Feb 28, 2012

Production Line dan Minah Kilang

Kadang-kadang kita tak sedar, setiap tindakan yang kita buat itu akan membawa sesuatu dalam hidup kita satu ketika nanti. Jika tidak sekarang, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang.

Setiap kali belajar mengenai production, minda ni akan terbayang pengalaman lepas SPM dulu. Masa-masa bergelar "minah kilang". Bila terbaca perkataan production line, tergambar electronic motor yang perlu melalui setiap submesin yang beratur dalam line tu. Mungkin, ramai yang susah nak faham apakan y direpekkan ini. Sebab tak semua orang pernah masuk kilang dan bergelar "minah kilang".

Tak sangka, pengalaman dulu memberi banyak bantuan dalam pembelajaran hari ini. Teringat waktu tu, kerja macam orang gila. Kerja tak nampak matahari saye gelarkan. Pagi gelap-gelap dah masuk kilang, petang matahari dah bersembunyi, baru nak keluar kilang. Berulang-ulang selama 3 bulan.

Waktu tu, memang tak terfikir lansung yang kerja ni akan bawa apa-apa pengalamn yang berharga. Nama pon "minah kilang". Tapi sekarang dah sedar, kalau tak kerana bergelar minah kilang tu, mana mungkin ilmu-ilmu yang nak dituntut ni mampu dicerna dengan sempurna. Mungkin production line yang terbayang, lain dari yang realiti sebenar. haha

Well, ini hanya satu contoh untuk menggambarkan betapa setiap perkara yang berlaku, mempunyai hikmah tersendiri. Yang kadang-kadang kita tak sangka pon. Allah Maha Mengetahui. So, bila mana diuji dengan perkara-perkara yang kita tak suka, atau rasa susah, ingat yang pasti ada hikmah disebaliknya.

p/s : esok quiz manufacturing automation..

4 comments:

Kiwi Kie said...

wuhhuuu.. miera, aku jumpe blog ko!

miera said...

haha.. Salam perjumpaan.. ^^

faaizz d. zul said...

eh, serius ke kau pernah jadi minah kilang?

power2.

mungkinkah masa memilih majoring dulu pon disebabkan aspirasi pengalaman kerja?
;)

miera said...

eh, serius la.. hehe..
kat company nie:

http://www.minebea.co.jp/english/company/factories/malaysia/1182587_3078.html

tp minah kilang je la kan.. haha.. duduk dkt production line, tu je la y aku tau.. ^^