Oct 20, 2010

Finally

Finally final exam dah tiba. [hoho]
InsyaAllah pada 27/10/2010 akan bermulalah study week untuk saya dan juga pelajar-pelajar yang belajar di UIAM. Jadual exam saya pula:

31/10/2010 Manufacturing Process 1
1/11/2010 Introduction Economic For Engineering
6/11/2010 Math 3 dan Metallic Material

itu sahaja exam yang akan saya tempuhi. 3 hari je kan? Tetapi hari yang terakhir tu terdapat dua subjek yang bagi saya berat la juga. Saya akan habis exam lebih awal berbanding rakan-rakan yang lain kerana saya telah terkurang satu subjek berbanding dengan mereka. Disebabkan ketika perang registration subjek sem lepas, saya telah tewas.[hoho]

Jadi sekarang mungkin update di blog akan berkurangan memandangkan masa yang ada perlu diperuntukkan pada buku-buku yang menimbun. Atau mungkin saya akan lebih rajin mengupdate blog kerana masa lebih banyak akan diperuntukkan dibilik tanpa perlu lagi menghadiri kelas.(^_^) Kita tunggu dan lihat sahaja.

Sebenarnya tiada apa yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini, memandangkan saya masih belum menyiapkan entry untuk Photoshop. Tidak bermula pon lagi sebenarnya, tapi insyaAllah saya bercadang akan menulisnya setelah habis final exam ini kelak.

Mungkin saya perlu berkongsikan sesuatu disini untuk melihatkan blog ini sedikit bermanfaat. Baiklah, anda pernah melayari laman web ini tak? www.ted.com. Saya mengenali laman web yang bermanfaat ini dari seorang Prof saya ketika dikelas UNGS 2. Untuk pengatahuan anda, laman web ini merupakan satu laman web dimana tempat untuk orang melahirkan dan meluahkan idea-idea yang terdapat dalam diri mereka. Saya nak bercakap lebih lanjut pun, saya tidak pandai. Jadi saya aarankan anda boleh pergi sendiri dan lihat sendiri.




Didalamnya terdapat video-video pengucapan orang ramai. Tentulah berbahasa Inggeris tetapi terdapat sesetengah video itu telah ditranslatekan kepada bahasa Melayu. Dari video-video ini saya telah mempelajari banyak perkara sebagai motivasi dan idea kepada saya. Apa yang dikatakan oleh orang-orang yang telah berucap di TED ini bagi saya mengandungi banyak ilmu bermanfaat yang boleh kita ambil.[tidak termasuk untuk hal-hal agama]

Jadi,  saya sarankan agar anda juga boleh melayari TED ini dan dengarlah apa sahaja tajuk yang akan dibincangkan. Ucapan-ucapan itu selain bermanfaat, ia juga diselangi dengan jenaka-jenaka. Mungkin juga dengan video-video ini, anda boleh melatih skill pengucapan anda. Itulah yang telah saya dapat.

Dan kini, TED telah diadakan di KL untuk julung kalinya. Nama pon tukar sikit kepada TEDxYouth@KL. Marilah ramai-ramai kita memeriahkannya.

Jadi, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini.

2 comments:

Kanda said...

goodluck mira! =)

miera said...

thanks~~ hehe ^_^