Dec 6, 2011

Camping at Teratak Riverview


weekend lepas berkesempatan pergi camping untuk recreation skill di Teratak Riverview.

Tapi nak bercerita pasal keseluruhan camping tu punya aktiviti, masih kekurangan idea.

Jadi, sekarang just nak story pasal 4 game berasaskan air yang saya main sepanjang Ahad pagi before balik.

1) Water tubing.

Ni game yang paling best dalam banyak-banyak ni. Duduk atas pelampung dan biarkan pelampung hanyut dalam air sungai yang berombak-ombak dan penuh dengan batu. Dah jadi macam sehelai daun yang jatuh kedalam air dan dihanyutkan oleh arus deras. Wohoo.. Memang best la bila part langgar batu sane-sini, berpusing-pising tak tentu hala. Rase macam nak main 10x.




2) Practical First Aid.

Aktiviti ni tak ada yang manarik sangat melainkan seorang dipilih untuk menjadi pesakit dan melakonkan sakit-sakit yang dialami tanpa reveal kan dia sakit ape. So, ahli kumpulan kena teka la dia ni sakit ape. Dan kemudian suggestkan rawatan yang sepatutnya. Lebih kepada satu penambahan ilmu pengetahuan untuk game ni. Satu info berguna yang saya dapat disini adalah, kalau lebam jangan sesekali tuam dengan kain panas. Ini merupakan konsep yang sama sekali salah tetapi ramai yang tak tahu. Sebaiknya, tuamkan dengan ais/benda sejuk tapi jangan secara direct. Lapik kan dengan kain.

3) River crossing – rope assisted.

Aktiviti yang memerlukan peserta merentas sungai dengan air yang sangat deras menggunakan tali. Time tengok peserta lain buat, memang nampak air macam slow je. Bila dah kena tolak dengan air tu sendiri, baru tahu petapa la kuatnye arus. Satu perkara yang saya fikir time buat aktiviti ni adalah, selamatkan nyawa je. Gagahkan la jugak tangan menarik tali melawan air yang deras. Kalau nak dibandingkan diri ni, dah macam sehelai kain yang tersangkut kat tali ampaian tengah-tengah angin ribut yang kuat (pic). Tunggu masa je nak melayang . Huh, memang scary. Sampai je penghujung tali, satu badan sakit, macam lepas berlari satu pusingan padang penatnye. Tapi Alhamdulillah berjaya.

 
4) River crossing – non assisted.

Yang ni pon aktiviti merentas sungai juga. Tapi tanpa tali, ia menggunakan kayu. Aktiviti untuk individu, saye fail. Tak ,mampu kot nak lawan arus merentas sungai tu, menggunakan kayu. Senang-senang je air tu tolak. Last-last, 2 3 kali la jugak orang tolong. haha. 2nd time, secara berkumpulan. Pegang pada satu kayu ramai-ramai, yang paling kecil didepan, dan yang kuat dibelakang, jalan merentas sungai. Berjaya sebab ada orang belakang, kalau tak rasenye hanyut jugak dengan air deras tu. haha

y ni untuk berkumpulan.
 
Over all, aktiviti memang sangat best. Semua aktiviti ni tak pernah lagi buat, tapi sekarang dapat buat, so teruja la sikit. Hope lain kali dapat join aktiviti macam ni lagi. ^^

p/s : semua gambar hanya sekadar hiasan. Gambar sebenar tak ade.

No comments: