Apr 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah


Alkisah, tibe-tibe teringat yang saye belom lagi menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Ketika filem ini diwar-warkan, saye tertanya-tanya apekah cerita disebalik filem ini.

Saye ingin mengetahui kisah sebenar mengikut sejarah, ape sebenarnya Merong Mahawangsa ni.

Tanya member-member, semua kata pernah belajar pasal ni, tapi tak ingat dan tak tahu.

Jawapan kepada kekeliruan tak dapat, filem pon tak tengok lagi. Jadi memang tengah kosong la pasal Merong ni.

Tiba-tiba tadi, ternampak lagi iklan nye ditV, terbuka mulut nak tanya pada my aunt.

Dia kata dulu kecil-kecil dia pernah baca buku pasal ni kat kampung a.k.a rumah tok saye.

Mengisahkan mengenai seekor burung, seperti garuda yang dimana sahaja dia pergi, akan membawa kebinasaan ke tempat itu.

"Oooo, kisah burung ke." Terdetik saye dalam hati.

Kemudian, setelah kisah yang disampaikan masih lagi kurang informasi, maka saye pon google.

Dari dua tiga sumber, Merong Mahawangsa adalah nama raja dari keturunan Rom yang menjadi asas kepada pembukaan Tanah Melayu.

Diawal pembacaan turut terselit kisah burung itu, yang mane berbunyi raja itu dalam perjalanan ke Cina dan diserang oleh garuda. Maka berhenti disebuah kawasan dan membuka penempatan disitu yang diberi nama Langkasuka.

Dari sinilah bermulanya pembukaan negeri Kedah dan negeri-negeri ditanah Melayu yang lain.

Begitulah ringkasan nya.

Jadi, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini mengisahkan ape pulak kan?

Nak tahu, tengok sendiri sebab saye pon tak tengok lagi. ^^

No comments: