Jan 31, 2013

Monolog dengan diri sendiri.

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti berbaki 4 hari lagi, maka seram sejuk sem baru dah start datang.

Tekak kepanasan sekejab serak menjadi suara macho. Hidung berair kepala pon pusing-pusing.

Semester baru, subjek baru, ilmu baru, masalah baru.

Classmate sahaja semua muka-muka lama. hahaha

Dunia facebook telah lama ditinggalkan.

Melahirkan diri sendiri ke dunia twet-twet pula.

Tapi........................................

Apa guna kau tutup facebook tapi masih berperangai sama di twet-twet ini?

Ermmmmmm................

Pandai-pandai fikir dan jawab balik dekat diri sendiri. FAHAM?

Mungkin, masalah mengupdate status tidak bertujuan itu tidak kritikal tetapi masih, kau sebok mengikuti kisah-kisah hidup orang.

Minda belakang berkata yang tujuannya untuk mengambil iktibar dari kisah orang lain.

Merefleks diri dari apa yang mereka perkatakan.

Ya, mungkin minda belakang kau tu betul. Tapi pembaziran masa itu yang salah. Menghabiskan masa secara tidak lansung didunia yang banyak mudarat dari baiknya.

Hurmmmmm.............

Tapi boleh la mengikuti kisah orang tu?

Boleh, tetapi jangan sampai menjadi membuang masa.

Baik bos!!!

-Dah jom start FYP II!!!!!!

p/s : marah diri sendiri tu bagus. ha3

No comments: