Blog ni.
Dah lama aku biar tanpa jiwa.
Tanpa ada perasaan yang ikhlas untuk menulis.
Tanpa pernah ada rasa ingin memperbaharui dengan baju yang baru.
Mungkin kerana aku ingin mengekalkan identitinya.
Walaupon sejak akhir-akhir ini, motif +ve blog ini telah jauh tersasar.
Ingin mempamerkan isi yang boleh dijadikan manfaat kepada pembacanya.
Tapi, bila dijengah kembali latest-latest entry.
Semua hanya kata-kata emosi, lansung tiada manfaat.
Ada orang kata, "kalau tidak suka, jangan baca."
Tapi ada juga yang kata, "ini satu saham pahala, dengan menyampaikan perkara bermanfaat."
Semua bergantung pada niat masing-masing.
Kalau ikutkan emosi hasutan syaitan, mungkin telah banyak entry kosong tercoret.
Tapi Alhamdulillah.
Belum sempat dipublishkan, semuanya dah tercampak ke dalam recycle bin.
Hapus lupus, tidak berjejak.
Mungkin, lepas ni laman ini akan sunyi kembali.
Kalut dengan pengejaran ilmu ditahun terakhir.
Ilmu yang harap terhadam dihati, bukan sekadar singgah dalam "short term" memory.
Dah 2 tahun hidup dalam kelalaian hiburan.
Masa untuk sedar, sebelum masa itu pergi.
Dan harap, kawan-kawan lain juga begitu.
Kita perlu, saling ingat mengingati.
Baru namanya sahabat sejati. ^^
Oct 15, 2012
Biology
Pelik?
Perkataan ini hanya satu.
Tapi maksudnya boleh jadi banyak.
Ada perkara boleh jadi pelik untuk sesetengah orang.
Tapi bagi orang lain, perkara itu tak pelik pon.
Contoh macam gambar ini.
Korang rasa pelik tak?
Ada 2 jawapan.
Pelik, kalau buku ini terletak diatas rak seorang student manufacturing engineering.
Tak pelik, kalau korang tak tahu tu meja student engineering.
Macam tu jugak dengan life.
Kita tak boleh judge sesuatu perkara itu sebagai sesuatu yang pelik if kita tidak biasa dengannya.
Maksud situasi ni sangat meluas scopenya.
Jadi, perlu dispesifikkan mengikut situasi masing-masing dengan cara yang betul.
Terpulang kepada diri sendiri.
Untuk mentafsir dan merenung perkara ini macam mana.
p/s : oleh sebab buku ni sangat tebal, aku malas nak tolong pulangkan~
Lagu tema
ada orang kata lagu ni sedih..
well, lagu apa-apa pon.
kalau dah kena dengan tema diri tu.
semua jadi sedih..
hehe..
lagu yang tak sedap mcm mana pon..
if tiba-tiba kita rasa nak hayati lirik tu..
then tengah-tengah hayati..
tiba-tiba mcm ada kena la pula dengan diri sendiri.
automatik!!
lepas tu, lagu tu mesti jadi sedap.
haha..
p/s : hasil kajian pemerhatian setakat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
