Mar 26, 2012

Tersedar......

Bila mana dirimu berazam ingin belajar menjadi seorang yang penyabar. Pasti turut sama doa memohon kepada Allah akan ditujukan.

Tetapi seringkali selepas itu, ujian berat datang menimpa, dan dirimu tidak mampu bersabar lagi.

Kau berputus asa dan menghamburkan segala kemarahan itu.

Sekali lagi kemudian, penyesalan datang dan kau berazam kembali. Kali ini dikuatkan lagi keazaman dalam hati dan kau tambahkan dengan kesabaran yang lebih tinggi.

Dan kemudian, ujian besar datang lagi. Sekali lagi kau kalah. Terdetik dihati, kenapa tiap kali ingin berubah, pasti ada yang menghalang?

Berazam lagi, ditambah dengan doa kepada Allah, moga dikuatkan hati.

Tetapi ujian besar tetap datang. Berulang-ulang dan berkali kali, sehingga akhirnya kau berputus asa.

Dan lebih menyedihkan, kau tetap menyalahkan keadaan. Menyatakan, perubahan kau sentiasa dihalang. Merungut dan berputus asa.

Itulah manusia kan?

Tapi hari ini tiba-tiba tersedar. Rasa tertampar.

Kenapa tidak terlintas dari saat pertama kali aku ingin belajar dulu?

Sungguh, rasa diri ini bodoh dan lemah.

Tidakkah ujian besar yang datang setiap kali ingin melakukan perubahan itu, merupakan pertolongan dari Allah?

Bukanlah sebagai penghalang untuk perubahan engkau.

Ya, Allah ingin membantu. Ingin mengajar kamu supaya lebih bersabar, dan ingin melihat adakah kamu telah mampu dalam bersabar.

Ternyata, fikiran manusia itu masih cetek. Walau telah kemana gading sekali kau belajar.

Bersyukurlah dengan ujian itu, sesungguhnya Allah mahu membantu.

- manusia yang baru sedar, tetapi tidak pasti selama mana kesedaran ini akan kekal..

No comments: