Banyak perkara yang bermain diakalnya, tetapi tidak satu pon mampu diluahkan kepada jejari untuk dizahirkan ke kepada perkataan.
Mungkin terlalu banyak, sehinggakan tidak tahu mana satu harus diutamakan.
Mungkin jua, fikiran yang berserabut itu, disulami dengan hati yang kosong. Membuatkan dirinya hanya mampu terpaku kosong.
Jejari menafikan luahan perasaan, tetapi akal menginginkan ia diluahkan.
Akhirnya terperangkap ditengah-tengah lubuk hati, yang inginkan perhatian.
Apa yang ingin dibicarakan, soal akal yang masih pening.
Tetapi hati hanya mampu menyepi. Pandangannya kosong, tidak bernoktah.
Jejari itu pula hanya diam.
Setelah penat berdiam diri, akhirnya hati berbicara. "Relakan sahaja, andai itu yang terbaik."
Akal terpaku, berhenti berfungsi seketika. Tidak menyangka itu keputusan si hati.
Walaupon akal masih kurang mengerti dan masih mencari erti, jejari terlebih dahulu menjalankan tugasnya disini.
sumber |
Kesunyian, kemudian ingin menyendiri. Pernah rase macam tu? Nak tahu kenapa? Rahsianya tersembunyi di sini.
2 comments:
sastera sgt tu. smpai aku xphm..hehe
pape pon..senyum2 salu ;)
aku pon xpaham.. ha3
Post a Comment