Oct 27, 2010

Gayut- Gayut

Assalamualaikum to all. ^_^

Malam yang hening tiba-tiba ada satu idea nak tulis. Bila idea dah datang, perlu disegerakan kerana jika ditangguh nescaya nanti idea itu akan hilang begitu sahaja. Huuuu~~~~ [terbang dibawa angin =p]

Satu soalan yang difikirkan tadi, "Kenapa sesetengah orang kalau dah couple sms 24 jam, bergayut dan sebagainya walaupon hari-hari jumpa?" hehe. Kemudian saya pon memikirkan jawapan untuk soalan itu. Kenapa? Kenapa pula saya yang fikir padahal saya tidak bercouple. 0_o?

comel je dak ni, kecik-kecik da gayut..=p
sumber : google

Saya fikirkan jawapan itu kerana saya pon bersms 24 jam dan selalu bergayut. hehe. Tetapi dengan seorang sahabat yang sangat saya sayang. Kredit to Cik Manisah Omar kita, my bestfriend dunia and akhirat. Nama itu disertakan sekali dengan blog beliau yang dibina secara terpaksa untuk kelas computernya. [haha, bocor sudah rahsia]

Berbalik kepada jawapan, apa yang saya borakkan dengan cik Manisah ni ye sampai sentiasa bersms. Em, apa jawapan yang terbaik ye. Kalau nak kata selalu sangat tu tidak la juga. Pagi mungkin satu sms untuk mengucapkan selamat pagi. [tolong kejut pagi y sebenarnya] Kemudian untuk diwaktu siang lain mungkin tidak banyak, kerana sibuk dengan kelas. Waktu malam adalah waktu yang kemuncak untuk kami berbual. Segala aktiviti harian disiang hari akan kami kongsikan dari cerita yang bermanfaat sehinggalah kepada gossip-gossip hangat. [haha]


Jadi mungkin saya boleh tolong jawabkan soalan ini, mungkin mereka tidak mempunyai sahabat baik seperti saya, jadi segala aktiviti harian yang ingin dikongsikan, segala luahan perasaan dan gossip-gossip hangat akan dikongsikan bersama pasangan.

Seperti yang kita tahu, fitrah manusia untuk bersosial. Seseorang itu perlu berbual, bercerita dan meluahkan perasaan dalam kehidupan mereka atau mungkin mereka akan mengalami tekanan perasaan. Jadi persoalannya sekarang kepada siapa kita akan berkongsi cerita dan luahan perasaan kita itu? Mestilah dengan seseorang yang rapat dan kita percaya. Betul tak?

Jadi bagi mereka yang mempunyai sahabat, mereka akan berkongsi dengan sahabat mereka. Bagi yang mempunyai "pasangan", mereka akan kongsikan dengan pasangan mereka. Bagaimana yang tiada siapa-siapa? Kawan rapat tiada, pasangan pon tiada.

Percaya atau tidak, mereka ini akan mencari alternatif lain untuk meluahkan isi hati mereka. Iaitu melalui diari. Diari tu tidak kesahlah dari segi buku atau blog. Disitu segala perkara akan diceritakan.Sememangnya setiap insan perlu mengexpresskan perasaan mereka kerana jika tidak, mereka akan mengalami tekanan perasaan dan lebih teruk akan dibawa kepada sakit jiwa.

Tapi perlu ke sampai bergayut 24 jam? hehe. Untuk yang ini saya tiada jawapan, kerana saya tidak pernah buat. Kalau pernah pon percayalah, sememangnya ia akan menjadi perkara yang membosankan. Bayangkanlah sentiasa bergayut sehinggakan tiada topik yang ingin dibualkan lagi. Bila dah bosan, akan bermulalah pergaduhan.

Jadi tips kepada "pasangan", saya rasa lebih baik jangan selalu berjumpa atau bergayut kalau tidak mahu selalu bergaduh.

Segala pandangan ini bukanlah dari pengalaman tetapi hanya dari analisa dan observation. Jika salah, maafkan saya. Saya hanya meluahkan pendapat. ^_^

3 comments:

pelajaryangbelajar said...

Beratnya blog nih. Kalau bukak kat Cats terkedu-kedu dia nak bukak.hehe
mula2 baca entry ni, pastu ternampak nama Manisah Omar. Rasa macam kenal, sekali klik kat link tu.aih?mmg dak skola.ahaha. Ex-Classmate lg tuh.. la camne la korg bole kenal?Xsangka kita ada 'link'. Kecilnya dunia. :D

pelajaryangbelajar said...

Owh lupa la plak, sorry2. kita pon sekelas jugak dulu.ahaha. dan sama sekolah lagi tu. Tapi xtau pulak korang ni rapat. Tapi bukan dulu pakai blog lain ke mira?

miera said...

owh, lupe da clasmate kan..hehe..
A ah, tapi blog lame da buang. ;p
xde idea nak tulis berkenaan tujuan blog tu.