Mar 28, 2012

Celaru


Dalam kecelaruan mempertimbangkan baik dan buruk tindakan, satu kesedaran datang.

Ilham dari buku.

Sungguh, buku itu bukan buku yang aku sukai.

Penulisannya dan topik-topik didalamnya, tiada yang istimewa buat aku.

Tidakkan kau tahu, setiap ilmu itu mempunyai manfaatnya?

Entah dari mana datangnya soalan itu.

"Boleh jadi perkara yang engkau tidak sukai itu mendatangkan kebaikan kepada kamu........" (Al Baqarah:216)

Dan hari ini bukti ayat itu muncul.

Menyergah dihadapan muka sendiri.

Terkejut, terkesima.

Teguran hakikatnya membina diri kita. Kasar atau lembut sesuatu teguran itu, perlu kita ambil secara positif dan baik. Jangan kita utamakan keegoaan dan nafsu kita semata-mata. Biasanya manusia menyangka bahawa apabila die mendengar pendapat atau seguran seseorang, maka dia lemah. Sebenarnya melapangkan dada mendengar teguran adalah petunjuk kepada ketinggian harga diri seseorang. - (kembara hamba mencari cahaya)

Ilmu itu telah sampai kepada engkau, telah disuluh kepada engkau. Tetapi tetap kau buta seolah olah lansung tidak sedar mengenainya. Sungguh kau antara yang degil dan rugi.

Terasa diejek oleh hati sendiri. Ditertawakan.

Sungguh, akulah antara yang benci dengan teguran.

Alasannya cuma satu, konon aku telah mencuba yang terbaik untuk bergelar sahabat, anak, pelajar dan segala tanggungjawab yang tergalas.

Mengapa tidak ditegur kepada mereka yang lansung tidak mencuba untuk menjadi terbaik itu? Masih ramai diluar sana.

Keras, hati keegoan ini meningkah! Tidak berpuas hati.

Rasulullah pernah pada suatu hari,ridaknya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab sehingga merah lehernya. Orang arab itu meminta hutang sedangkan tarikh kutipan hutang belum tiba. Sayidina Umar al- Khattab yang ketika itu berada disisi Rasulullah, lantas menghunurskan pedang dan memarahi lelaki itu yang berkasar terhadap Rasulullah.

Rasulullah bersabda,
"Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dank au menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik."

Tidak cukup dengan itu, Rasulullah menambah bayaran hutangnya kepada lelaki Arab itu. Sabda baginda,
"Ini untuk kekasaran Umar tadi."

Tiba-tiba kisah ini muncul bermain-main diminda.

Lihat, alasan engkau tidak boleh diterima pakai. Benar sekali, kau antara yang rugi.

Hanya kerana teguran yang sedikit itu, engkau menghukum sewenangnya. Walau dirasakan teguran itu jauh tidak perlu diterima aleh engkau.

Tidakkah kau perlu terima, sebagaimana Rasulullah yang mulia?

Hati yang masih disaluti sekelumit iman itu cuba berdiri tegak.

Melawan kerasnya ego yang telah berjaya terpacak membina menara.

Apa lagi alasan yang kau ada?

Dan aku, terdiam. Cuba belajar untuk menelan teguran.

Sebagaimana mulianya Rasulullah.

Lihat, buku yang kau lihat tiada keistimewaan itu, mampu memberi manfaat kepada engkau.

Sekali lagi, aku terdiam....... 

Mungkin, maaf yang perlu aku beri, bukan hukuman...

No comments: