Feb 28, 2011

Photoshop Radial Blur

Oleh kerana dah berjanji, maka buatla jugak entry ni sambil-sambil tunggu gambar upload kat fb siap.

Pada sape-sape yang da memang pandai photoshop, tak perlu bace okey?

Ini untuk mereka atau untuk saye yang baru beginner pengguna photoshop nie.

Kali ni, saye belajar satu lagi cara blur yang baru, iaitu radial blur.

Cara nye adalah dengan menggunakan effek radial blur. Blur ni ade macam-macam tapi nak buat yang zoom macam ni, kite guna radial blur.

Mule-mula kena select part yang kita nak blurkan tu dulu.

Contohnya gambar dibawah adalah, saye select menggunakan quick selection tool. Select semua part kecuali gambar saye.


Dah habis select kemudian klik pada filter yang terletak di atas, sebaris dengan file tu.

Pilih blur, kemudian radial blur.


Tetapkan beberapa setting seperti bahagian mana yang nak diblurkan.

Kemudian klik ok.


Hasil gambar adalah seperti ini :

ophie : ni bukan y gambar ko buat tu k, ni gambar aku buat sendiri pulak..hehe

Jadi, simple je kan? Selamat mencuba ^_^

Switch off our light just for 1 hour ^_^


Assalamualaikum.

Berdasarkan dari laman web yang diletakkan di Says.com, dan nilai RM yang dilaburkan untuk mengiklankan kempen ini, saye merasakan kerajaaan atau pihak WWF sendiri telah berusaha untuk merialisasikan kempen ini.

Bayangkan lah, tanpa apa-apa pulangan kepada pihak mereka, mereka tetap melabur RM6000 untuk semua youth dari Says.com supaya menjayakan dan menyebarkan kempen ini.

Jadi, dimana dan bagaimana pula sumbangan kita?

Marilah sama-sama kita menjayakan kempen Earth Hour ini dengan menutup lampu. ^_^

Ingat tarikh ni : 26 March 2011 at 8.30 pm.

Feb 25, 2011

Pembedahan Wajah Blog

Ooops, lupe pulak.

Nak memperkenalkan blog berwajah baru ni.

Saye dalam proses mengubah wajah blog.

InsyaAllah, ini wajah terbaru. Dengan menggunakan editted picture sebagai header baru. hehe

Seronok sebab boleh edit-edit picture walaupon bakat tak seberapa.

Warna hijau?

Actually tak minat sangat hijau ni, tapi nak match kan dengan warna header, so ok la kot.

Tak de la buruk sangat kan.

Apepon, welcome to my blog yang berwajah baru.

Next, post adalah pasal photoshop..hehe

Dia, sensitif.

Dia seorang yang sensitif.

Tetapi sangat baik.

Kebaikanya juga, sering diambil kesempatan oleh orang lain.

Jadi, dia menjadi seorang yang cepat curiga dalam persahabatan.

Susah juga untuk dirinya mencari kawan.

Jadi, kuranglah sahabatnya yang benar-benar sahabat.

Akibat kesensitifan y tinggi, ditambah dengan kurang sahabat disisi, dia selalu touching-touching.

Kalau saat birthday dia, tiada orang disisi, mesti air mata nya berjurai-jurai.

Kalau dulu-dulu, ucapan birthday untuk dia hanya dihujung talian.

Sambil mendengar rintihan hidupnya.

Sayu hati kerana sebagai sahabat terdekat, tiada disisi untuk meraikan bersama.

Mungkin kadang-kadang bagi orang lain, birthday ni lansung tak penting.

Tapi bagi mereka, andai mampu untuk mengucapkannya walau hanya dengan 1 sms, mengapa tidak diucapkan.

Mungkin, tuan empunya badan akan merasakan yang masih ada lagi orang didunia ini ingat padanya.

Jadi, tahun ini. Saya akan berada juga disisi dia. Untuk memastikan dia ada teman berbicara.

Walaupon, tiada apa untuk diraikan, cukuplah dengan berada disisi.

Untuk berbual dan menghabiskan masa bersama.

Saya tidak mahu, birthday nya tahun ini, masih berendam air mata.

Walaupon hanya untuk sehari, saya datang juga. Janganlah hairan, andai saya sanggup buat semua ni.

Saya hanya tidak mahu, dia sedih-sedih. Mereka yang bersifat terlebih sensitif ini, bukan seperti kita yang biasa-biasa.

Mereka perlukan seseorang disisi bila hari istimewa. Bukan selalu, setahun sekali je pon.

Jadi, kepada dia. Jangan nak sedih-sedih lagi. Bagi makan selipar jepun nanti!!!

haha

Selamat Hari Lahir ^_^

Andai tiada siapa disisi, ingatlah, Allah sentiasa disisi.

Feb 22, 2011

Entry tak berfaedah


Maaf, tiada info berguna untuk entry kali ini. Melainkan hanya luahan hati semata-mata.

Sila berhenti baca untuk mengelakkan korang unfollow blog ni. hehe

Touching la 2 3 hari. Touching ape, tak tau.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Camne ek, dah nak masuk 3rd year engineering, tibe-tibe kite dpt tau yang kite suke bidang lain rupenye.

-_-!! aish, susahnye.

Nak blaja pon da malas sekarang.

Tak de moodnye nak study..hohoho

Takkan nak quit tibe-tibe kan. Rugi la. Dah nak masuk 3rd year kot.

Em.......

---------------------------------------------------------------------------------------------

Gadoh ngan bestfriend? Biase la tu kan..

Cik Manisah Omar, kite gadoh hari-hari kan?

Rileks ye. haha

Gadoh hari-hari pon, dah 6 tahun tau kenal. Ha, best tak kitorang?

Korang ade bestfriend selame ini? Bestfriend yang hari-hari contact, sepanjang 6 tahun.

Tak de kan?

So, jangan jeles! kikiki

Dalam persahabatan, kejujuran satu perkara yang penting. Berterus terang la even bende tu berisiko untuk meretakkan persahabatan. Dari terputus terus akibat tak jujur, mane satu korang nak?

Pilih la sendiri.

Kepada cik bestfriend saye, terima kasih la banyak-banyak coz selalu kne marah dengan saye. hehe

Sabor je la k? Saye memang panas baran.

Nak persahabatan kekal lame? Contohi lah cik Manis ni, kne banyak-banyak sabar.hehe

Give and take, itu perlu ade.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Alamak, cepat pula mase kalau online kat Cc ni. Habis duit. Haish~~

Feb 19, 2011

Early Marriage is Blessing


Akibat terkesan dengan presentation pareting, perkara ni terbawa-bawa sampai sekarang. hehe

Bukan terkesan nak kahwin, tapi terkesan yang early marriage bukan lah perkara yang negatife.

Sebelum ni tak la fikir negatif sangat, tapi rase macam dengan persediaan yang tak cukup, dari segi financial mahupon mental dan fizikal, rasanya kawen awal bukan perkara yang bagus.

Tapi bukan semua tu betul. Walaupon perlu, tapi jangan lah menjadikannya alasan untuk tidak berkawen.

Presentation ini disempurnakan dengan satu interview terhadap pasangan yang telah berkawen di usia 20 tahun dan masih belajar, dan kini telah pon mempunyai seorang cahaya mata.

Satu soalan diajukan , kenape kawen awal?

Jawapan y diberikan adalah "mungkin dah jodoh.." hehe. Itulah point utama, kalau dah jodoh, takkan kemana.

Lagi dari sahabat ini, katanya "kalau kita bercinta lama-lama dan masih tak pasti itu adalah bakal suami/isteri kite, buat ape nak bersama lame-lame.. Tapi kalau dah pasti dia adalah pasangan kita, jadi buat ape nak tangguh-tangguh dan tambah dosa banyak-banyak."

Em, mungkin benar. Tapi jika kita rasa kite bersame pasangan tu menambah dosa la.

Tapi jika kita bertahan dijalan yang betul, dan berhubung hanya dengan cara yang betul, InsyaAllah, tak perlu kawen lagi. hehe

Pasal rezeki dan kewangan. Jangan lah dibimbangkan.

Yakin yang rezeki dari Allah tu sentiasa ada.

Okey lah, nak cakap lebih-lebih. Takut salah cakap.

InsyaAllah, kalau empunya badan setuju video rakaman interview boleh didedahkan, saye akan muatkan disini.

Maybe satu video yang menarik untuk ditonton. ^_^

Feb 17, 2011

Sekadar luahan.

Dunia sekarang, complicated..

Banyak masalah yang kadang-kadang tak disangka..

Tak berlaku kat kita pon, tak semestinya alasan untuk kita tak ambil tahu..

Bukak mate luas-luas. Tengok semua yang boleh kite ambil sebagai pengajaran..

Terlalu banyak..

Bergantung pada kite nak serap atau pon tidak ke dalam minda..

Kadang-kadang penat layan kerenah dunia..

Otak makin hari kian serabut..

Bile jadi macam nie, cube toleh belakang balik..

mungkin kita dah jauh tersimpang dari jalanNya..

Berpatah la balik selagi sempat..

Moga ditunjukkan semula jalan yang lurus..

Mood : "tah la, macam nak meluahkan something tapi tak tahu ape benda."

Okey, bateri dah nak habis. Balik bilik dulu.. ^_^


Do you care enough for your parents? This game will tell you.


Sememangnya terbaik dari Petronas.

Walaupon kelakar, tapi tetap mempunyai message yang ingin disampaikan.

Nak tahu ape?

Mengenai satu iklan dari says.com..

Ditaja oleh pihak Petronas. Sememangnya jumlah yang dilaburkan oleh Petronas cukup tinggi. Kalau iklan-iklan lain kebiasaannyna peruntukan hanya 2 3 ribu, tapi Petronas tampil dengan jumlah yang cukup tinggi, RM7000..

Bukan sahaja dimasukkan di says.com tetapi turut juga ade dalam churp-churp.

Memang terbaik dari Petronas.

Ape yang Petronas taja kan?

Ianya adalah satu applikasi game di facebook.

Tapi bukan sebarangan game. Tapi ia lebih kepada satu message yang ingin disampaikan. Iaitu mengenai keluarga.

Tajuk game ini sendiri pon adalah Meet the Parents.

Cakap banyak pon tak guna. Korang tengok dan main lah sendiri ye.


Do you care enough for your parents? This game will tell you.


Feb 15, 2011

Contoh hasil translate dari citcat.com

Disini saye letak contoh ye untuk yakin kan korang kehebatan website citcat.com ni.

Ini merupakan imej laman web asal iaitu insideadsence.com. Saye telah meletakkan url website ini di citcat.com ini untuk ditranslate.



Dan hasilnya yang keluar adalah page dibawah ini. segalanya telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu. Yang lebih menarik. Apabila kite point pada word-word dalam bahasa melayu tu, ia akan mengeluarkan maksud-maksud asal perkataan itu dalam bahasa Inggeris. Menarik bukan?


Mungkin tidak jelas kelihatan di gambar ini. Tetapi saye telah point pada perkataan jalan. Jadi yang keluar dalam kotak hijau itu adalah "road, street dan way".

Mungkin ade yang berfikir aplikasi ini akan menjadikan kita semakin malas.

Janganlah begitu. Mari kita berfikir posotif. Aplikasi ini akan membantu pelajar-pelajar kita belajar BI dengan lebih mudah dan menarik. Betul kan?

Jadi, terima kasih untuk citcat.com.

Google Translate dah ade pengganti?


Hari ini saye nak kongsi satu lagi perkara yang menarik.

Selalu gune google translate?

Atau selalu ke rase susah nak paham website dalam BI?

Kini ade laman web yang manghasilkan satu aplikasi seperti google translate.

Lagi best, nak translate satu page siap-siap pon boleh.

Just letak je url page yang kite nak bace tu, dan automatik page yang same akan keluar semua tapi dalam bahasa melayu.

Bestkan-bestkan? hehe

Tak percaye, korang cuba sendiri.

Ini laman web yang menawarkan aplikasi tu. http://www.citcat.com/.

Sile lah ye. Hidup kite kini semakin senang dengan kecanggihan teknologi.

Sape-sape yang tak reti BI pon kini boleh buat artikel dalam BI. Janji boleh membace dan menulis.

Feb 13, 2011

Quote jiwang untuk kamu.

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang, adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini.

Tertarik dengan quote ini, saye berfikir.

Kita sering digalakkan untuk berubah. Dan kita sememangnya berazam untuk berubah.

Tapi zaman sekarang pon dah semakin berubah.

Bukan keinginan untuk berubah lagi yang kita perlukan, tetapi adalah tindakan kita untuk berubah.

Ye lah, cuba korang fikir.

Kite berazam nak jadi pelajar yang cemerlang. Kawan kite pon macam tu juga.

Tapi nak tahu sape yang paling cemerlang, adalah siape yang berubah dahulu.

Kalau kite berubah dari hari ini, mungkin lagi 2 tahun kita akan jadi pelajar cemerlang. Tapi kalau tahun depan baru kita nak berubah, jadi lagi 3 tahun la baru cemerlang kan?

Macam tu lah yang dimaksudkan dengan tindakan, bukan keinginan.

Jadi ,apabila kite rase nak berubah. Jangan bertangguh-tangguh. Lakukannya seberapa segera.

Sebab pencapaian kita 5 tahun atau sepuluh tahun akan datang, bergantung kepada perubahan dan tindakan kita hari ini. ^_^

Thanks untuk MatBiz. Hensom kan? hehe

Domain dan Hosting sendri.

Dalam kekeliruan.

Saye ade domain, hosting dan blog sendiri (www.mierawebs.com). Tapi lebih suke menggunakan blogspot ni.

Rase macam nak tutup blog ni, dan import semua entry ke sana.

Agak-agak perlu ke?

Sayang nak tutup blog ni sebenarnye, walaupon tidak mempunyai pembaca. Tapi banyak khazanah tersimpan disini.

Lagipon, belum cukup mahir untuk hadle wordpress. Memerlukan kepakaran sikit.

Dan saye masih tak pakar.

Mungkin lain kali kot. Nanti-nantilah tukar kan?

Rugi sebenarnye tak guna doamin and hosting tu. Sebab berbayar.

Tapi, tak pelah. Setahun sekali je bayar. Nasib baik tak tinggi sangat harga sewa die.

Blog tu dibuat waktu belajar ebook Kit Blogger.

Nak tahu kit tu betul atau tak, blog saye salah satu buktinye. Thanks la tu En. Jamal yang mengajar.

Sekarang tinggal nak update blog je. Tapi tah macam mane boleh tergendala.

InsyaAllah, tak kan tergendala buat selama-lamanya.


Wish 2011 Documentation Bureau


berdiri dari kiri : AMEERA FAWZIA, FADZLINASARI, NUR MUNIRA, NOR SAIDAH, NUR ATIF, NOR ATHIRAH dan Saye ^_^

duduk dari kiri : MUHAMMAD BUKHARI dan HAFIZ IZZUDDIN

Seribu penghargaan dari saya kepada mereka. Yang telah sama-sama bertungkus lumus untuk menjayakan program student inventition challenge ini.

ENGITEX 2011-WORLD ENGINEERING STUDENT INVENTION CHALLENGE (WISH ’11)

DOCUMENTATION BUREAU NAMELIST

NAME

MATRIC

MAJOR

EMAIL ADDRESS

NOR ATHIRAH BT ZAMZURI ( HC)

0728744

AERO

irahzam_88@yahoo.com.my

MUHAMMAD BUKHARI B SAIFULBAHRI (AHC)

1010919

AUTO

bukhari_008@yahoo.com.my

NUR MUNIRA BT HAMID

0736384

AERO

smiley_ibtisam@yahoo.com.my

FADZLINASARI BT RUMELI

0726422

AUTO

arzayutweety@gmail.com

NOR SAIDAH BT MOHD ZAIN

0816646

MECHA

nor_saidah@yahoo.com

MOHD AFIQ B AHMAD MUZAINI

0738177

COMM

muhammad_hamdi88@yahoo.com

NUR AMIRA BT MD ISA

0919460

MANU

amira_iium@yahoo.com

NUR ATIF BT ZAIDI

0920816

-

yida_jstars@yahoo.com

HAFIZ IZZUDDIN B ZAMRY

0839873

COMM

trio_bikuspid@yahoo.com

AMEERA FAWZIA BT JAMALUDDIN

0729726

AERO

meera_maya88@yahoo.com

Terutama sekali kepada head committee dan assistant head committee yang telah banyak bekerja dengan penuh commitment. Merekalah yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segalanya dalam invention contest ini berjalan dengan lancar.

Tidak lupa juga untuk ahli-ahli yang lain. Saya sebagai salah seorang ahli bureau berasa gembira dan berterima kasih kepada semua kerana cukup sporting dan bekerjasama dengan baik.

Walaupon bagi saya, program ini masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, tetapi pengalaman dalam menyertai program ini sangat bermakna walaupon hanya sebagai ahli biro biasa. Sesungguhnya banyak perkara yang telah saye pelajari sepanjang menjayakan program invention challenge ini.

Semoga ukhuwah ini terus berkekalan. Amin..

Feb 12, 2011

Andai Hidup umpama Kartoon

Andai hidup ini umpama kartoon.

Jatuh bangunan tinggi-tinggi pon, tak mati. Boleh bangun balik buat muke selamber dan jalan.

Cartoon, kadang-kadang membawa pengaruh yang baik untuk kanak-kanak, kadang-kadang ada yang tak elok.

Teringat satu perbualan si ayah.

Ayah : Kalau la hidup ni macam kartoon, kan senang. Bangun pagi, pergi main, buat satu mission, lepas tu dah siap, balik tido. Simple je hidup ni.

Yang eloknya, kanak-kanak mungkin belajar. Hidup mesti ade mission yang nak dibuat. Lagi bagus kalau mission tu benda yang berfaedah seperti menolong orang lain.

Tapi macam bila,

Ayah : agaknya, macam ni lah anak-anak kecil ingat dunia ni. Bangun, main, tido.

haha. sebab tu lah maybe anak-anak kecik, asyik main je. Dah tv pon ajar macam tu.

Tak pelah, diorang kecik lagi.

Nanti bile dah besar, diorang tahu lah macam mane hidup sebenarnye kan.


ini la kartoon yang dimaksudkan..hehe

Feb 11, 2011

Tutorial Cara Daftar Churp-Churp

1.Pergi ke page Churp-churp

2.Tekan button Sign up

3.Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki

4.Tick dan submit

5.Page ini akan keluar sekiranya pendaftaran anda berjaya

6.Buka email

7.Email yang dihantar adalah begini. Click pada link yang diberi dalam email itu.

8.Anda akan dibawa ke page ini

8.Pendaftaran anda telah selesai dan kini anda telah mempunyai akaun churp-churp.

10.Untuk masuk ke akaun anda, click “here” seperti di dalam gambar.

11.Anda akan dibawa ke laman churp-churp. Click pada dashboard untuk setup akaun anda.

12.Anda akan dibawa ke page ini. Sila perhatikan bahawa sebelum mula mengiklan, anda perlu menghubungkan akaun churp-churp anda dengan facebook anda. Click pada button yang dimerahkan.

13.Anda akan dibawa ke page ini. Click pada “authorize with facebook”.

14.Anda akan dibawa ke laman facebook. Login ke akaun facebook anda.

15.Click “allow”

16.Setelah selesai, page ini akan keluar menandakan anda telah siap setup.

17.Click button “dashboard” dan anda akan dibawa kembali ke page ini. Sila isikan maklumat yang diminta.

18.Setelah selesai. Tekan button “update social sharing settings”.

19.Kini, anda boleh mula untuk berkongsi maklumat bersama rakan-rakan anda. Rujuk "General Guide" di dashboard anda untuk maklumat lanjut.

Sekian. ^_^

Churp-Churp, adik Nuffnang?


Time korang buka page nuffnang untuk tengok duit kawen korang tu, pernah perasan tak kat Churp-Churp? (dalam bulat merah)

Dah daftar? Tahu tak churp-churp ni pasal ape?

So, hari ni saye nak cerita sikit pasal churp-churp ni.

Sebelum tu, kite tengok dulu perbezaan 3 laman advertising community ni.

Konsep Nuffnang
Memaparkan iklan dari pihaknya ke dalam blog secara automatik. Yang mana kita daftar dengan nuffnang, masukkan code, dan iklan akan keluar. Ganjaran diterima hasil dari click yang diterima oleh iklan itu. Nilai ganjaran tidak dikenal pasti dan tidak sama setiap satu.

Konsep Says
Memaparkan iklan-iklan dilaman webnya, yang kemudian kita sendiri pilih untuk mengiklankan yang mana. Iklan boleh dipaparkan di Facebook, Blog, Twitter, E-mail. Setiap unique click yang diterima, akan dibayar sebanyak RM 0.20.

Memaparkan iklan-iklan dilaman webnya, yang kemudian kita sendiri pilih untuk mengiklankan yang mana. Iklan boleh dipaparkan di Facebook, Blog, Twitter, E-mail. Setiap unique click yang diterima, akan dibayar sebanyak RM 0.20. Mempunyai satu lagi ganjaran tambahan dikenali sebagai assignment. assignment akan diberi kepada sesiapa yang terpilih, setiap assignment yang diselesaikan, akan diberi ganjaran. Nilai ganjaran assignment bergantung kepada jumlah follower twitter. Bermakna, korang perlu ade account twitter.

So, agak-agak dah paham tak ape beza churp-churp, nuffnang dengan Says?

Sememangnya, 3 community ini merupakan saingan. Saye tahu, ramai blogger telah mendaftar dengan nuffnang. Jadi sekiranya korang join says, ini akan menggugat kepercayaan nuffnang dekat korang. Berkemungkinan status glitterati akan ditarik.

Jadi, satu penyelesaian nye adalah korang join churp-churp. Ini kerana, churp-churp merupakan satu community yang sama seperti says tetapi merupakan dibawah nuffnang. Buktinya, tengok sendiri kat picture tu. Dengan cara ini, korang boleh beriklan dengan lebih banyak tanpa mengganggu status nuffnang korang. Best kan??

^_^




Says.com lebih berbaloi dari Nuffnang.com ??


Pernah dengar Says.com?

Entry-entry sebelum ni saye dah cerita banyak mengenai Says.com. Kalau nak tahu, sila click.

Secara ringkas kenape Says lagi best.
  1. confirm bagi RM 0.20 setiap unique click.
  2. boleh diiklankan di facebook, twitter, email dan blog. Bukan blog sahaja.
  3. tak perlu setup.
  4. bagi reward bila jemput orang sign up.
itulah serba sedikit.

Lagi best, korang join dua-dua.

Tak salah pon sebab nuffnang boleh sentiasa diletak di blog dengan tempat yang khas, manakala Says lebih kepada untuk entry.

Tapi satu perkara yang perlu korang tahu. Bila dah join, jangan letak link says.com kat blog. Nanti status gliterity akan ditarik, seperti yang telah terjadi kepada saya. haha

Letakkan link iklan-iklan dari says shj.

Nak join Says.com ? Click sini.

Selamat mencuba ^_^

Feb 7, 2011

Kalau 1 click 20 sen, 250 click dapat la 50 ringgit.

Oooo. tak de la banyak sangat klik y diperlukan untuk dapat RM 50.00 tu. 250 klik je....

Setelah mengira-ngira bile la pendapatan Says ni nak cecah RM 50.00..

Saye tak join MLM okey?

Saye join servey. haha. sambil beriklan.

Nak tau iklan macam mana? Ini antara contoh iklan iklan 1, iklan 2, iklan 3.

Nak tengok klik la. Ini adalah iklan yang kadang-kadang kita boleh jumpa kat tv or internet. Macam tolong menyebarkan maklumat la. Bukan kena join ape-ape pon.

Yang lagi mudah, kadang-kadang pihak says ni akan invite korang join servey yang diorang buat, habis jawab servey tu, kite dapat la RM. hehe. Tak banyak la sangat, kadang-kadang 30 sen. Tapi kadang-kadang mencecah la jugak RM2.

Pihak mengiklan sekarang memerlukan pendapat remaja dan penduduk Malaysia untuk mengetahui apa yang kita nak. Jadi, sebab tu mereka bagi ganjaran kepada yang menolong dan support mereka.

Walaupon tak banyak yang diberi, sekadar 1 klik dapat 20 sen, tapi kalau banyak klik, banyak la dapat kan?

Tambah lagi, benda yang tak perlukan modal pon, bukannya rugi kita buat. Tak payah bayar sesen pon.

Dulu, says ini dikenali sebagai Youthsay, tapi tak tahu kenape dah tukar nama Says ni. Apa pon, function die still tak berubah.

Nak join? Pergi la view-view site ni.

Tengok-tengok yang mana berkenan. hehe. banyak benda lagi ada dalam Says ni, nak terang semua macam panjang la pulak. Ape-ape, tanya la saye k? hehe (macam expert sangat je)

Selamat join ^_^

Feb 3, 2011

CNY

Rase macam nak menulis. Tapi tak tahu nak tulis ape............

Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut. ^_^


Feb 2, 2011

Mesir dan Rakyat Kita


Ingatkan tak nak post ape-ape mengenai perkara ni takut nanti terbagi maklumat yang salah dan memburuk kan lagi keadaan.

Tapi still rasa macam perlu kerana seolah-olah perkara ini tak ambil berat.

Jadi saye pon sama-sama turut ingin menyebarkan berita ini agar lebih sama-sama kita boleh berdoa.

Seperti yang telah diwar-warkan. Mesir kini menghadapi krisis. Yang mana rakyatnya telah mengadakan demostrasi. Demostrasi ini menyebabkan terdapat balai polis dan penjara dipecah. Jadi banduan-banduan telah banyak berkeliaran disana. Keadaan disana menjadi semakin tidak selamat.

Dan seperti yang telah kita ketahui, ramai rakyat Malaysia yang belajar dan juga menetap disana. Jadi, mereka kini menghadapi satu situasi yang genting. Keselamatan mereka terancam.

Jadi apa yang saya harapkan untuk semua adalah kita sama-sama mendoakan agar mereka disana selamat. Sungguhpon tiada sesiapa yang berkaitan dengan saya tinggal disana (saudara-mara), tetapi kita harus fikir bagaimana kerisauan keluarga kepada mereka yang tinggal disana. Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita yang belajar disana. Marilah sama-sama kita menunjukkan keprihatinan kita.

Untuk mengelakkan penyelewengan maklumat seperti yang telah banyak berlaku, jadi sekiranya korang nak tahu perkembangan yang lebih lanjut dengan sahih mengenai perkara ini, boleh lah dirujuk disini :


Antara sumber maklumat yang trus dari sana. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka disana. Amin~~

Feb 1, 2011

Bumi IIUM umpama bumi asing.

Semalam keluar sebentar mencari stok makanan.

Dalam bas rapid otw balik dan pergi, rasa macam dah tak duduk kat Malaysia.
Majoriti penumpang bas itu adalah foreigner. Yang Melayu pulak dah jadi macam minority.
Pandang kiri, mereka speaking English. Pandang kanan, yang ni dok berbahasa Arab. haha

Alamak, salah negara ke aku ni. Tapi itulah hakikat. Macam ni rupanya suasa di UIA ni time cuti.

Sepanjang dok UIA ni banyak keconfiusan berlaku. Dah bercelaru otak. Terutama dengan foreigner-foreigner ni. Macam-macam gaya ade.

Tengok sorang ni, lagak gaya dah macam penyanyi rap pon ade. Dengan seluar besar berantai-rantai, baju besar, motor besar. Fuh, macam nak pergi buat album.

Yang sorang ni pulak, mak aih. Berkot, bertie, bag jinjitnye, dah macam ahli korporat. Ingatkan lecture tadi. Masuk kelas dengan lagak gaya yang hebat, tiba-tiba duduk kat tempat student. Owh, student rupanya.

Yang pompuan-pompuannye pon tak kurang juga.

Sorang ni, pakai tudung uish, dah jadi jubah. Sampai ke lutut. Tengok-tengok tak pakai stokin. Eik?? Satu prasangka yang perlu ditanamkan disini adalah, mereka mazhab lain. Jangan cepat melatah ye.

Tak kurang jugak yang pakai MasyaAllah, kalah artis. Make up nye, memang terbaik. Mentang-mentang diorang ni cantik. huuh!

Tapi bukan semua foreigner kat sini macam tu. Sebahagian je. Ade je yang ok-ok. Hidup normal seperti kita. Mengamalkan Islam seperti kita. Tapi biasalah, yang pelik-pelik lah yang kita akan pandang kan.

Satu perkara yang saye dapat sepanjang duduk UIA 2 tahun ni adalah, semua perkara unexpected. Maksudnya, kalau dulu pergi masjid jamek, nampak bangla-bangla tu, memang automatik mindset diorang bangla kerje buruh je. Tapi sekarang dah tak, mungkin mereka lecture UIA, mungkin mereka adalah student.

Memang banyak muka ala-ala bangladesh kat UIA ni. Mula-mula dulu memang tak sangka lansung student. Yang paling tak tahan, muka-muka ni lah yang majority menjadi tutor mengajar anak-anak Melayu.

Uish, jangan main-main tau dengan bangla UIA. Pandai-pandai dan pintar-pintar belake.

Jadi jangan pandang rendah dengan bangladesh-bangladesh diluar sana ok?

Ape pon, i love UIA ^_^

ni pusat Asasi UIA ok? bukan UIA lagi. Kat sini tak banyak foreigner.