Jun 18, 2012

Jelas

google

 Setiap perkara, perlu dicari penjelasannya.

Dan aku, akan terus mencari penjelasan.

Supaya tidak hidup dalam kekeliruan.

Tidak hidup dalam salah faham.

Aku gembira bila aku mendapat penjelasan.

Kerana ia membuatkan aku terang.

Kepada mereka-mereka yang memberi penjelasan.

Terima kasih.

-penjelasan, cuma itu yang aku mahu  ^^

Jun 17, 2012

Cerita lama

Ini cerita lama.

Cerita yang aku fikir aku tak akan melupakannya.

Cerita yang buat aku fikir kau manusia lidah bercabang.

Tidak pernah menepati kata-kata.

Sentiasa memutar belitkan cerita.

Kau kata kau inginkan berkawan.

Kau berkawan kerana sifatnya yang membuat kau  selesa bercerita.

Tapi tah kemana perkataan "kawan" itu tatkala dirinya difitnah.

Kau pergi, senyap, menyepi.

Seolah olah tidak menafikan fitnah itu.

Kata-kata penerangan dari kau, lansung tidak terdengar.

Kau lepas tangan.

Kau pekak kan telinga, butakan mata.

Kau kata, kau malas nak ambil tahu, malas nak ambil peduli.

Sungguh mudah pegangan hidup kau.

Hidup ibarat tidak bertanggung jawab.

Kau buat hati dia sakit.

Dan aku hanya pemerhati.

Tapi kau tetap pandai.

Kau biarkan masa berlalu, dan cerita itu pergi ditelan ombak.

Kemudian kau datang lagi.

Memulakan kisah baru.

Kisah kebahagiaan dunia yang kau kecapi lagi.

Kemudian senyap, hidup dalam kebahagiaan mungkin.

Kau biarkan insan yang kau anggap kawan itu tanpa khabar berita.

Dan aku memerhati lagi.

Memerhati dalam marah.

Bukan marah kau mengganggu kawan aku.

Tapi marah kau buat kawan aku terluka.

Dan jangan salahkan aku berfikir begini.

Sebab kau sendiri yang tak pernah hadir menerangkan segala kekeliruan dan kecelaruan.

Jun 16, 2012

3rd Day

Pagi-pagi, seperti yang dijanjikan oleh engineer tu (Bro Naziq), saya diberi tugas untuk design plug gauge.

Yang belajar dalam subjek Metrology tu. Yang ada part GO and NOT GO tu.

Digunakan untuk inspect certain lubang dekat part engine tu kot.

Bro Naziq ni bagi lah contoh yang ada and dimension untuk plug gauge tu.

Design pakai catia untuk buat solid part tu, memang dah biasa buat.

Tapi.....

Untuk convert to drawing, memang saya tak pernah tahu.

So, cakap je la terus terang dekat Bro Naziq ni yang tak pernah belajar pasal 2D drawing.

Do, dia ajarkan la sedikit-sedikit.

Design tu siap awal, tapi memandangkan bahagian drawing tu terkial-kial lagi, so kerja jadi lambat.

Tambah lagi 3rd day jatuh hari jumaat yang mana rehat tengah hari lama.

12.45, semua staff dah kalut keluar kerja.

Saya pon join la sekali. Tak remaja lansung sok sorang-sorang dalam office.

2.15, masuk balik tengok office bahagian engineering masih kosong.

3.00 pon kosong lagi.

Drawing macam dah siap. Kalau boleh nak minta Bro Naziq ni check dulu.

Malangnya memang tak ada orang.

Memang blur la dok sorang-sorang.

Nak buat apa pon tak tahu.

Dalam 5.15 jam loceng bunyi, baru la staff-staff bahagian engineering ni muncul.

Dirang kata diorang duduk dalam bilik Obeya (salah satu bilik bahagian engineering).

Mentang-mentang harini bos cuti ye.

Malas nak ambil tahu lebih-lebih.

Terus je balik.

mood : mengantuk sangat sebab tak ada kerja.

p/s : seronok sebab dapat belajar drawing dalam catia dan cuti 3 hari. ^^

Jun 15, 2012

2nd Day

Seawal 8 pagi, semua pekerja berkumpul.

Pastikan diri lengkap dengan uniform termasuk tag nama dan topi.

uniform putih

Jangan tinggal satu pon.

Hari ini perhimpunan bulanan.

Ucapan-ucapan dari Human Capital, CEO dan bahagian HMS.

Ada lagi yang lain-lain tapi tak ingat wakil apa.

Human capital bercakap mengenai ESS.

Dikenali sebagai Employee Suggestion Scheme kalau tak silap.

Yang mana pekerja digalakkan untuk memberi cadangan dan jika cadangan berguna, pekerja itu akan mendapat imbuhan atau sesuatu yang bermanfaat sebagai penghargaan.

Dan perkara ini mengingatkan diri ini mengenai subjek Quality Control.

Brother Muhammad pernah bercerita mengenainya.

Kemudian yang paling nak di highlight kan di sini adalah ucapan dari CEO.

Hampir setengah jam lebih panjangnya.

Dari ucapan, kelihatanya seperti seorang yang amat tegas.

Menegur pekerja-pekerja yang membuang abu rokok merata-rata.

Amaran keras diberi.

Jika bulan ini masih ada kes, merokok dikawasan kilang akan DILARANG sama sekali.

Guard akan diarahkan untuk memeriksa setiap beg yang masuk ke kawasan kilang.

Lain-lain yang disebut, akan dimasukkan didalam report.

Nak tulis dekat sini, panjang pula nanti.

After rehat pagi, training unit menempatkan saya di bahagian engineering.

Akhirnya, merasa juga duduk dalam office dengan cubical individu.

Bahagian engineering ada 7 kesemuanya tidak termasuk bos.

4 lelaki dan 3 perempuan.

Menurut kak Norma, kerani bahagian engineering, bos seorang yang sangat cerewet dan berangin.

Seperti pepatah "sarang tebuan jangan dijolok". Sesuai ke pepatah ni? haha

Petang after lunch, baru berkesempatan jumpa dengan bos yang di war-war kan tu.

Alhamdulillah, mood dia baik harini.

Serba sedikit penerangan diberikan sebelum diperkenalkan dengan seorang engineer.

Engineer ni bertanggungjawab terhadap drawing-drawing bahagian engine.

Engineer : "harini awak rehat-rehat la dulu k. Esok saya akan bagi satu drawing untuk awak tolong lukiskan dengan catia. Kemudian kita akan lawat sekitar kilang k."

Hanya mampu mengangguk.

Dan kesimpulan, tak sabar menanti hari esok.

p/s : nasib baik company ni pakai Catia. ^_^

Jun 13, 2012

1st Day

1st day?

Masih tiada apa yang menarik.

Hanya mampu melihat budaya-budaya kerja mereka.

Pagi dalam pukul 8.00, sebelum memulakan kerja masing-masing, setiap bahagian akan berhimpun dalam bulatan sambil berdiri.

Ini yang dilihat.

Apa yang dibincangkan? Tidak diketahui.

Ia dipanggil perhimpuanan, kata guard yang bekerja.

Kemudian, urusan pemberian uniform bekerja.

Lengkap! Baju 2 pasang, seluar 2 pasang, kasut sepasang, tudung sehelai dan topi.

Memang jimat kos pakaian.

Tapi yang paling hebat, "tukar uniform sekarang ye dik. sekali dengan tudung. tak iron pon tak pelah. kita nak ambil gambar." -_-!!




So 1st day, pakai tudung tak iron.

Paling best, "dah dapat kupon makan? kat sini semua pekerja diberi kupon makan RM3 sehari."

Senyum melebar.

Jimat juga duit makan. hehe

So, rehat 10.30 sampai 10.40, dapat makan mee goreng sepinggan berharga RM1. Air the o, free~

Next, briefing. Face-to-face sorang-sorang. Dah macam special student rasa.

"Petang ni kita ada exam ye? Oleh sebab adik baru masuk, boleh open book."

Senyum lagi.

Tepat jam 1, melangkah ke cafe lagi. Kali ni, nasi putih, kari daging dan kerabu mangga.

"RM 2.20, pagi tadi ada lagi baki kupon RM2, jadi 20 sen ye."

Jam 2, akak dari HRM datang. Exam 1 jam. Jawab semua soalan.

"Awak boleh buka buku kan? Duduk dekat depan. Jangan bagi yang lain tiru k."

Selesai kertas ditanda. 6 orang fail. Markah 85 ke bawah.

Dan.......

6 orang tu termasuk diri ini.

Malu? Tak terkata.

"Saya salah bagi buku ke?" - akak HRM.

Yang fail sila kedepan. Repeat!

Soalan yang sama.

Untuk kedua kali, lepas dengan paras bahaya. 89%.

Tapi disebalik markah-markah yang rendah ni, aku rasa orang yang tanda tu salah tulis markah. Mana mungkin open book, markah rendah!

Yakin, ni bukan salah aku!!

Melangut menunggu masa berlalu.

5.15pm. Tunggu apa lagi, balik la. ^_^




Jun 11, 2012

Dewasa

Satu lagi langkah kealam dewasa akan ditempuh.

Setapak melangkah kehadapan, mana mungkin kaki ini akan berpatah kembali.

Satu tapak, bakal disusuli dengan tapak kedua dan ketiga.

Mungkin selama ini terbayang diri dialam baru.

Luar dari kampus yang banyak membantu mencari identiti diri.

Tapi kali ini bukan bayangan lagi, tetapi kenyataan yang bakal ditempuh.

Mahu tidak mahu.

Sedar tidak sedar.

Tiada jalan untuk U turn.

Highway utara selatan, lurus tanpa memberi sedikit ruang untuk berpatah kembali.

Ini kehidupan yang bakal ditempuh.

Ya, mahu atau tidak.

Dewasa itu tetap datang.

Dan harapan, moga ia datang lengkap dengan persediaan.

Berjumpa dengan golongan yang 360 berbeza alamnya.

Melangkah kaki berseorangan menuju alam baru.

Berpisah dengan insan yang paling memahami.

Semua ini hanya mainan.

Mainan untuk menguji kesempurnaan "kedewasaan".

Moga kau tabah. ^^

p/s : selamat kepada rakan-rakan seperjuangan.