Sep 24, 2011

Review kekasih baru, X3-02

Al kisah cerita setelah kehilangan handphone tersayang Nokia 7210 supernova dalam 3 4 bulan lepas, maka saye menanamkan azam untuk memiliki sebuah handphone baru.

Dan Alhamdulillah berbekalkan income hasil Raya + Internet Income + Ptptn, akhirnye berjaya jugak la memiliki sebuah kekasih hati yang baru iaitu Nokia X3-02. So, terima kasih buat m.cik-m.cik, p.cik-p.cik, abang, mak, ayah, tok, dan nenek kerana tanpa anda, tidaklah saye merasa untuk memilik handphone baru ni. :p

Ptptn punya duit tu, berani tarik sikit je buat cover mana yang tak cukup. InsyaAllah, nanti dapat income baru, akan dicover balik. Jadi, terima kasih la juga kepada kerajaan untuk sumbangan itu.


X3-02

Jadi sekarang nak review sikit buat panduan kepada orang lain yang menyimpan hasrat nak beli handphone ni. Sekarang, mari nak senaraikan kekurangannye dulu (dari pandangan saye la).

  • bateri cepat habis. Orang kate touch skrin handphone memang macam ni. Tapi tak ada la cepat sangat, mungkin sekali cas, tahan untuk sehari lebih sikit.
  • tiada butang kamera khas. Yang mana kalau nak ambil gambar sendiri, kene pandai-pandai agak je dah touch ke belum skrin tu.
  • tiada 3G untuk video call. Tapi 3G untuk internet tu ade la. Berbeza tau 3G ni, jangan ingat sama pulak.
  • Tak boleh set masa untuk keypad lock. So, dia akan lock sendiri ikut masa yang dah diset oleh Nokia.

Em, mungkin tu je kot setakat ni yang saya rasa kurangnya.


Pasal ape yang best, malas nak cerita la. Tapi, sepanjang seminggu saya pakai phone ni, rasa okey je. Semua problem kat atas tu tak adalah mengganggu sangat. For me, phone ni cantik. Dan paling best, phone ni nipis. hehe. Tambah pulak didatangai dengan warna vivax, ataupon light purple (pic yang kanan). Memang nampak nice je. Lepas tu, fully touch skrin, bukan setakat touch untuk menu, select dengan back macam sesetengah handphone tu tau. Fully okey. Cuma, msg je, menggunakan keypad. Bagi saye okey la coz tak suka nak taip msg pon nak kena touch. Memang fail la kan jari ni.

Pasal wifi die pulak, tak tahu nak cerita. Sebab tak pernah lagi guna. Pernah sekali je la tu pon untuk beberapa minit, on facebook pakai wireles cafe. Okey je kot. Kamera pon okey, sebab 5MP. Sound lagu pon okey jugak.



Lagi-lagi, nak tahu ape? haha


Ada juga la, haritu google, cari review pasal phone ni. Baca dan baca, lebih negative dari yang positive pasal phone ni. Tapi review ni dalam tahun lepas, time phone ni baru keluar. Maybe la sebab baru kan, so banyak masalah lagi. Lagi pon, dengar katenye ni phone nokia pertama yang dibuat ada dua-dua fuction iaitu keypad + touchskrin. Mungkin sekarang, nokia dah adjust-adjust sikit segala masalah yang dihadapi phone ni.


Nak tahu lagi, kena la tunggu lame sikit. Maybe i'll face some problem with this phone later. Tapi, hope never la kan. Saye tak suka tukar-tukar phone 
Thats all ~~ ^_^


3 comments:

senyumm said...

sy x suke phone ni...sbb kekurangan2 yg dinyatakan..penah pakai hp ni.lebih2 lg nk capture gmbr tu

wawanubulan said...

uuuu..... aku jugak tak beli phone baru lagi.... kena kumpul duit lagi lah.... tunggu orang bagi hantaran je la... haha...

miera said...

senyumm : saye dah jumpe jln utk capture pic sendiri. Just set kan mase je.. hehe

wawabulan : kalau nak tunggu hantaran, pastikan dpt iphone or blackberry la.. hehe