Dec 30, 2015

Penggoda

Hari ini, birunya sangat menawan hati.

Sungguh aku tergoda.

Dengan bayu yang membelai manja.

Tenang, dating bersama.

kau - penggoda hatiku yang berjaya



Kata - 2016 - Kembara

26.

2015.

Lagi 2 hari sahaja berbaki untuk 2015.

2016

Lagi 2 hari sahaja 2016 akan menyusul

27.

Angka akan tetap meningkat.

Tak ada apa yang nak dirisukan dengan angka tu.

Ada apa dalam 2015?

Apa bakal ada untuk 2016?

___________________________________________________________________________

Kembara mencari cinta.

Kembara mengenal diri.

Kembara mencari diri sendiri.

Kembara untuk kembali.

Moga dibantu Ilahi.

____________________________________________________________________________

Maaf, bicara ku bukan dari kata-kata.

Patah perkataan juga tidak mampu ku susun seeloknya.

Ayat-ayat manis lagikan tiada.

Maaf andai berkawan dengan ku buat kau terseksa.

Tinggalkan, andai sukar untuk kau terima.

Aku tak mengapa.

Bunga api-mesra kanak-kanak namun tetap sakit jika terkena percikannya.
Dan sakit ini masih dirawat oleh kasihmu.

Bismillah.

Dec 27, 2015

Memori

Adakah fungsi memori untuk dikenang?


Snorkeling itu seronok.

Kenangan itu juga manis.

Namun kenapa tetap hadirkan yang pahit?

Dec 24, 2015

Sampai bila?

Pening.


Sangat keliru.


Kenapa hati ini sentiasa rasa terpaksa.


Maaf.


Bukan niat hati untuk lupa segala kenangan kita bersama.


Bukan nak lupa segala baik dan jasa yang pernah kau taburkan.


Tapi kini aku tidak lagi merasa.


Melainkan rasa terpaksa.


Aku tak boleh terima.


Cara pemikiran kau yang sungguh berbeza.


Cara kau yang tidak aku gemari sedari dulu.


Aku pernah cuba.


Tapi tetap gagal dipenghujung hari.


Tetap aku tidak dapat terima.


Maaf.


Maaf ini ikhlas dari hati.


Bukan niat untuk menyakiti.


Namun hati ini sendiri tidak pasti.


Dan kini satu perkara yang hati ini pasti.


Cukup lah memaksa.


Sampai bila?

Dec 21, 2015

Rahsia

Hati aku, kini rahsia.

Maaf.

Bukan niat untuk menyingkir.

Tapi memudahkan.

Kau tetap aku jaga dalam hati.

Jangan risau.

Tak akan pernah pergi.

Aku cuma risau.

Aku tidak mampu mengawal rasa.

Tidak mampu mengawal diri.

Kau terlalu baik, untuk aku ganggu bahagianya kau.

Jadi, lebih baik aku undur diri terlebih dahulu.

Melihat sesuatu yang tidak tersentuh.

Tidak mudah rupanya untuk hatiku rasa.

Tapi aku akan cuba.

Maaf, andai membuat kau berasa.

ada beza bila kita lihat dari mata atau dari kanta
 

Dec 20, 2015

Tawaran

Hai.

Harini kita jumpa.

Hati ini bahagia.

Tak berubah lansung.

Tapi ada sikit akward.

Tak tahu la kenapa.

Lama sangat tak jumpa kot.

Tapi, rindu tu terubat.

Terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tawaran malam tadi ketika nak pulang.

Sangat-sangat lumayan.

Saya harap, tak akan terima tawaran mcm tu dah lepas ni.

At least, untuk dalam masa terdekat ini.

Tempat awak bukan lagi disisi saya.

Jadi jangan sesekali buat tawaran sebegitu.

Saya takut saya yang tak mampu menolaknya.

Tapi tetap, saya nak berterima kasih.

Masih seorang yang concern dan prihatin.

-4.00 am-

Dec 18, 2015

Terkenang diri sendiri.


Melihat perubahan diri sendiri.


Kelakar rupanya.

Perit itu dahulu, bahagia itu sekarang

Dalam kepayahan berseorangan.

Aku ingin merungut.

Walau hanya untuk seminggu.

Rasa putih dan hitam meningkah ningkah dalam pemikiran.

Penat berlawan.

Lantas aku terfikir.

Suatu masa dahulu.

Kau juga pernah begini.

Malahan untuk tempoh yang labih panjang.

2 tahun.

Dalam keperitan dan kesakitan yang lebih dari aku rasai sekarang.

Sungguh.

Aku kagum.

Andai saat itu aku disisi, takkan ku izinkan rasa itu menyentuh kau begitu lama.

Akan aku beri bahagia untuk hati mu itu.

Dan kini, aku mengerti.

Allah telah hadirkan bahagia untuk mu selamanya.

Atas segala perit yang kau rasa.

Sungguh, aku kembali bersyukur.

Atas nikmat yang Allah beri kepada mu.

Lantas, aku rela. Aku kembali bahagia.

Walau hanya melihat kau bahagia.

Sesungguhnya, kau berhak untuk rasa.

Dan aku akan terus mendoakan, agar kau terus bahagia.

Dec 17, 2015

Hati yang lupa

Wahai hati.


Sila bangun.


Sila sedar.


Kau dah tak layak untuk rasa begitu.


Kembali pada hakikat, kembali ke alam nyata.


Kembali kepada sang pemberi cinta itu sendiri.


Insya Allah, kau akan faham kembali kedudukan kau yang sebenar dimana.

Dec 13, 2015

Terima Kasih untuk Kamu.

Hari ini, aku belajar sesuatu.

Dalam hidup, org kan sentiasa datang dan pergi.

Dalam hidup, ada kala kita berteman, ada kala kita berseorangan.

Kadangkala bahagia, kadangkala kesunyian.

Hidup berseorang itu adalah biasa.

Tapi akan jadi luar biasa dan sakit apabila kita terbiasa berteman.

Suatu hari pabila Allah tarik kembali nikmat berteman, itulah saatnya keadaan menjadi sukar.

Itulah saatnya kita terasa seperti jatuh tidak bersambut, terbang tidak berarah.
______________________________________________________________________________


Bab 1 kami, penuh dengan salam perkenalan dan saling memahami.

Bertukar cerita, bertukar rasa.

Jujur dalam merasa, jujur dalam berbicara, jujur dalam ketidakpuasan hati.

Jujur dalam semua perkara.

Bab 2 kami, penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

Menerima baik dan buruk, belajar menerima kekurangan dan kelebihan.

Kadangkala terjatuh ke lembah gaung, bangun kembali saling menasihati.

Saling mengingati.

Manusia tak pernah buat silap.

Dan kini, akan bermula Bab 3 kami.

Yang tidak pasti cerita dan warna yang macam mana.

Harapan kami bersama, akan tetap terus berwarna walaupon keadaan dah tak sama.
____________________________________________________________________________

Aku akan kembali seperti dulu.

Namun lebih baik.

Andai dulu, aku memilih untuk bersendiri kerana takut untuk menyayangi.

Kini tidak lagi.

Kasih sayang untuk disebarkan.

Walaupon kita sendiri sunyi, tapi jangan sesekali benarkan sunyi itu menyentuh insan yang kita sayang.

Semua ini aku dapat bila kenal seseorang.

Nasihat yang paling aku ingat, "Nikmati masa sekarang. Jangan biarkan takut di masa hadapan membunuh bahagia yang sepatutnya kita rasa sekarang'.

Atas nasihat ini, hati ini aku kembali buka.

Sayangi seseorang sepenuhnya walaupon aku tahu saat dia pergi sakit itu akan datang.

Sakit itu tetap ada.

Tapi, sakit itu dalam bahagia.

Bahagia melihat insan yang kita sayang, gembira dengan pemilik abadi mereka.

Jadi untuk itu, aku rela bersama sakit ini.
____________________________________________________________________________

Untuk seseorang,

Terima kasih tak terhingga.
Atas segala rasa ketika bersama.
Untuk semua nilai bahagia dan kasih sayang yang diberikan.
Dihati ini, kau akan tetap terus ada.

Ikhlas,
Aku.
12/12/2015
11.50 pm

Dec 10, 2015

10

Peristiwa dihari 10..


Hari 10, aku dilahirkan.


Hari 10, aku berkenalan dengan insan terbaik pernah hadir dlm hidup.


Hari 10, aku gagahkan diri untuk berdiri

Bismillah

Bismillah..
Wahai hati.
Get ready.
Untuk kebahagian insan yang kita sayang.
Doakan..

Dec 6, 2015

Rasa yang tidak pasti.
Hati yang tidak pasti.
Fikiran yang tidak pasti.
Sungguh, aku tak tahu.
Jangan terlalu mendesak.

Lost World

Menghitung hari.


Menghitung masa.


Hati makin sensitif.


Kronik.


Kena cari ubat cepat-cepat.


Ada org pesan, sakit jgn biar. Kena makan ubat.


Walaupon kita rasa boleh tanggung sakit tu.


Efek dia dimasa depan kita tak tahu.


Baik, saya akan dengar cakap org tu.


Sebab saye jarang dengar cakap org sekarang.


Ubat-ubat.


Mana saya nak cari.


-Lost world of tambun. And i'm lost here.

Nov 26, 2015

password baru

Psssttt..


password baru untuk ke hati saya..
1082015.


ni rahsia tau..

Nov 18, 2015

..................................................................................................



Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanyaMata terpejam dan hati menggumamDi ruang rindu kita bertemu...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...


Sesungguhnya kasih sayangku tiada batasNamun secepatnya engkau harus ku lepasSelagi engkau berdiri dan kau bernafasLekaslah pergi agar engkau pun terbebasSesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayangTetapi cinta kita ini cinta terlarangKu harapkan agar engkau cepat menghilangDan jangan lagi kau datang
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kitaKu tahu berat bagimu untuk melupakan aku





Nov 15, 2015

Terima kasih untuk awak

Awak...

Sakit itu ada.
Tapi jangan risau.
Awak masih tetap membalut sakit itu.
Walau secara awak tak sedar.
Cukup awak terus di depan mata.
Cukup awak masih tersenyum gembira.
Itu ubat sakit saya.

Terima kasih.

Untuk segala warna yang awak coretkan walau untuk seketika.
Tetap kekal berwarna sampai bila-bila.


Nov 9, 2015

Lupa, Insaf, Kamu, Aku, Kita

Assalamualaikum..

______________________________________________________________________

Lupa

Tiba-tiba aku tersentak.
Terbangun dari lamunan.
Yang aku dahulunya mempunyai blog.

Dan disini, aku masih punya ruang untuk berbicara.

Disaat hati, keliru.
Atas perubahan hidup yang berlaku sangat pantas

2 tahun rupanya telah aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan.

Sungguh.
Masa berlalu dengan pantas.
Dan dengan pantas, manusia itu mudah lupa.

_______________________________________________________________________

Insaf

Dua bulan baru, hati ni bahagia.
Gembira dengan teman yang Allah hadirkan.
Teman untuk berbicara segala perkara tidak terbatas.
Tapi, cukup.
Cukup disitu sahaja.
Allah izinkan kau berbicara untuk 4 bulan.
Mungkin sebab perhubungan ini tidak kau jaga dijalanNya.
Allah, aku insaf.
Maafkan aku.

________________________________________________________________________


Kamu

Jujur, aku gembira dengan perkhabaran berita yang kau sampaikan.
Jujur, aku ikhlas melepaskan kau pergi bersama teman baru.
Jujur, aku takut.

Takut hidup aku kembali sunyi seperti dulu.

________________________________________________________________________

Aku

Kuatkan hati.
Aku tahu aku kuat.
Aku tahu aku mampu.
Kerana janji Allah yang tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu.

Kekalkan dia dalam hatimu.
Kerna dia bukan pergi meninggalkan kamu.
Cuma pergi kepada pemilik yang abadi.
Aku cuma peminjam.

________________________________________________________________________

Kita

Aku tau kau akan pegang janji itu.
Aku tau aku boleh percayakan kau.
Terima kasih kerana memberi aku rasa bahagia itu walau sementara.
Akan aku simpan rasa ini selamanya.

Kita akan terus hidup dalam hati ini.
Kau jangan risau, aku tak akan lupa.

Aku akan simpan kenangan ini kemas-kemas.
Sebagai satu kenangan yang sangat manis pernah berlaku dalam hidup ini.

Terima kasih.
Untuk KITA.

________________________________________________________________________

Hati yang kecewa, InsyaAllah untuk sementara.
Moga Allah hadirkan ubatnyasegera.