Jan 29, 2012

Perbezaan Pendapat Sesama Manusia





Pada pendapat saya, kontex pemahaman manusia atau individu itu berbeza-beza. Sebab itulah wujudnya kepelbagaian dalam kehidupan seharian dalam hidup seorang manusia. Namun begitu, manusia tidak boleh sewenang-wenang menyalahkan sesuatu kefahaman yang berbeza dengan kefahaman dalam dirinya. Itulah pentingnya sifat toleransi dan saling bertolak ansur dalam diri setiap individu.


Malah, Islam sendiri menggalakkan dakwah yang bukan berunsur kekerasan. Ini kerana, fitrah manusia itu tidak suka dipaksa-paksa. Semakin dipaksa, mungkin kebencian akan bermaharajalela. Jadi, mungkin dengan menggunakan pendekatan yang lembut, seseorang itu akan lebih mudah menerima sesuatu yang diluar kefahamannya. Ibaratnya, batu ditepian pantai juga akan hancur dibadai ombak lama-kelamaan, jadi apa lagi hati manusia.

Sebagai contoh mudah, isu meniru dalam peperiksaan dan juga isu "couple". Cuba kita kupas isu pertama terlebih dahulu. Ada sesetengah antara kita amat yang mengambil berat dengan isu ini. Fahaman mereka, meniru didalam peperiksaan itu merupakan satu kesalahan yang berat. Berbeza dengan mereka yang meniru, mereka beranggapan ini merupakan satu batu loncatan ataupon satu kaedah untuk membantu menyelamatkan diri. Bagi yang meniru, mereka memikirkan bahawa ini salah satu cara untuk meninggikan markah peperiksaan.
Malah, berbagai-bagai alasan akan diberi untuk menyatakan meniru bukanlah satu kesalahan yang besar.
Tetapi bagi yang membangkang, disebabkan mereka amat emosi dengan perkara ini, mereka tetap membantah kepada isu meniru walau diberi seribu alasan. Malah, akan mula berfikir secara jauh melibatkan masa depan dan juga halal haram ilmu yang diperoleh.

Cuba kita terbalikkan dua individu ini dalam situasi kedua. Individu pertama amat anti dengan isu "couple". Walau beribu alasan diberi, individu ini tetap dengan pendiriannya menyatakan "couple" itu satu kesalahan besar. Seperti mmembonceng motosikal berlainan jantina, sememangnya sesuatu yang tidak manis untuk dipandang. Tetapi individu yang kedua ini pula mungkin akan mencipta beribu alasan untuk menyelamatkan diri atau tidak menampakkan dirinya begitu bersalah. Mereka mungkin berkata mereka mungkin ber"couple" tetapi jarang keluar bersama. Bercouple mungkin digunakan untuk mengulangkaji pelajaran bersama dan berbagai lagi. Tetapi untuk individu pertama ini, oleh kerana terlalu emosi dan sensitif dengan perkara ini, mereka mungkin tidak menerimanya. Malah semakin jauh berfikir melibatkan masa hadapan dan halal haram hubungan yang terjalin.

Makanya, jika kedua-dua individu ini tetap berkeras untuk menegakkan pendapat masing-masing, tentunya pergaduhan besar akan berlaku. Imagine pula, bukan dua individu sahaja yang ingin mengakkan pendapat mereka, malah setiap individu di dunia ini? Sudah tentu tiada lagi perssefahaman dan toleransi, maka keamanan juga akan hilang.

Ingin dihighlightkan disini bahawa saya bukanlah menyokong mana-mana isu. Tetapi lebih kepada ingin menyatakan pemahaman manusia itu berbeza. Jadi, kita jangan terlalu berkeras untuk menegur dan memaksa. Tau menegakkan satu-satu pendapat. Menjadi tanggungjawab sebagai muslim untuk menegur antara satu sama lain, tetapi biarlah secara berhemah. Manakala yang ditegur pula janganlah terlalu emosi dan menentang. Masing-masing hanya perlu memahami kefahaman masing-masing dan cuba mengikut selagi ia tidak lari dari jalan yang lurus.

Jadi, konklusi yang terbaik adalah bukan berhenti menegur, tetapi teruskan menegur dan yang ditegur, cuba untuk menerima teguran. Fitrah manusia itu sebagai pelupa, jadi menjadi tanggungjwab bersama untuk saling ingat mengingati. Yang menegur juga perlu faham andai ada yang tidak dapat menerima tegurannya dan yang ditegur juga perlu faham kefahaman individu yang menegur. Janganlah sampai menjadi isu yang berlarutan dan berpanjangan.

Peace ^^

No comments: