Nov 7, 2011

Review Nasi Lemak 2.0

Nasi Lemak 2.0

Baru tengok petang tadi.

Mengisahkan seorang tukang masak lulusan dari Cina, yang menetap di Malaysia.

Bercita-cita mengembangkan masakan or makanan orang cina.

Dia masuk satu pertandingan, bertanding dengan kenalan di kolej time kat Cina dulu. Dulu-dulu, dia ni selalu dikalahkan oleh kenalan ni jugak.

Jadi, dia pergi la menuntut ilmu masakan. Pusing habis satu Malaysia. Last sekali macam biase la, hero akan menang. hehe

Cerita ni best sebab lawak dia jadi terutama part Afdlin ada. Memang kelakar la jugak.

1st warning, jangan espek tinggi pada cerita ni.  Jangan tengok orang dok komen-komen cerita ni sedap, kita pon fikir best la kan. Cerita ni cerita sengal, ada unsur-unsur tah hape-hape jugak, tapi bagi saye masih la boleh diterima.

Yang penting, cerita ni memang fully 1 Malaysia. Nak tengok cerita yang berkonsepkan semua bangsa, sila tengok cerita ni. Sangat-sangat sampai mesej pasal Malaysia yang pengarah nak ketengahkan.

Lagi satu, jangan terkejut dengan 1/2 dari dialog adalah bahasa Cina. Itu tak menjadi masalah sebab ada subtitile.

Gaya cerita ni memang mengarut sikit, tapi unsur mengarut yang diletakkan tu tak ada la sampai kita rasa macam orang bodoh menonton. Memang ada je part yang mengarut, tapi mesej yang nak disampaikan tu ada.

Nak tahu best ke tak, tengok sendiri dan nilai sendiri. Alrite ^^


p/s : tengok cerita ni sebab ada lakonan Adibah Nor dan Afdlin.

No comments: