Feb 2, 2011

Mesir dan Rakyat Kita


Ingatkan tak nak post ape-ape mengenai perkara ni takut nanti terbagi maklumat yang salah dan memburuk kan lagi keadaan.

Tapi still rasa macam perlu kerana seolah-olah perkara ini tak ambil berat.

Jadi saye pon sama-sama turut ingin menyebarkan berita ini agar lebih sama-sama kita boleh berdoa.

Seperti yang telah diwar-warkan. Mesir kini menghadapi krisis. Yang mana rakyatnya telah mengadakan demostrasi. Demostrasi ini menyebabkan terdapat balai polis dan penjara dipecah. Jadi banduan-banduan telah banyak berkeliaran disana. Keadaan disana menjadi semakin tidak selamat.

Dan seperti yang telah kita ketahui, ramai rakyat Malaysia yang belajar dan juga menetap disana. Jadi, mereka kini menghadapi satu situasi yang genting. Keselamatan mereka terancam.

Jadi apa yang saya harapkan untuk semua adalah kita sama-sama mendoakan agar mereka disana selamat. Sungguhpon tiada sesiapa yang berkaitan dengan saya tinggal disana (saudara-mara), tetapi kita harus fikir bagaimana kerisauan keluarga kepada mereka yang tinggal disana. Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita yang belajar disana. Marilah sama-sama kita menunjukkan keprihatinan kita.

Untuk mengelakkan penyelewengan maklumat seperti yang telah banyak berlaku, jadi sekiranya korang nak tahu perkembangan yang lebih lanjut dengan sahih mengenai perkara ini, boleh lah dirujuk disini :


Antara sumber maklumat yang trus dari sana. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka disana. Amin~~

No comments: