Oct 19, 2011

Ayat penenang jiwa.


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)


dicopy dari facebook

Oct 17, 2011

Revolusi teknologi yang mungkin berlaku

Sekarang ni kalau tengok kat facebook and kalau korang semua perasan la, dah jadi tren pulak letak picture macam kat tumbler.

Upload picture yang ada quote kata-kata yamg menarik.

Setakat ni, okey la sebab semua picture yang diletak tu memang cantik-cantik, and quote dalam gambar tu pon semua ayat yang menarik.

Teknologi dan tren sekarang memang banyak betul berubah. Dengan blog, vlog, tumbler, facebook, twitter, and macam-macam lagi.

Agak-agak, lagi 10 tahun, ape lagi revolusi teknologi yang akan berlaku ye?

Ade tak macam cerita Wall E ni? Semua orang dok berkomunikasi menggunakan skrin kecil depan mata. Lahir-lahir je, dok atas kerusi terbang. Makan minum tidur, semuanya buat kat atas kerusi tu je.


Sampaikan actually diorang berborak dengan orang sebelah pon diorang tak tahu. Then, masing-masing gemuk sebab tak pernah bergerak.  haha



Sekarang maybe la kite kate tak mungkin. Tapi kalau dengan pengizinan dari Nya, semua benda tak mustahilkan?

Oct 15, 2011

TED ideas worth spreading

Just now, i'm looking back at all post that i have post searching for 1 entry about something.

Then i realize that i've never post about it.

Haw you ever heard about TED?


Saye mula dengar pasal TED ni dalam setahun lepas. Lepas di intoduce kan oleh lecture seorang Prof time kelas UNGS.

Bagi saya ted.com ni merupakan satu laman web yang sangat-sangat bagus untuk siswa dan siswi.

Menghimpunkan talk dari berbagai speakers dan semua talknya berunsurkan ilmiah. Dan yang tambah menariknya adalah, talk-talk yang disampaikan hanya beberapa minit. Paling panjang pon 18 minit.

So, orang akan kurang berasa bosan untuk mendengar talk-talk yang berunsurkan ilmiah seperti ini.

Nak kate bagusnya tu, memang tak terkate lah.

Speaker-speaker yang bagi talk pon majority nya pandai menyampaikan dan menyelitkan lawak jenaka ringan. Jadi, memang tak bosan la kot.

Dan kalau internet connection tu slow, video-video ni boleh didownload. Tak payah nak tunggu buffer lame-lame. Ted dah sediakan butang untuk download siap-siap.

Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kite jugak boleh  menigkatkan lagi skill BI seperti kemahiran mendengar dan bercakap. Boleh la perhatikan macam mana nak buat presentation.

So, laman web ni memang 100% recomended by me. haha

Oct 14, 2011

Says dan Social Good 2.0 nya.

Ehem, dah lame tak update blog kan?

Tak ada cerita menarik yang nak dikongsikan. Kalau ade pon, malas nak menulis actually.. ;p

Sape kat sini tahu pasal says? Ataupon dan pon jadi ahli says? Saje la nak tanye.

Bulan lepas, Says ada buat satu promotion yang dipanggil Social Good 2.0.

Social Good 2.0 bertujuan untuk menarik lagi ramai rakyat-rakyat Malaysia ni menyertai Says.

Jadi, mesti la ade habuan yang diorang nak bagi supaya ramai yang join kan?

Untuk pengetahuan, Says akan memberi hadiah yang mewah-mewah kepada sesiapa yang boleh invite ramai friend diorang join Says ni, dan....

Kawan yang diorang ajak tu juga berpeluang memenangi hadiah tu.

Maybe tu la sebabnye "2.0" ni digunakan. Dua-dua dapat hadiah.

Okey, contoh nye:
Ahmad dah jadi ahli Says, lepas tu dia akan pilih hadiah mana-mana contohnya Samsung Galaxy S II dan sharekan link tu dengan kawan-kawan dia. Kemudian ada lah 5 6 orang kawan dia pon sign up dengan Says. Dengan ini, Ahmad berpeluang untuk menang Samsung Galaxy S II tadi. Dan antara kawan-kawan Ahmad yang sign up dengan Ahmad tadi pon, pihak Says akan pick up secara random sape-sape, untuk dapat Samsung Galaxy S II tu juga.


Begitulah ceritanya serba ringkas.

Untuk makluman semua la, pihak Says memilih pemenang secara random. Tapi, semakin ramai friend yang korang invite, semakin tinggi dan cerah la peluang korang untuk terpilih. Kira macam probability untuk dapat tu tinggi la.

Ada dalam 30 jenis barang yang Says nak bagi contohnya Samsung Galaxy, Ipod Nano, Angry Bird table Game, 500Gb hardisk, Ultra Hd video camera, RM500 cash, HTC Chacha, PSP 3006, Ipad 2, MacBook air dan lain-lain. Tapi sekarang just tinggal 11 hadiah je lagi. Kebanyakannya dah ade pemenang.




Nak tahu lagi lanjut, baca la sendiri ye.

Kalau korang rase berminat, boleh la join terus dengan says ni.

Oct 8, 2011

Pencuci muka pengganti ubat gigi

Seriously speaking, saye pernah tergosok gigi menggunakan pencuci muka sebagai ubatnye.

After 2 3 minit, baru perasan. Time gosok gigi tu heran jugak, kenape ubat gigi ni rase macam ubat gigi junior yang ade perisa-perisa tu.

pencuci muka sebagai ubat gigi


Then baru teringat balik yang rasenye nak cuci muka dulu, tapi tah macam mane terambik berus gigi sekali. So, maybe la maen picit je kan and terus gosok tanpa berfikir panjang.

Nak kate angau bercinta, tak penah la pulak bercinta kan. Maybe time tu pagi, so morning blues tu still menebal.

Tapi kalau fikir secara logik, pencuci muka pon ade "abrasive" material dalam die kan? So, boley la jugak buat ganti ubat gigi. Plus pencuci muka untuk cerahkan muka, maybe la boleh "cerahkan" gigi sekali. hahaha

Tah hape la dimerepekkan ni.

[mood : mengantuk, malas study]

Weekend dan mesin basuh

Weekend semester ni jadi kurang bermakna berbanding semester-semester lepas bila terdapatnya Seminar 1 hari Jumaat petang.

Bangun je pagi Sabtu, baru sibuk-sibuk nak basuh baju, kemas bilik dan sebagainya. Kalau dulu, semua kerja dah settle pagi-pagi Jumaat lagi. Sabtu dan Ahad tinggal masa untuk study, main, jalan-jalan dan lain-lain.

After berhempas pulas basuh baju mengerah kudrat yang sedikit tadi, plan nye nak mandi. Atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan, menapak la kaki ni ke tingkat 3 dan 4. Sampai ke tingkat 3, ternampak sesuatu yang memang ramai student blok ni dah ternanti-nanti.

Mesin-basuh-yang-dah-boleh-pakai.

Sebelum ni mesin basuh memang dah ada, tapi tak boleh pakai sebab saluran air tersumbat. Jadi air tak boleh mengalir keluar dari mesin tu.


Tapi, mungkin disebabkan setelah hampir sebulan menanti, rase kecewa tu dah datang. Jadi, bila nampak mesin basuh ni tadi, keterujaan tu dah tiada. Memandangkan pagi tadi, dah basuh baju guna tangan juga.

Dengan semangat yang tinggi dan azam membara, saye tak akan guna mesin basuh dah. Pakai tangan pon boleh je hidup sekarang. At least, RM 10 dan boleh dijimatkan sebulan. Memandangkan mesin ni menelan RM2.50 untuk sekali basuh. Seminggu sekali x 4 minggu = RM10 kan?

So, cukup bebelan untuk pagi ini. Nak pergi SKEM, booked jadual memandu kereta pulak.



Oct 7, 2011

Handphone pouch and strap

Just a few words here.

Posting ni dibuat khas sebagai sedikit penghargaan untuk Rue's Crochet sebab dah buat satu hp pouch yang sangat cantik untuk saye. 


Katenye, time buat pouch yang ni, dia dah improve dalam kualiti. hehe. Tapi, memang kualiti yang Rue buat ni okey, kemas je.

Saiz ukuran pon memang tepat. Memang muat-muat masuk. Menepati citarasa saye sebagai pelanggan. Time tempah dulu, memang dah request siap-siap nak bagi ketat sikit supaya tak longgar. And Rue buat exactly macam yang saye minta.


Lagi satu yang best, pouch ni tebal.. Tak percaye tengok la picture yang atas ni. Kalau jatuh pon, saye rase hp saye akan masih selamat.Sebab tebal, dan benangnya pula adalah benang kait, so rase macam kalau jatuh, pouch ni akan serap hentakan yang berlaku.



Hp strap ni dapat free. Rasanya sebagai hadiah untuk 25 orang pertama yang "like" page ni dekat facebook kot. Tapi, suke sangat sebab Rue buat khas satu set warna dengan pouch. So, rase macam sangat menarik.



Dah tengok semua picture kat atas ni. Cantik tak?

So, having this new pouch dah buat saye rase macam pakai hp baru semule. hehe

Tahniah Rue coz dah makin improve dalam seni mengait. hehe

Kalau korang rasa nak jugak beli hasil-hasil kaitan ni, boleh la tempah kat Rue.

Rue bukan sahaja mengait hp pouch dengan  strap tapi juga macam-macam produk yang lain.

Nak tahu, singgah la sendiri blog dia.

^_^

Oct 6, 2011

A bestfriend


Entry ni memang khas untuk seorang sahabat baik.

Mesti nanti die rase saye jiwang kan? Tibe-tibe feeling-feeling macam ni.

Biarlah. haha

Saya hanya nak menyampaikan bagaimana saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kepada saya seorang sahabat baik.

Sahabat baik yang sangat-sangat rapat.

^_^

p/s : kawan baik saye perempuan tau.


Oct 4, 2011

Teh Tarik Finder

Dunia tanpa sempadan sekarang dah melangkah setapak lagi kehadapan. hihi

Ape lah yang direpekkan pagi-pagi ni.

Okey, just nak kongsi satu cerita.

Korang semua suka minum teh tarik? Suke lepak-lepak kedai mamak?

Sekarang saye nak introduce satu application facebook baru.

FnN kot yang buat application ni. Namenye Teh Tarik Finder.

Ape ceritanya? Application ni membantu korang mencari kedai teh tarik yang berdekatan dengan lokasi korang.





Ha, kan dah cakap. Teknologi sekarang dah melangkah kehadapan. Nak minum teh tarik pon, boleh tengok lokasi kat facebook.

Nak tahu lebih lanjut? Jom ke website nye.


Use this app to locate the nearest Teh Tarik outlets and also schedule TTS (Teh Tarik Sessions) with your friends. A true Malaysian experience brought online!

Oct 2, 2011

Wind of change

After week by week waiting dengan harapan palsu yang wireles UIA ni akan muncul kembali laju seperti biasa, ternyata membawa kepada kekecewaan.

Tapi, terlihat satu hikmah besar yang jarang-jarang menjengah. Walaupon rase geram and stress tak dapat nak download "Running Man" dan "Vampire Diaries season 3", but still saye masih mampu menahan diri. haha

So, maknenye dah lame la tak tengok running man tu.

Hidup pon dah kurang bergantung kepada internet. Hari-hari aktiviti yang sama tapi terisi, tanpa melangakan diri tengok cerita berjam-jam, online facebook, youtube dan juga lagu-lagu.

Paling best, tiap-tiap petang dapat menampar bulu tangkis kuat-kuat (badminton). haha. Puas je rase. Malam tak payah susah-susah nak tido, cukup jam 10 11, confirm mate dah mengantuk. Tinggal nak sorong bantal je.



Hope, semester ni akan lebih baik dari semester lepas. Masa-masa yang berlalu harap mempunyai pengisian yang bermakna.
Antara input ceramah malam tadi (30/9/2011) :

4 perkara yang penting dalam hidup (macam yang pernah diajar dalam kelas UNGS) :
  1. Iman
  2. Ilmu
  3. Amal
  4. Ikhlas

4 soalan yang sentiasa kita tanya pada diri kita :
  1. Berapa umur / sepanjang umur ni apa yang telah kita buat?
  2. Apa perkara yang kita telah buat semasa kita masih muda?
  3. Apa yang kita buat dengan harta kita?
  4. Adakah kita mengamalkan ilmu yang kita ada?

Ini hanya intipati, mungkin tak tepat sangat dengan apa yang disampaikan oleh penceramah. Keadaan persekitaran tidak mengizinkan diri untuk mendengar dengan jelas. Maaf kalau ada yang tersalah.

^_^

p/s :: Masalah dengan manusia tak akan pernah habis untuk difikirkan. Jadi, jangan fikirkan sangat mengenainya, tenangkan diri lapangkan dada. BERDOA.