Jan 28, 2013

Bakal ibu mertua

Assalamualikum..

Sekarang dah jarang sangat-sangat menulis blog.

Sampai typing skill pon dah menurun.

Bukan tak nak, tapi rasa macam buah fikiran sendiri dah hilang.

Dah tak merasa apa pendapat sendiri mengenai sesuatu isu itu apabila dibicarakan.

Lebih senang berdiam diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu isu yang sangat panas untuk golongan siswa ataupon pemuda yang berusia 20-an, iaitu jodoh ataupon kahwin.

Kalau boleh memang tak nak sentuh lansung bab ni dekat blog sendiri.

Tapi lastly terfikir, tulis sahaja apa yang kau nak tulis. Kalau tak, makin sepi lah blog ni.

So, tulis juga.

Tapi bukan nak berbicara pasal jodoh sangat.

Lebih kepada bakal keluarga pasangan.

Bagi perempuan, of coz la orang yang paling seram untuk dia jumpa adalah bakal mak mertua dia.

Jadi, nak tanya. Skill mengambil hati orang tua tu dah complete ke belum?

Aku rasa ini benda pertama yang paling penting kena ada if gadis itu berfikir dah bersedia untuk berumah tangga.

Jodoh akan mudah dicapai apabila kita complete dengan skill ni. haha. Percaya tak?

Bayangkan , kita kemana-mana, then jumpa dengan m.cik yang ada anak lelaki.

Dan kita sangatlah pandai berbual atau ambil hati m.cik tadi tu.

Orang tua, biasa lah kan? Mungkin terdetik kat hati dia, "bagusnya la Amira ni, boleh buat menantu." keh3.

So, nanti m.cik ni akan keneng-kenengkan kat anak dia.

Jadi, dah datang satu peluang untuk berjodoh terbuka.

Datang dengan pakej. Yang lelaki tadi akan cuba kenal, dan familynya pon dah kenal.

Dan cara ni pon aku rasa lebih diberkati sebab melalui family.

Tapi, kadang-kadang manusia ni lain.

Tiap ape yang positive dan baik tu, mesti last-last tukar jadi negative juga.

Kena la ingat, kita tiap kali berjumpa m.cik atau p.cik dekat luar tu jangan la buat baik semata-mata dekat mulut.

Ramah yang amat, tapi sekadar berbasi-basi.

Hati tu kena ikhlas nak beramah. Ikhlas dalam menunjukkan keprihatinan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Erm, kenapa aku tiba-tiba berbicara pasal ni ek pagi-pagi ni? -_-!!

Jom la start study.

p/s: pengolahan untuk tajuk ini mungkin tak menarik sebab aku tak pandai. Tapi isu tu aku rasa sangat penting untk difikirkan. Jadi, fikir-fikir kan la ye. ^^

No comments: