Nov 11, 2011

Birthday dan kepulangan.

Semalam 10/11/2011, bufday saye.. ^^

Yang ke-22..

22 dah tua ke? Saye tak rasa tua pon.. hehe

Hari ini 11/11/2011, hari yang orang ramai kate istimewa. Sebab nombornye cantik kot. Ramai juga yang kate, ramai orang pick up tarikh ni sebagai tarikh melansungkan perkahwinan. Maksudnya banyak la kenduri.

Tapi, saye tak ade pulak dapat jemputan ke mana-mana majlis kenduri. haha. Tambah lagi, hari ni la dah kena packing barang balik. Kembali pulang ke IIUM tersayang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tapi, jadi pelajar yang bertanggungjawab tak lepas-lepas lagi.

Balik awal dari orang lain sebab?

  1. memang tiap kali cuti, akan balik jari Jumaat sebab ayah cuti, boleh hantar ke stesen bas dengan family. Kalau tak cuti, abah je yang hantar pergi stesen bas naik motor. Tak best!
  2. Lepas cuti ni banyak exam. Sepanjang 6 hari duduk rumah ni, berjaya sentuh 7 helai nota je. Sangat-sangat bahaya kan?
  3. Tak suka balik lambat sebab nanti jadi shock. Sampai-sampai, esok paginye dah kena pergi kelas (cth kalau balik Ahad). So, alang-alang Sabtu yang ayah sorang je hantar ke stesen bas, baik balik Jumaat sebab 1 family iringi.. hehe

Tapi cuti ni memang rasa sekejab. Tak galakkan pon kawan-kawan yang lain balik awal. Sebab bagi saye, balik awal or lambat, tetap juga liat nak study. hehe. Tapi semua ni depends pada orang la kan. Ada yang balik awal tapi memang study betul-betul. Tahniah!

So, di tarikh yang ramai anggap istimewa ni saye akan menghabiskan masa dalam bas je. Hope perjalanan lancar dan jalan jam tak bermula lagi. Sebab baru hari Jumaat kan. Kalau nak jam pon tunggu la Sabtu ataupon Ahad. Haritu balik rumah hari Sabtu untuk raya, perjalanan yang selalunya 4 jam 30 minit, bertukar jadi 6 jam sebab ada dekat sesetengah tempat, lebuhraya jam.

So, doakan pengorbanan balik awal saye ni tak jadi sia-sia. Doakan saye berjaya get ready untuk lagi 4 mid semester exam, 2 quiz, 2 case study, 1 project dan 1 report.

Saya doakan kawan-kawan yang lain juga berjaya memanfaatkan cuti dengan aktiviti yang berfaedah. ^^


happy birthday to me ^^

p/s : terima kasih pada semua yang dah wish bufday saya.. Semoga kita semua sentiasa dibawah keberkatan Allah.

2 comments:

Bally Da Shoe said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran ^^, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. huhu lmbat sket =P

miera said...

terima kasih ^^