Apr 28, 2011

iPanelOnline

blog, blog, blog..

blogger, blogger, blogger..

blogging, blogging, blogging..

Saye ade blog, tapi saye tak rase saye blogger. Sebab saye jarang membace blog orang. Tapi saye bace juga blog orang. Senarai yang dalam follower. Maksudnye, saye tak mencari blog baru untuk dibace. InsyaAllah, akan menyusul hobi tu nanti. hehe

Saye sangat sukakan internet. Saya berusaha mencari pendapatan sampingan dengan internet. Takde la sampingan sangat, mungkin juga tidak perlu dipanggil sampingan. Tapi tak kesah, bukan duit yang dicari. Tetapi saye mencari peluang-peluang yang ada. Sekadar untuk mengetahui jalan mana yang boleh dipakai dan jalan mana yang tak boleh dipakai.

Suke-suke bak kate orang.

Akibat sifat suke-suke tu, saya jumpa lagi satu laman web pada minggu lepas. Sign up dan daftar. Web ini berkonsepkan sama macam Says.my iaitu ganjaran dengan menjawab servey. Cuma yang ni tak ada la konsep-konsep mengiklan. Cuma jawab servey.

Dua tiga hari masuk tu, tengok ada pon servey untuk dijawab. Tak pe lah, tak rugi pon. Coz sign up free. Then, tak lama tu tengok ada. Jawab la satu servey. Dapat point dalam 200. Nak try cari sampai 520 mata sebab boleh tebus RM5.00.. hehe

Then, tibe-tibe 2 3 hari lepas. Ada member joint bawah saya. Tup-tup dapat 500 point. So, total dah 750 mata. 50 tu dapat time sign up. Yeay, dah boleh tebus. (^^,)

So, semalam dah tebus. Tengah tunggu la ni. Nanti dah masuk, saye inform okey. Nak tengok betul ke tak, sahih ke tak. Satu lagi info untuk nak tebus, duit tu tak masuk akaun bank kite terus. Tapi masuk paypal dulu. Paypal ini sebenarnye sebenarnya berfungsi sebagai akaun bank internet kita. Kalau kita nak beli something tapi perlu bayar dalam nilai dollar, jadi masukkan je dalam paypal dan kita boleh membeli dengan akaun paypal kita. Macam tu ^^

Cakap banyak, tapi ape laman web tu kan?

Laman web tu dikenali sebagai iPanelOnline.

Korang tengok dan godeh-godeh la sendiri okey?

Apr 26, 2011

"Maafkan saya"


"Saye minta maaf"

Berkaitan dengan maaf, manusia ada 2 jenis. Pertama, yang mudah meminta maaf. Yang kedua, yang sangat sukar untuk meluahkan kata-kata maaf.

Mungkin bagi golongan yang pertama, meminta maaf bukanlah sesuatu yang besar. Mereka mudah meluahkan perkataan maaf walaupon untuk berkali-kali dengan kesalahan yang sama. Manakala bagi golongan yang kedua, mungkin mereka sangat menghargai perkataan ini. Mereka hanya menggunakannya pada waktu yang benar-benar perlu sahaja. Perkara ini juga dikaitkan dengan keegoannya.

Satu ungkapan yang saya jumpa difacebook "kadang-kadang maaf tu bukan pengubat segala benda"

Ya, memang benar. Bila seorang insan selalu meminta maaf, dan kemudian mengulangi kesalahan yang sama, dan meminta maaf lagi. Adakah masih layak diberi kemaafan?

Atau, adakah dengan meminta maaf, orang yang dibunuh dapat hidup kembali.

Ingat, bukan semua benda boleh kita selesaikan dengan meminta maaf. Jadi, sebelum buat sesuatu, lebih baik fikir dengan baik-baik. Kelak, bila kita minta maaf pon, masalah tetap takkan selesai.

-Maaf mudah untuk diungkapkan tetapi memaafkan atas kesakitan yang telah diberi.. tidak semudah ungkapan.

-Maaf membawa maksud yang benar jika ia benar-benar dimaksudkan. Ia dapat memadam kemarahan dihati kita. Ia dapat menyejukkan seasana dan memulihkan perselisihan. Tetapi jika selalu diungkapkan tanpa memaksudkannya, ia tidak ubah seperti omongan kosong.

Apr 22, 2011

Sayang Sahabat kerana Allah

Semua orang sayang sahabatnya.

Tak kira la sahabat tu macam mana, ape karakternya untuk seseorang, tapi bila dah kata sahabat kita, kita akan sayang.

Banyak kes yang kita dengar, persahabatan terputus kerana berbagai- bagai sebab.

Tanya diri sendiri, adakah sayang kita tu berlandaskan sayang sahabat kerana Allah?

Persahabatan yang terjalin kerana Allah, InsyaAllah akan mendatangkan ketenangan kepada diri bukan keserabutan.

Sama-sama kita renungkan.. ^^


Dipetik di facebook, dari page Heliza Helmi.

Doa untuk Sahabat.

HADIS:

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..

panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik

padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..


Ya Allah..

tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah

hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah

hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...


Ya Muhaimin..

jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta

nafsu.


Ya Rabbana..

jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan

hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..


Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,

janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta

hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu


Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan

kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan

hati hambaMu yang lain... AMIN