Nov 8, 2011

Review Taare Zameen Par - Every Child is Special

Mentang-mentang cuti. Banyak movie yang nak review ye. haha

Taare Zameen Par merupakan satu lagi filem lakonan Amir Khan. Kalau korang suka tengok 3 idiots, korang patut tengok juga la cerita ni rasanya.

Cerita ni mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa. Ishaan yang mengidap penyakit dyslexia iaitu sukar untuk mengenal pasti huruf dan nombor. Malangnya parent dia tak tahu dan send dia ke sekolah biasa yang mana membuatkan dia sering dimarahi dan didenda oleh cikgu kelas kerana kelembapannya. Akibat tak tahan dengan sikap Ishaan yang ayah dia ingat dia malas belajar, ayah dia send dia ke sekolah asrama dengan harapan dia akan dididik dengan disiplin. Tapi kat situ, Ishaan mengalami tekanan yang lebih teruk kerana ketiadaan keluarga disisi terutama mak dia.

Satu hari, guru lukisan Ishaan telah pergi tah kemana, tak ingat. Dan digantikan dengan cikgu baru iaitu Amir Khan. So, kat sini la bermulanya misi menyelamatkan Ishaan. Cikgu Amir ni la yang banyak membantu dan devolope balik semangat Ishaan ni supaya kembali pulih seperti biasa. Cikgu ni lah yang mula-mula mengenal pasti Ishaan ni pengidap dyslexia.

So moral dalam cerita ni ada banyak la.
  1. setiap kanak-kanak ada keistimewaan tersendiri.
  2. jangan mendidik anak-anak mengejar keduniaan.
  3. guru kena memahami anak murid tetapi bukan menghukum.
  4. Parent kena accept keadaan anaknya.
  5. dan lain-lain.

Cerita ni actually dah tayang kat tv Sabtu lepas 5/11/2011.. Kalau tak berkesempatan nak tengok, boleh tengok kat Youtube.

No comments: