Jan 31, 2013

Monolog dengan diri sendiri.

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti berbaki 4 hari lagi, maka seram sejuk sem baru dah start datang.

Tekak kepanasan sekejab serak menjadi suara macho. Hidung berair kepala pon pusing-pusing.

Semester baru, subjek baru, ilmu baru, masalah baru.

Classmate sahaja semua muka-muka lama. hahaha

Dunia facebook telah lama ditinggalkan.

Melahirkan diri sendiri ke dunia twet-twet pula.

Tapi........................................

Apa guna kau tutup facebook tapi masih berperangai sama di twet-twet ini?

Ermmmmmm................

Pandai-pandai fikir dan jawab balik dekat diri sendiri. FAHAM?

Mungkin, masalah mengupdate status tidak bertujuan itu tidak kritikal tetapi masih, kau sebok mengikuti kisah-kisah hidup orang.

Minda belakang berkata yang tujuannya untuk mengambil iktibar dari kisah orang lain.

Merefleks diri dari apa yang mereka perkatakan.

Ya, mungkin minda belakang kau tu betul. Tapi pembaziran masa itu yang salah. Menghabiskan masa secara tidak lansung didunia yang banyak mudarat dari baiknya.

Hurmmmmm.............

Tapi boleh la mengikuti kisah orang tu?

Boleh, tetapi jangan sampai menjadi membuang masa.

Baik bos!!!

-Dah jom start FYP II!!!!!!

p/s : marah diri sendiri tu bagus. ha3

Jan 28, 2013

Bakal ibu mertua

Assalamualikum..

Sekarang dah jarang sangat-sangat menulis blog.

Sampai typing skill pon dah menurun.

Bukan tak nak, tapi rasa macam buah fikiran sendiri dah hilang.

Dah tak merasa apa pendapat sendiri mengenai sesuatu isu itu apabila dibicarakan.

Lebih senang berdiam diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu isu yang sangat panas untuk golongan siswa ataupon pemuda yang berusia 20-an, iaitu jodoh ataupon kahwin.

Kalau boleh memang tak nak sentuh lansung bab ni dekat blog sendiri.

Tapi lastly terfikir, tulis sahaja apa yang kau nak tulis. Kalau tak, makin sepi lah blog ni.

So, tulis juga.

Tapi bukan nak berbicara pasal jodoh sangat.

Lebih kepada bakal keluarga pasangan.

Bagi perempuan, of coz la orang yang paling seram untuk dia jumpa adalah bakal mak mertua dia.

Jadi, nak tanya. Skill mengambil hati orang tua tu dah complete ke belum?

Aku rasa ini benda pertama yang paling penting kena ada if gadis itu berfikir dah bersedia untuk berumah tangga.

Jodoh akan mudah dicapai apabila kita complete dengan skill ni. haha. Percaya tak?

Bayangkan , kita kemana-mana, then jumpa dengan m.cik yang ada anak lelaki.

Dan kita sangatlah pandai berbual atau ambil hati m.cik tadi tu.

Orang tua, biasa lah kan? Mungkin terdetik kat hati dia, "bagusnya la Amira ni, boleh buat menantu." keh3.

So, nanti m.cik ni akan keneng-kenengkan kat anak dia.

Jadi, dah datang satu peluang untuk berjodoh terbuka.

Datang dengan pakej. Yang lelaki tadi akan cuba kenal, dan familynya pon dah kenal.

Dan cara ni pon aku rasa lebih diberkati sebab melalui family.

Tapi, kadang-kadang manusia ni lain.

Tiap ape yang positive dan baik tu, mesti last-last tukar jadi negative juga.

Kena la ingat, kita tiap kali berjumpa m.cik atau p.cik dekat luar tu jangan la buat baik semata-mata dekat mulut.

Ramah yang amat, tapi sekadar berbasi-basi.

Hati tu kena ikhlas nak beramah. Ikhlas dalam menunjukkan keprihatinan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Erm, kenapa aku tiba-tiba berbicara pasal ni ek pagi-pagi ni? -_-!!

Jom la start study.

p/s: pengolahan untuk tajuk ini mungkin tak menarik sebab aku tak pandai. Tapi isu tu aku rasa sangat penting untk difikirkan. Jadi, fikir-fikir kan la ye. ^^

Jan 24, 2013

Cerita 2 Minggu

Assalamuaikum.

Last entry adalah last 2 weeks kan?

Dalam masa 2 minggu ni rasanya macam-macam benda juga la yang berlaku.

Yang pertama, final exam dah habis untuk Tahun 4 Sem 1 ni.

Then, terus kepada presentation Final Year Project I yang gila sangat menggelabahkan semua students.

haha

Teringat lagi, semua freak out kot. Tanya tips itu ini, message sana sini tanya perihal sikat examiner.

Menggelabah habis semua.

Tapi, itulah kenangan manis.

Waktu nak sampai ke peristiwa itu memang la rasa tak suka, leceh, takut, marah, malas dan lain-lain.

Tapi sekarang bila semua tu dah lepas, jadi kenangan manis juga kan.

Dan benda ini akan kembali berulang untuk Final Year Project II pula nanti. hehe

Then, next story adalah belajar buat durian creep.

My aunt dok buat dekat rumah dia. So, tumpang la sekaki, makan free and belajar buat.

Nanti balik rumah, boleh la buat pula untuk family. hehe

And story yang paling best, sekarang aku buat part time. hehe

Grader dekat pusat tuisyen Kumon.

Niat hati memang nak cari part time. Tapi tak adalah beriya sangat.

Time dapat call untuk pergi interview tu pon, tak habis fikir lagi.

But then, teringat "maybe this is the turning point of my life. One day, if I'm not taking this opportunity, maybe I'll regret and blaming my self. If not, tak apa lah. Tak rugi pon kan."

So, pergi je lah. Time tengah interview pon terfikir, tak rugi pon. At least boleh biasakan diri di interview before cari kerja betul after grad nanti.

Lagi pon, duit tu boleh simpan untuk start hidup after habis belajar bulan 6 nanti. InsyaAllah.

Lastly, sekarang kan tengah cuti sem.

So, aku dekat UIA lagi. Join 3P untuk software AutoCAD. Best juga belajar benda ni.

Dan memang minat kan. Memang la best.

Lagi best, dok dalam kelas sambil-sambil buat drawing, sambil-sambil tu juga online and download movie. haha

So, ini sahaja cerita untuk tempoh dua minggu senyap menyepi dari blog. hehe

Jumpa lagi. ^^


Jan 8, 2013

He Was Like a Flowing Wind


He was like a flowing wind
He was like a soaring kite
Where he vanished, lets find him
While the paths always lead us
He always made his path
Sometimes fell, sometimes balanced but always went ahead cheerfully
We were always worried about tomorrow
He always celebrated today
He lived every minute fully

From where did he come
Where did he vanished, touching our hearts
He was like shade in scorching sun
He was like an oasis in a vast desert
He was like the medicine for wounded heart
We were limited to well
He will do somersault in the river
He used to swim against the waterfall
He was like a carefree cloud
He was our friend
Where he vanished, lets find him