Feb 25, 2011

Dia, sensitif.

Dia seorang yang sensitif.

Tetapi sangat baik.

Kebaikanya juga, sering diambil kesempatan oleh orang lain.

Jadi, dia menjadi seorang yang cepat curiga dalam persahabatan.

Susah juga untuk dirinya mencari kawan.

Jadi, kuranglah sahabatnya yang benar-benar sahabat.

Akibat kesensitifan y tinggi, ditambah dengan kurang sahabat disisi, dia selalu touching-touching.

Kalau saat birthday dia, tiada orang disisi, mesti air mata nya berjurai-jurai.

Kalau dulu-dulu, ucapan birthday untuk dia hanya dihujung talian.

Sambil mendengar rintihan hidupnya.

Sayu hati kerana sebagai sahabat terdekat, tiada disisi untuk meraikan bersama.

Mungkin kadang-kadang bagi orang lain, birthday ni lansung tak penting.

Tapi bagi mereka, andai mampu untuk mengucapkannya walau hanya dengan 1 sms, mengapa tidak diucapkan.

Mungkin, tuan empunya badan akan merasakan yang masih ada lagi orang didunia ini ingat padanya.

Jadi, tahun ini. Saya akan berada juga disisi dia. Untuk memastikan dia ada teman berbicara.

Walaupon, tiada apa untuk diraikan, cukuplah dengan berada disisi.

Untuk berbual dan menghabiskan masa bersama.

Saya tidak mahu, birthday nya tahun ini, masih berendam air mata.

Walaupon hanya untuk sehari, saya datang juga. Janganlah hairan, andai saya sanggup buat semua ni.

Saya hanya tidak mahu, dia sedih-sedih. Mereka yang bersifat terlebih sensitif ini, bukan seperti kita yang biasa-biasa.

Mereka perlukan seseorang disisi bila hari istimewa. Bukan selalu, setahun sekali je pon.

Jadi, kepada dia. Jangan nak sedih-sedih lagi. Bagi makan selipar jepun nanti!!!

haha

Selamat Hari Lahir ^_^

Andai tiada siapa disisi, ingatlah, Allah sentiasa disisi.

3 comments:

Anonymous said...

like this miera e...

Anonymous said...

awak..tQ..terharuuuuuuuuuuuuuuuu=)

miera said...

ophie : like byk2 sket..hehe

anonymous : ^_^