Mar 26, 2012

Lari


Perjalanan Lrt dari Gombak menuju ke Kelana Jaya, kemudian berpatah balik ke Gombak mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Tapi hati ini tak terlintas untuk berhenti di mana-mana stesen. Andai masa itu lebih panjang, terniat dihati untuk berulang-alik berkali-kali dengan lrt ini.

Kenapa kau lari?

Sambil menghitung satu persatu perkataan didalam buku yang dijadikan teman perjalanan itu, hati berbisik.

Tapi itu bukan sesuatu yang mengusik emosi sekarang, Lebih terusik dengan persoalan, mana kau nak pergi?

Sungguh, tiada hala tuju.

Saat ini, ternyata tiada siapa berada disisi untuk memimpin, meneman dan dijadikan untuk diri ini berteduh.

Gombak, kita jumpa lagi. Baru 2 jam lepas aku jejakkan kaki disini.

Maghrib telah muncul, air hujan juga turut mencurah-curah. Membasahkan bumi yang kian meningkatnya pemanasan global.

Tersekat disitu.

Hujan yang lebat telah membataskan perjalanan. Terbayang motosikal diparking yang lejut kebasahan.

Marilah solat dahulu. Mudah-mudahan hati akan tenang. Allah akan bantu.

Ternyata, bersyukur kerna mendidik diri supaya jangan bergantung dengan orang lain, tetapi jadikanlah Allah sebagai teman setia.

Sungguh, hati ini terpujuk setiap kali bersendiri begini.

Ternyata, disaat tiada satu disisi, Allah tetap disini.

Kau sungguh pandai jaga dirimu dan hatimu sendiri. 

Tidak ramai didalam surau berdekatan. Boleh lah dijadikan tempat untuk berteleku menanti hujan reda.

Mujur juga, buku yang dipegang sudi menemani. “Kembara Hamba Mencari Cahaya”.

Berulang-alik dari satu stesen ke satu stesen itu bolehkan dianggap sebagai kembara?

Tertawa dengan persoalan sendiri.

Mungkin boleh jika kau memerhati. Tetapi sebentar tadi, kau hanya menunduk, seolah khusyuk membaca buku sedangkan hati gundah tertanya-tanya.

Mungkin itu bukan kembara lagi. Perlu meluaskan perjalanan sambil memerhati setiap ciptaan Ilahi. Memerhati kehebatan ciptaan Nya.

20 minit berlalu, aku masih disitu. Hujan kedengarannya kian mengundur diri. Mungkin lebih berkat, andai diselesaikan Isya’ juga disini. Mungkin juga perjalan pulang akan lebih diberkati.

Andai ada destinasi, sungguh aku tidak akan kembali kesini.

Nyata, tiada tempat yang mampu difikirkan. Satu tempat yang aku berhajat untuk pergi, tetapi tuan tanahnya tidak sudi. Sebok dengan urusan perkahwinan nya mungkin. Bimbang juga penghuni lain akan kurang senang dengan kehadiran ku mungkin.

Tak mengapa, kerna aku tidak berharap tinggi. Sekadar terlintas dihati.

Ya, hanya situ yang difikirkan untuk dituju, tetapi tidak terbuka untukku.

Maka, sila pulang kembali ketempat asalmu.

Alhamdulillah, masalah itu telah berjaya aku skip untuk sementara.

Sekadar cukup untuk membuatkan tidurku ku lena malam ini.

Malam esok bagaimana?

Sudah, jangan difikirkan lagi masalah esok. Mari tidur, tenangkan diri.

Bukankah tidur adalah satu cara untuk mengawal kemarahan? dan juga cara untuk kau tenangkan diri?

InsyaAllah, jika dipanjangkan umur oleh Allah, esok kita jumpa lagi. Dan mungkin lari lagi?................

No comments: