Apr 18, 2011

Fitrah Manusia Menyayangi




Saye tertarik untuk berkongsi mengenai satu tajuk.
Perkara ini saye rasa dan saye teka mungkin ramai yang merasainya.
Suka kepada sahabat sekaum.
Tapi bukan sehingga melakukan hubungan sejenis.
Saye hanya ingin bincangkan topik yang lebih ringan.

Seperti situasi seperti ini :

Ada sesetengah orang (perempuan), gaya dia, personaliti dia, cara dia layan orang buat saya tertarik pada dia.
Teringin nak kenal lebih dekat. Kadang2 pernah juga termimpi2. Tapi itu sebab saya tak dapat apa yang saya nak.
Atau mungkin sebab saya berharap/berangan nak rapat dengan seseorang tu.
Sebab biasanya kalau ade yang macam that type, yg interesting utk dikenali..saya akan jauhkan diri dari dia,
walaupun sebenarnya saya nak dekatkan diri..

Saye memetik kisah ini dari laman iluvislam.com yang mana insan ini ragu-ragu adakah dirinya tidak normal.

Apa yang menarik, saye merasakan insan ini mengambil jalan yang positif dengan menceritakan masalahnya untuk berkongsi dan meminta pendapat berbanding dengan ramai lagi diluar sana yang memendam dan akhirnya menjadi tekanan perasaan dan jiwa pada diri sendiri.

Jika ada antara sahabat yang melalui situasi yang sama, janganlah dibebankan diri memikirkan perkara ini. Andai satu perasaan tidak normal datang, jangan dihiraukan. Cuba sedaya upaya untuk mengabaikannya.

Saye pernah mendengar orang kata, sememangnya setiap orang akan ada perasaan suka kepada sejenis, tetapi bergantung kepada orang itu untuk melayan atau mengabaikan perasaan itu.
Dan menyedihkan, banyak yang berlaku pada masa kini adalah, orang lebih ramai untuk melayan perasaan ini. Akhirnya membawa kepada perkara yang lebih kronik dan dibenci Allah iaitu hubungan sejenis.

Berbalik kepada situasi diatas, saye juga menjumpai satu jawapan yang terbaik dari page yang sama diambil iaitu :

*assalamualaikum kawan2.. How can I say this.. M sorry.. Bersabarlah duhai teman yang sedang diuji.. Back then.. Last week.. Saya ada bincang dgn naqibah saya pasal nih.. Benda nih asyik menghantui saya je sebab selama nih tak jumpa cara yang berkesan ntuk bagi pendapat dalam hal2 yang sebegini. Betul,tak rasa tak tahu.. Tak cukup je kan,kalau ada orang yang nak memahami.. Yang terus berdoa,semoga teman tu diberikan kekuatan untuk terus gagah berdiri dan tempuhi masalah besar nih.. Katanya my naqibah.. Kawan2 yang camni kena mujahadah.. Apa itu mujahadah? Means terusan kental,dan keep going bersungguh2 melawan perasaan tu.. Lalu dia (my naqibah),menceritakan pada saya satu kisah ni.. Based on hadis katanya, dia tak cakp la pulak sape naratornya.. Maap deh.. Kalau naqibah saya tersilap,maka terslahlah juga hamba yang tengah menaip ni.. Dikisahkan ada seorang hamba Allah. Dia seorang lelaki dan datang bertemu Rasulullah SAW. Katanya pada baginda,"Ya Rasulullah,sesungguhnya aku mencintai dia (seorang lelaki)." Lantas Rasulullah berkata,"Pergi padanya,dan katakan padanya yang kau mencintainya kerana Allah." Pemuda tersebut pergi dan memberitahu si lelaki yang disukainya."Wahai saudaraku,aku mencintaimu. Aku mencintaimu kerana Allah." Seterusnya,lelaki berkenaan menjawab,"Terima kasih wahai saudaraku. Semoga Allah menyayangimu kerana mencintaiku." Masyaallah. Saya agak tersentuh mendengar kisah cinta nih. Teman,tahukah dikau apa maksud kisah ni? Apa mesej yang hendak disampaikan Rasulullah kita. Inilah dia.. Kisah keindahan cinta sebuah ukhuwah. Gay,lesbian adalah haram. Kenapa haram? Sebab bila dah melibatkan hubungan seksual. Cinta apakah ini teman2? Demi nafsu atau Allah? Cinta terhadap seseorang yang sama jantina mempunyai had. Jika dah melepasi had,jangan biarkan action yang mendatang tu menjerumuskan diri dalam kancah kehinaan. Berusahalah. Berusahalah bersungguh2. Ignore perasaan tu. Jangan mengaku kalah. Boleh. Mesti boleh. Allah menguji hamba2-Nya yang mampu dan kuat untuk ujian tersebut. Dan jika diri sudah boleh mengawal, kenapa tidak cinta abnormal itu ditukarkan kepada cinta ukhuwah. It's hard. But please keep trying. You can do it. You can !! Mesti buat, mesti cuba. Cinta seorang teman sangat hebat dan agung kan? Tengok saja sahabat2 Rasulullah yang bermati-matian membela baginda. Nyawa mereka tiada nilai bagi mereka jika Rasulullah kita yang mulia dihina,dicaci.. Carilah cinta ukhuwah kerana ianya sangat indah.. Alhamdulillah,saya dah bertemu yang saya punya.. Cinta ukhuwah saya.. Thanks Ya Allah.. Sungguh, aku menyayangi mereka kerana-Mu.. Kan kusebut nama2 mereka di dalam setiap doaku.. Insyaallah,selagi mana nyawa ini masih tersisa.. Insyaallah..

Sama-sama untuk kita renungkan bersama.

Beberapa cara untuk merawati :
  1. mengurangkan kadar tumpuan dan fikiran untuk masalah ini.
  2. Jalanilah hidup seperti biasa dan cubalah berfikir untuk masa depan yang mendatang.
  3. laluilah dan tempuhilah cabaran ini dengan tenang dan sabar.
  4. Kurangkan tekanan tersebut. Anggaplah ia perkara biasa.
  5. berfikiran jauh berkenaan masa depan kita dan tujuan kita dilahirkan di dunia ini.

4 comments:

MalizaMah said...

hello..
entry yang baik.
jumpa di iklan nuffng..
so membaca smbil menabung,.

Tie HT said...

SALAM KENAL :)

tak salah bila rasa terbit kasih sayang sesama jantina..tapi jgn melampaui batas je..ambik pengajran dari kisah bandar sodom..dalam Al-Quran puna ada tersurat tentang kisah tu..

perkara biasa bila seorang pempuan kagum dengan pempuan lain..tak lebih dari tu..just control je kan..

itu pendapat akk..

masitah omar said...

nice topic..pernah dengar pasal cite tu..fatimah syarha datang sini hari tu.. and kalu kita sayangkan kawan kita cakap uhibbukki fillah...

miera said...

Tihara : betul.. sgt setuju..tapi ramainye salah anggap mereka sonsang dan terus berkelakuan begitu. Padahal, sifat itu mmg ada dan normal. Yang penting, pandai dikawal.. ^_^

Masitah : uhibbukki fillah ^_^