Oct 8, 2011

Weekend dan mesin basuh

Weekend semester ni jadi kurang bermakna berbanding semester-semester lepas bila terdapatnya Seminar 1 hari Jumaat petang.

Bangun je pagi Sabtu, baru sibuk-sibuk nak basuh baju, kemas bilik dan sebagainya. Kalau dulu, semua kerja dah settle pagi-pagi Jumaat lagi. Sabtu dan Ahad tinggal masa untuk study, main, jalan-jalan dan lain-lain.

After berhempas pulas basuh baju mengerah kudrat yang sedikit tadi, plan nye nak mandi. Atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan, menapak la kaki ni ke tingkat 3 dan 4. Sampai ke tingkat 3, ternampak sesuatu yang memang ramai student blok ni dah ternanti-nanti.

Mesin-basuh-yang-dah-boleh-pakai.

Sebelum ni mesin basuh memang dah ada, tapi tak boleh pakai sebab saluran air tersumbat. Jadi air tak boleh mengalir keluar dari mesin tu.


Tapi, mungkin disebabkan setelah hampir sebulan menanti, rase kecewa tu dah datang. Jadi, bila nampak mesin basuh ni tadi, keterujaan tu dah tiada. Memandangkan pagi tadi, dah basuh baju guna tangan juga.

Dengan semangat yang tinggi dan azam membara, saye tak akan guna mesin basuh dah. Pakai tangan pon boleh je hidup sekarang. At least, RM 10 dan boleh dijimatkan sebulan. Memandangkan mesin ni menelan RM2.50 untuk sekali basuh. Seminggu sekali x 4 minggu = RM10 kan?

So, cukup bebelan untuk pagi ini. Nak pergi SKEM, booked jadual memandu kereta pulak.



No comments: