Jan 28, 2012

Siswa dan baucarnya

Seperti y diketahu semua, tahun ni kerajaan dah bagi RM200 baucar buku kepada siswa.

Ramai dah ambil kan?

Lepas tu sekarang, naik pula berita yang ada sesetengah siswa y jual baucar tu, tak pon beli something y tak berfaedah.

Bila fikir-fikir balik, malu juga.

Kerajaan bagi untuk membantu meringankan beban beli buku, tapi lain pula yang jadi. Time tak bagi, meminta-minta.

Memanglah ada antara siswa yang selama ni tak beli buku. Menggunakan alternative pinjam buku dari libry, tak pon beli y lebih murah @ fotokopi punya.

Tapi bila dah diberi baucar buku, ape salahnya beli buku sendiri kan. Tak rugi kot beli buku, even kalau pakai hanya untuk 1 sem.

Alah, nilai RM200, kadang-kadang cukup untuk satu atau dua buku je pon kan. Jadi, beli je lah satu dua buku tu. Mesti at least, dalam 1 semester, ada 1 atau 2 buku yang kita betul-betul pakai.

Renung-renungkan kata-kata ini ye..



"Ibarat Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri :(

Allah baru uji kita dengan baucer RM 200, disuruh gunakan untuk beli buku. Tetapi kita gagal dengan amanah yang diberikan, pergi beli benda lain. Lepas tu marah bila kerajaan mahu ambil tindakan undang-undang.

Cermin diri: Dok mengata kerajaan tak amanah sana sini, yang kita baru dengan RM 200 dah gagal nak amanah, entah kalau bagi negara pada kita, apa pula jadinya.
"- Mohd Masri Mohd Ramli

No comments: