli memerli kat facebook. Yang sorang dok cakap, Tido lambat main facebook, subuh tah kemane. Then ade pulak yang p tulis kat wall diorang, aku tido lambat pon aku semayang cukup.Dari semayang penuh tapi dok mengate orang. Pastu dok touching-touching sendiri lah kan. Padahal, mungkin status tu bukan untuk kite.

Merepek panjang-panjang ni, saye just nak sampaikan satu point je, jangan lah sangat terpengaruh dengan facebook kerana fb ni akan mempengaruhi emosi dan cara hidup kita. Contohnya orang tulis status pedas-pedas kat wall diorang, then kite pon terasa. Emosi lah satu hari pulak lepas tu. Tak pon p reply marah-marah kat wall sane, yang kawan tu tak bermaksud pon, lame-lame jadi la pulak pergaduhan.

Yang remove from friendlist pon same je, mungkin la kawan tu remove sebab tak nak kawan kat facebook tapi looking forward for real friendship. Bile jadi friend maybe die ni dok nak stalk je kan. So, die remove la. Jadi, kite ni tak perlulah nak emosi-emosi bile perkara ni berlaku ye.


sumber gambar : facebookcraze.com

Setiap tindakan ade sebabnye kadang-kadang. ^^

Saye rase, sepatutnya before buat facebook, setiap orang kene test tahap pengawalan emosi dan minda dulu, takut nanti dipengaruhi oleh facebook pulak. hehe

Peace \/

Jun 20, 2011

SHOCKVILLE

This time nak post about contest. Sejak akhir-akhir ni selalu nampak iklan ni kat nuffnang add tapi tak tahu pon ape bende ni. Sekarang baru tahu.

SHOCKVILLE IS UNDER SIEGE! HELP SAVE SHOCKVILLE FROM THE SLEEPYHEADS!

Ever felt like shocking those sleepy heads around you? Be a HALLS Shocketeer! All you’ve gotta do is shock and awaken those sleepwalking citizens of Shockville from their mundane chores with the invigorating vapour action of HALLS Candy!

This week's district to conquer: Wet Market! Shock those sleepyheads!Quick conquer this district and win prizes like iPad 2, Play Station 3, iPod Touch or even prepaid cards worth RM300!What are you waiting for? Shockville needs you!




Jun 17, 2011

Roti Gardenia berharga 70 sen.

Tarikh :: Minggu lepas, before exam MOM.
-------------------------------------------------------------------------------

Exam MOM akan berlansung jam 8 malam. Jam tangan dah menunjukkan 6.30 petang. Erm, tak sempat rasenye nak beli makan ni. Beli roti je la.

Menapak ke kiosk berhampiran. Pilih la satu roti yang glamer. Dulu-dulu selalu makan roti ni, hari-hari kot. Sebab murah, singgit dapat 2. Kenyang pon kenyang, sedap pon sedap. Ramai rasenye minat roti ni.


Tapi tahu, sekarang dah naik harga jadi RM 0.60 satu. So, dah jarang beli. Ye lah, nak beli dua dah jadi RM 1.20. Malas la nak bagi mak cik kedai tu 20 sen.

After pilih benda-benda lain sekali dengan air, pergilah bayar kat kaunter. Berape nilai yang nak bayar pon, terima je walaupon rase mahal.

Sampai bilik, dengan tenangnye sambil mengadap nota MOM, tangan pon capai la roti ni. Belek-belek plastik nye nak tengok tarikh luput. Biase la, time beli tak tengok, time dah nak makan baru nak tengok.


Tapi lain pulak yang diperhatikan. Aik, sejak bile roti ni dah naik harga jadi RM 0.70 pulak. -_-"

Oo, ingat harga minyak je yang naik. Harga roti ni pon naik, sampai seposen pulak tu.

Baru lah disedari betapa tak ambil tahunya diri ini padah hal ehwal semasa. Harga roti naik pon tak tahu.

Entah-entah dah lame pon roti ni dok pada aras harga ni.

Yang dok bace-bace ni pon, tah tahu ke tak harga roti ni naik.

:P

Jun 16, 2011

Black and white

Kata-kata akan cuba untuk dikotakan.

For the good sake of everyone maybe.

Tidak lagi diganggu dan mengganggu urusan masing-masing.

^^
everyone have their own black and white side i think. Including me ^^

Jun 15, 2011

New Xpax Plan

Tengah hari tadi ke kedai phone kat IIUM nie.

Bukan nak beli handphone baru.. Tapi nak beli sim baru je.. haha

Memang dah aim nak beli xpax yang baru keluar. Namenye xpax 2.

Kebetulan time-time handphone hilang ni la, xpax keluarkan pakej sim baru.

Murah pon murah dengarnye.



Rate yang diletakkan adalah 28 sen setiap 10 minit bagi panggilan celcom ke celcom.

Mule-mule tak sure murah ke mahal. Try kire-kire, memang murah la kot!

10 minit dapat 28 sen, kalau gayut dengan pakwe sejam, baru habis RM 1.68.. Tak sampai pon Rm2 untuk sejam.. haha

Tapi fikir-fikir balik, bukan tu yang penting. Pakwe pon tak de. haha

Oleh kerane selame nie selalu call mak yang line maxis tu, sekali call habis dekat RM10 jugak. Yelah, sekali call bergayut sejam la jugak. hehe

So, tengok la pulak rate xpax 2 ni untuk panggilan server lain. Kalau mahal, tak jadi la nak beli.

28 sen untuk setiap 5 minit. Tekan-tekan kalkulator, 60 minit @ sejam baru RM3.36!!

Wah, memang bahagia la kan. Borak 2 jam pon tak pe macam nie. hehe

Sejam 5 ringgit pon tak habis, memang untung la sangat tu kan.

So, memang dah confident la ni p kedai nak beli.

Sampai-sampai, nampak banner xpax 2 depan kedai tu. Ha, memang terbaik la kan. Lepas ni ade la number untuk orang contact-contact.

Dengan excited nya p la tanye pak cik kedai tu.

But then, die kate tak sampai lagi. Mungkin dalam minggu ni atau minggu depan kalau tak de hal. -_-"

Balik la dengan kecewa kan.

So, untuk number baru, rasenye tak dapat lagi la buat mase nie. Untuk sementara, facebook je la jadi medan untuk perhubungan dunia nie. Ape-ape coontact facebook ye kawan-kawan. :P

p/s :
tak silap, bagi yang memang pakai xpax lame pon, boleh migrate kepada new xpax plan ni. Tapi untuk lebih lanjut, boleh klik pada gambar atau sini. Tak sure sangat.

Nokia Supernova 7210 hilang.

Seperti yang telah di war-war kan facebook, saye telah kehilangan handphone.

Yang bernumber 013-3136860.

Jadi, buat masa sekarang tiada number baru lagi untuk dihubungi. InsyaAllah, petang jab lagi nak p beli sim baru.

Yang ni, tengok lah nanti sampai kat celcom center bile-bile, baru nak request balik no tu.

Kehilangan bukan kerana dicuri / ragut dan lain-lain.

Semua berlaku atas kecuaian diri sendiri tertinggal phone atas kerusi di sebuat tempat, bile dah sedar dan berpatah balik, confirm-confirm la tak de dah kan~~

Jangka hayat kami bersama adalah hampir 3 tahun. Walaupon waktu sekarang orang pandang smartphone je, tapi bagi saye handphone Nokia Supernova 7210 tu tetap menjadi pojaan hati.

ditinggalkan kekasih hati T_T


Buat masa sekarang handphone ganti hanya yang black and white screen tu. Takde lagi mms and mp3 kat handphone ye. haha

Sadis je rase.

Handphone baru? Erm, tunggu la setahun dua lagi. Yang penting, nokia akan tetap menjadi pilihan :p

Jun 8, 2011

Bersyukur dilahirkan dalam keadaan Islam

Seringkali kita, sebagai manusia biasa leka dengan nikmat yang diberi Allah.

Rezeki
Kesihatan
Hidup
Ilmu
dan lain-lain

dan yang paling penting nikmat dilahirkan dalam keadaan Islam.

Sebagai seorang Muslim/ Muslimah, sememangnya inilah nikmat yang sangat besar diberi Allah.

Bayangkan sahaja, jika tidak dilahirkan dalam keluarga yang Islam.

Bagaimana susahnya pula untuk menerima hidayah dari Allah untuk mendapatkan cahaya Islam, kemudian mungkin menghadapi tentangan dari keluarga, hidup dalam kesusahan dan sebagainya.

Semuanya ujian yang diberi Allah, sebelum diri itu diterima dalam Islam.

Tetapi yang lahir dalam keadaan semula jadi Islam ini, kadang-kadang terleka.

Leka dengan kemudahan yang telah disediakan oleh Allah.

Dan ada pula sesetengah hamba Nya yang masih cuba untuk berpaling dari nikmat yang diberi ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur dengan nikmat Allah ini.

Wallahualam.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." ( Ali Imran: 7)

Jun 7, 2011

Semua orang buat silap.

"Dalam hidup ni, semue manusia biasa pernah buat silap.
Begitu juga dengan saye.

Tapi satu perkara yang patut kita lakukan bila buat silap adalah, memohon kemaafan.
Kite sendiri pon, digalakkan untuk memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur.

Die baik, terlalu baik sampai saye rasa takut untuk kehilangan dirinya. Kadang-kadang, sikap kite ni boleh buat orang lain yang merana.

Maaf la, kalau sebab saye awak hilang seorang kawan. Saye tak berniat pon. Saye cuma takut, andai kamu pergi meninggalkan saye. Iyelah, kamu jumpe kawan yang lagi bagus dari saye.

Tapi saye tak sedar, saye dah memburukkan keadaan. Saye ingat, saye boleh menjernihkan ape yang keruh. Untuk saye mungkin dah jernih, tapi saye tak sedar yang saye dah mengeruhkan bahagian kamu.

Maaflah, saye tak tahu. Maafkan saye..."

*kate si comel kepada si cantik.

^_^

Mulakan hari dengan senyuman!! ^_^

Alhamdulillah..

Sekali lagi setelah berkali bangun dengan hati yang tenang.

Walaupon tidur dengan linangan air mata.

Tapi sekarang, masih dapat melihat ciptaan Allah dipagi hari yang menenangkan.

Minggu ni rase macam akan keseorangan kat bilik.

Nik, dah balik kampung. Mungkin untuk seminggu. Tak sempat pulak nak tanye.

Nik, sampai hati ko tinggalkan aku.. sob3.. hehe

Walaupon tak beramah mesra, tapi tau la ade orang lain kat bilik. haha

Cik Manisah, yok datang UIA. Saye belanje kamu makan nasi ayam penyet kat Aminah sekali.

^_^

Minggu ni exam Mid term Mechanic of Metarial (MOM) pulak.

Khamis ni ye. Nasib baik malam, 8.00 pm.

seperti biase, jom ke kelas!!

haha

Jun 6, 2011

Mine

Jagalah apa sahaja hak kita dan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.

Dan jangan pula cuba-cuba mengacau atau mengambil hak orang lain.

Kerana, hak kita sendiri pon belum tentu terjaga dengan baik bukan?


Peringatan bersama untuk rakyat sejagat

^_^

Jun 5, 2011

Sila Jujur.

Salah satu kunci untuk mengekalkan persahabatan adalah "Jujur"..

Yup, sila jujur dalam persahabatan anda.

Walaupon jujur nie kadang kala boleh membawa kepada kemusnahan persahabatan, tapi ia mungkin tak semusnah bila kawan kite nie tahu kita tak jujur.

Please be honest!!

Walaupon bile die tanye die cantik tak hari ni, sila lah jawab dengan jujur. Kalau tak cantik, sila nyatakan "tidak".

Walaupon jika kite dah janji nak jumpe kawan kite ni jam 4 petang, tapi jam 5 petang baru sampai kerana tertidur. Sila nyatakan "saye tertidur". Tak perlu nak memutar belitkan cerita kononnya berlaku excident okey?


Walaupon kite sebenarnye bosan dengar cerita die yang tak pernah-pernah habis. Sila nyatakan yang "saye bosan".

Dan walaupon kite rase, kite dah tak boleh nak go on dengan persahabatan itu, sila nyatakan dengan sebaik-baiknya kepada kawan itu yang kite tak boleh. Tak perlu berpura-pura nak melayan segala kerenah die dalam masa yang sama hati tu tak ihklas.

Ini barulah dipanggil persahabatan sejati, jujur dan saling menerima. Boleh menyuarakan ape sahaja tanpa segan dan silu. Boleh berkongsi ape sahaja tanpa sorok-sorok.

Tak best la kan main sorok-sorok dengan kawan baik sendiri.

Lagipon, kita bukan bermaksud nak mengecam, tetapi lebih kepada berterus-terang demi keabaikan. Tak terniat untuk putuskan persahabatan pon kan.

Jadi, sila-silalah berlaku jujur ye kawan-kawan.

Ini yang sebaik-baiknya dari menipu kawan sendiri.

Churpie the Churp-Churp bird

Bile bukak je Says.my dengan Churp-Churp, rata-rata kempen pasal contest.

Contest Facebook photo for next face of clean & clear, Minum Teh menang kereta, 100 plus, Orea T-card for fathers day dan lagi-lagi.

Tapi dalam banyak-banyak contest ni, ade satu yang menarik. haha


Mesti ramai je gadis-gadis jawab ye. haha

Contest seekor burung yang comel, Churpie the Churp-Churp bird.

Kate burung ini, setelah 2 tahun memegang takhta sebagai Cutes Thing, die nak kongsi title tu dengan orang lain pulak. haha

What a great bird!! haha

Hadiah tak la mewah, tapi contest pon tak la susah.

Hantar je picture yang korang rase korang nampak cute then tunggu vote orang ramai utk "like" korang yang comel tu.. hehe

Nie care-care nye :
  1. Upload the cutest photo of yourself (not your pets!) during the submission phase
    (May 31 – June 06, 2011)
  2. Wait for the Churp Churp team to assess your cute-ability level
  3. Once you’ve been chosen, gather your friends to vote for your photo during the voting phase
    (June 07 – June 13, 2011)
  4. The TOP 5 photos with the most votes from Singapore and Malaysia will stand a chance to win limited edition Churp Churp merchandise!
  • You must be a citizen/PR of Malaysia or Singapore

Sila ke sini untuk detail dan melihat picture-picture yang diorang rase diorang cute ^_^

Too Lazy

Sleep at 10.00 pm, and wake up at 6.30 am.. whooh, what a baby. haha

Ape nak buat dengan habit tido awal ni ah?

Serius, merupakan satu masalah besar.

It should't be bad if bgn awal. But still as other normal people, 6.30 am....

Next time it should be 5.00 am maybe.

we'll see.. haha

Still, "continueing" my work as a brilliant student...study..

Study for your whole life. Can't i skip all this study part and go for work then get married? haha

Urgh, the question that keep coming as i really don't want to open the book..

But still, i know the answer.

Then, i just keep study and study and study and study. (the truth is, juz replace the study with lazy.. )

Guys, how can you manage to study for 24 hours without having any problems?

Hey, tell me the secret. I want to know it to!!
.................................................................................................................................................................

What a peacefull morning, i should't complaining.

Alhamdulillah Allah.

Thanks for the world that You give for me to stay.

And everything that You give me for live.

^_^

Jun 2, 2011

Jangan lupe exam Math 5 hari ni.

Setelah 5 hari berlalu dengan jaya nya.. -_-"

Hari ini saye exam mid sem untuk math 5..

Ala, exam yang ditunggu-tunggu tu.. haha


Saye doakan semua student yang ambil math 5 sem3 10/11 ni dapat jawab exam dengan baik.

hehe..

Sediakan bekalan mental yang secukupnya untuk exam jam 5pm until 7 pm nanti ye.

Value Exam Hall 1 katenye. Maybe lain group lain value.

Kawan-kawan yang free pon boleh jugak datang untuk bagi support.

hahahahahahaha

Okey, sile sambung study.