Jan 31, 2012

Result dan mercun

Ehem!!

hahaha.. Orang lain pakat dok kalut tengok result, saye macam cicak berak kapur depan lattop..

Terkebil-kebil meneliti setiap patah perkataan yang tertera berwarna merah..

AMARAN keras barangkali.

" You are required to pay your compound at Bank Muamalat. To view result bring the receipt to Legal Unit for changing of payment status."

Dan mercun berbunyi kuat sekali disini.


Perayaan ape hari ni? 31/1/2012??

Dan otak terus berteka-teki.

Mungkin meraikan pelajar UIA dapat result malam ni?

Jan 29, 2012

Happy Feet 2

Sape dah tengok happy feet 2?

Best tak?

Bagi saye best! Sebab banyak lagu.

Time mula-mula tengok cerita tu, terus terfikir "pangguin ni memang kerja die menyanyi ke?"

hahaha

Sebabnye, memang banyak la part menyanyi-menyanyi dalam cerita ni. Cerita yang berkonsepkan muzikal kot.

Lagu pon sedap-sedap. Jalan cerita pon simple-simple sahaja.

Sesuai lah untuk tontonan seisi keluarga. ^^

Ni antara lagu yang saye suka. hehe

Bridge of Light by Pink.

Just when you think
Hope is lost
And giving up
Is all you got,
Blue turns black,
Your confidence is cracked,
There seems no turning back from here

Sometimes there isn't an obvious explanation
Why the holiest hearts can feel the strongest palpitations

That's when you can build a bridge of light,
That's what turns the wrongs all right
That's when you can't give up the fight

That's when love turns nighttime into day,
That's when loneliness goes away,
That's why you gotta be strong tonight,
Only love can build us a bridge of light

When your feet are made of stone
You're convinced that you're all alone
Look at the stars instead of the dark
You'll find your heart shines like the sun

Let's not let our anger get us lost

And the need to be right comes at way too high a cost
[ From : http://www.elyrics.net/read/p/pink-lyrics/bridge-of-light-lyrics.html ]

That's when love can build a bridge of light
That's what turns the wrongs all right
That's when you know it's worth the fight

That's when love turns nighttime into day
That's when loneliness goes away,
That's why you gotta be strong tonight
'cause only love can build us a bridge of light

Deep breath, take it on the chin
But don't forget to let love back in

That's when love can build a bridge of light
That's what turns the wrongs all right
That's when you can't give up the fight

That's when love turns nighttime into day,
That's when loneliness goes away
That's why you gotta be strong tonight
'cause only love can build us a bridge of light

Only love can build us a bridge of light...
Of light...
Of light...


p/s : lagu cari sendiri kat Youtube.. :p

Perbezaan Pendapat Sesama Manusia





Pada pendapat saya, kontex pemahaman manusia atau individu itu berbeza-beza. Sebab itulah wujudnya kepelbagaian dalam kehidupan seharian dalam hidup seorang manusia. Namun begitu, manusia tidak boleh sewenang-wenang menyalahkan sesuatu kefahaman yang berbeza dengan kefahaman dalam dirinya. Itulah pentingnya sifat toleransi dan saling bertolak ansur dalam diri setiap individu.


Malah, Islam sendiri menggalakkan dakwah yang bukan berunsur kekerasan. Ini kerana, fitrah manusia itu tidak suka dipaksa-paksa. Semakin dipaksa, mungkin kebencian akan bermaharajalela. Jadi, mungkin dengan menggunakan pendekatan yang lembut, seseorang itu akan lebih mudah menerima sesuatu yang diluar kefahamannya. Ibaratnya, batu ditepian pantai juga akan hancur dibadai ombak lama-kelamaan, jadi apa lagi hati manusia.

Sebagai contoh mudah, isu meniru dalam peperiksaan dan juga isu "couple". Cuba kita kupas isu pertama terlebih dahulu. Ada sesetengah antara kita amat yang mengambil berat dengan isu ini. Fahaman mereka, meniru didalam peperiksaan itu merupakan satu kesalahan yang berat. Berbeza dengan mereka yang meniru, mereka beranggapan ini merupakan satu batu loncatan ataupon satu kaedah untuk membantu menyelamatkan diri. Bagi yang meniru, mereka memikirkan bahawa ini salah satu cara untuk meninggikan markah peperiksaan.
Malah, berbagai-bagai alasan akan diberi untuk menyatakan meniru bukanlah satu kesalahan yang besar.
Tetapi bagi yang membangkang, disebabkan mereka amat emosi dengan perkara ini, mereka tetap membantah kepada isu meniru walau diberi seribu alasan. Malah, akan mula berfikir secara jauh melibatkan masa depan dan juga halal haram ilmu yang diperoleh.

Cuba kita terbalikkan dua individu ini dalam situasi kedua. Individu pertama amat anti dengan isu "couple". Walau beribu alasan diberi, individu ini tetap dengan pendiriannya menyatakan "couple" itu satu kesalahan besar. Seperti mmembonceng motosikal berlainan jantina, sememangnya sesuatu yang tidak manis untuk dipandang. Tetapi individu yang kedua ini pula mungkin akan mencipta beribu alasan untuk menyelamatkan diri atau tidak menampakkan dirinya begitu bersalah. Mereka mungkin berkata mereka mungkin ber"couple" tetapi jarang keluar bersama. Bercouple mungkin digunakan untuk mengulangkaji pelajaran bersama dan berbagai lagi. Tetapi untuk individu pertama ini, oleh kerana terlalu emosi dan sensitif dengan perkara ini, mereka mungkin tidak menerimanya. Malah semakin jauh berfikir melibatkan masa hadapan dan halal haram hubungan yang terjalin.

Makanya, jika kedua-dua individu ini tetap berkeras untuk menegakkan pendapat masing-masing, tentunya pergaduhan besar akan berlaku. Imagine pula, bukan dua individu sahaja yang ingin mengakkan pendapat mereka, malah setiap individu di dunia ini? Sudah tentu tiada lagi perssefahaman dan toleransi, maka keamanan juga akan hilang.

Ingin dihighlightkan disini bahawa saya bukanlah menyokong mana-mana isu. Tetapi lebih kepada ingin menyatakan pemahaman manusia itu berbeza. Jadi, kita jangan terlalu berkeras untuk menegur dan memaksa. Tau menegakkan satu-satu pendapat. Menjadi tanggungjawab sebagai muslim untuk menegur antara satu sama lain, tetapi biarlah secara berhemah. Manakala yang ditegur pula janganlah terlalu emosi dan menentang. Masing-masing hanya perlu memahami kefahaman masing-masing dan cuba mengikut selagi ia tidak lari dari jalan yang lurus.

Jadi, konklusi yang terbaik adalah bukan berhenti menegur, tetapi teruskan menegur dan yang ditegur, cuba untuk menerima teguran. Fitrah manusia itu sebagai pelupa, jadi menjadi tanggungjwab bersama untuk saling ingat mengingati. Yang menegur juga perlu faham andai ada yang tidak dapat menerima tegurannya dan yang ditegur juga perlu faham kefahaman individu yang menegur. Janganlah sampai menjadi isu yang berlarutan dan berpanjangan.

Peace ^^

Jan 28, 2012

Siswa dan baucarnya

Seperti y diketahu semua, tahun ni kerajaan dah bagi RM200 baucar buku kepada siswa.

Ramai dah ambil kan?

Lepas tu sekarang, naik pula berita yang ada sesetengah siswa y jual baucar tu, tak pon beli something y tak berfaedah.

Bila fikir-fikir balik, malu juga.

Kerajaan bagi untuk membantu meringankan beban beli buku, tapi lain pula yang jadi. Time tak bagi, meminta-minta.

Memanglah ada antara siswa yang selama ni tak beli buku. Menggunakan alternative pinjam buku dari libry, tak pon beli y lebih murah @ fotokopi punya.

Tapi bila dah diberi baucar buku, ape salahnya beli buku sendiri kan. Tak rugi kot beli buku, even kalau pakai hanya untuk 1 sem.

Alah, nilai RM200, kadang-kadang cukup untuk satu atau dua buku je pon kan. Jadi, beli je lah satu dua buku tu. Mesti at least, dalam 1 semester, ada 1 atau 2 buku yang kita betul-betul pakai.

Renung-renungkan kata-kata ini ye..



"Ibarat Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri :(

Allah baru uji kita dengan baucer RM 200, disuruh gunakan untuk beli buku. Tetapi kita gagal dengan amanah yang diberikan, pergi beli benda lain. Lepas tu marah bila kerajaan mahu ambil tindakan undang-undang.

Cermin diri: Dok mengata kerajaan tak amanah sana sini, yang kita baru dengan RM 200 dah gagal nak amanah, entah kalau bagi negara pada kita, apa pula jadinya.
"- Mohd Masri Mohd Ramli

Hati, akal dan jari

Setiap hari, hanya mampu ditatap ruangan new entry itu dengan pandangan kosong.

Banyak perkara yang bermain diakalnya, tetapi tidak satu pon mampu diluahkan kepada jejari untuk dizahirkan ke kepada perkataan.

Mungkin terlalu banyak, sehinggakan tidak tahu mana satu harus diutamakan.

Mungkin jua, fikiran yang berserabut itu, disulami dengan hati yang kosong. Membuatkan dirinya hanya mampu terpaku kosong.

Jejari menafikan luahan perasaan, tetapi akal menginginkan ia diluahkan.

Akhirnya terperangkap ditengah-tengah lubuk hati, yang inginkan perhatian.

Apa yang ingin dibicarakan, soal akal yang masih pening.

Tetapi hati hanya mampu menyepi. Pandangannya kosong, tidak bernoktah.

Jejari itu pula hanya diam.

Setelah penat berdiam diri, akhirnya hati berbicara. "Relakan sahaja, andai itu yang terbaik."

Akal terpaku, berhenti berfungsi seketika. Tidak menyangka itu keputusan si hati.

Walaupon akal masih kurang mengerti dan masih mencari erti, jejari terlebih dahulu menjalankan tugasnya disini.
sumber

Kesunyian, kemudian ingin menyendiri. Pernah rase macam tu? Nak tahu kenapa? Rahsianya tersembunyi di sini.

Jan 26, 2012

Random

Dalam dunia, ada macam-macam jenis manusia.

Kadang-kadang, hairan. Macam mana ramalan mengenai tingkah laku seseorang boleh diramal.

Andai ditanya apakah warna gambar ni, jawabnya?


Lahir bulan 11 macam ni, bulan 12 macam tu. Sedangkan each person mempunyai personaliti yang tersendiri.

Dan tingkah laku atau perangai manusia ni sangat random. Berubah-ubah. Kejab macam ni, kejab macam tu.

So, memang mustahil lah kan untuk diramal. Mungkin segala ramalan itu dibuat kajian berdasarkan kebiasaannya.

Contoh, kebanyakan yang lahir bulan 11, sikap dia macam ini. Tapi, bukan semualah yang macam tu.

Mungkin ini yang nak disampaikan oleh peramal @ pengkaji.

Kepelbagaian sikap ni sendiri kadang0kadang buat kita pening.

Ditambah dengan kadang-kadang perangani manusia tu sendiri yang suka cakap berbelit.

Kejab cakap lain, kejab lagi cakap lain pulak. Yang mana satu yang betul, Dia sahaja yang mengetahui.

Ada orang, hati ibarat diletakkan di mulut. Apa sahaja yang hati rasa, akan dibicarakan. Ibarat terdetik satu perkara di hati, mulut dah pon melafazkan perkara itu.

Ada orang pula, mulut diletakkan di hati. Begitu susah nak berbicara. Ibaratnya tiada mulut. Setiap perkara yang nak dibicarakan, akan ditimbang dulu sebaik-baiknya. Buat lah apa-apa pon, senyap aje.

Tak kesah lah mulut dihati atau tak, ape yang penting kita pandai menjaga percakapan dan tingkah laku. Buat sesuatu dan katakan sesuatu seikhlas hati beserta niat yang baik. InsyaAllah, penerimaan orang juga akan menjadi positive.

Jan 16, 2012

Menutup tirai semester 1 2011/2012

Semester 1 2011/2012 telah pon berakhir semalam.



Ditutup tirainya dengan pengakhiran paper Metrology. Seperti biase lepas habis setiap exam, hanya mampu tawakal. Yang penting usaha.

Pada diri yang memang tahu kurang berusaha, sila jangan cakap banyak.

Sebentar lagi akan pulang, tapi bukan ke Kedah lagi. Singgah beristirehat di perhentian Puchong.

Nak settlekan segalanya yang berkaitan dan telah benar-benar sihat, baru akan pulang ke rumah.

Meneruskan aktiviti cuti harian di rumah. Aktiviti yang hanya mahasiswa mengerti.. haha



InsyaAllah, dalam bulan 6 tahun ni, akan mula praktikal @ intern. Sekarang ni dalam process apply mana-mana company yang sudi.

Selangkah lagi maju menuju ke alam kerja.

Kadang-kadang rasa lama sangat dah berada di bumi UIA ni. Tah bila nak habis degree. Tapi kadang-kadang rasa macam cepat sangat masa ni berlalu. Lagi setahun lebih, dah nak grad.

Membebel banyak, tapi study malas! Thats me.

Selamat tahun baru dan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan.

p/s : doc tadi kate injection pagi tadi akan buat mengantuk. Tapi tak tidoq2 pon lagi. Mungkin penangan menonton running man? Aish -_-!! baik balik awal tadi.