Jan 26, 2012

Random

Dalam dunia, ada macam-macam jenis manusia.

Kadang-kadang, hairan. Macam mana ramalan mengenai tingkah laku seseorang boleh diramal.

Andai ditanya apakah warna gambar ni, jawabnya?


Lahir bulan 11 macam ni, bulan 12 macam tu. Sedangkan each person mempunyai personaliti yang tersendiri.

Dan tingkah laku atau perangai manusia ni sangat random. Berubah-ubah. Kejab macam ni, kejab macam tu.

So, memang mustahil lah kan untuk diramal. Mungkin segala ramalan itu dibuat kajian berdasarkan kebiasaannya.

Contoh, kebanyakan yang lahir bulan 11, sikap dia macam ini. Tapi, bukan semualah yang macam tu.

Mungkin ini yang nak disampaikan oleh peramal @ pengkaji.

Kepelbagaian sikap ni sendiri kadang0kadang buat kita pening.

Ditambah dengan kadang-kadang perangani manusia tu sendiri yang suka cakap berbelit.

Kejab cakap lain, kejab lagi cakap lain pulak. Yang mana satu yang betul, Dia sahaja yang mengetahui.

Ada orang, hati ibarat diletakkan di mulut. Apa sahaja yang hati rasa, akan dibicarakan. Ibarat terdetik satu perkara di hati, mulut dah pon melafazkan perkara itu.

Ada orang pula, mulut diletakkan di hati. Begitu susah nak berbicara. Ibaratnya tiada mulut. Setiap perkara yang nak dibicarakan, akan ditimbang dulu sebaik-baiknya. Buat lah apa-apa pon, senyap aje.

Tak kesah lah mulut dihati atau tak, ape yang penting kita pandai menjaga percakapan dan tingkah laku. Buat sesuatu dan katakan sesuatu seikhlas hati beserta niat yang baik. InsyaAllah, penerimaan orang juga akan menjadi positive.

No comments: