Aug 4, 2011

Melepaskan

Entry ni menceritakan kisah peribadi. Don't waste your time to read it. hehe

Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


"Bila kamu merelakan, maka kehilanganmu, kesedihanmu akan segera hilang. Apapun yang kamu sayangi, ia akan hilang entah bila, termasuk ahli keluargamu sendiri. Termasuk dirimu sendiri. Jadi, bila kamu mahu belajar melepaskan apapun di dunia ini, termasuk orang orang tercinta, maka belajarlah dari sekarang."



_________________________________________________________________

Dah masuk hari ke 5 berpuasa. Ade lagi 25 hari untuk sambut Aidilfitri.

Tapi bunyi mercun dah kedengaran diruang udara. Mangsa mercun pon dah ade y masuk berita.

Kesimpulan nye, jangan main mercun buatan sendiri. Kemaruk sangat nak main, sila main mercun y dijual dipasaran.

Ade orang, tulis blog hanya untuk menyampaikan setiap perkara y dirasai dihatinya. Alangkan senang rasa hati bile setiap perkara y difikirkan dengan senang dapat ditaip dan diluahkan dekat blog. Blog seolah-olah menjadi teman mendengar y setia.

Ade orang pulak, tulis blog semata-mata untuk mencari keuntungan. Beruntung juga sebab sedikit sebanyak blog menjadi sebahagian dari sumber pendapatan untuk menampung hidup.

Ade juga y menulis blog untuk menyampaikan dakwah. Beruntunglah mereka kiranya tiada kelak, blog itu boleh menjadi bukti dakwah mereka. Dakwah itu merupakan tanggungjawab setiap muslim.

Hati tak tenang.
Nak tido, tapi mata tak lelap.
Hati ini tak senang
tatkala perkara itu mengendap.

har3 ^_^

Tah hape-hape pantun ni.

Selamat malam.

p/s : tak de motif punya entry. maaf sape y bace :p

Sebab kenape tak nak jadi budak sekolah.

Kalau time serabut-serabut dengan masalah selalu jugak kite fikir, kan best kalau jadi budak kecik. Tak de pon pening nak fikir pasal masalah.

Tapi bile tengok balik adik-adik sendiri y masih bersekolah rendah tibe-tibe rase "nasib baik dah tak sekolah".

haha

Sebab nye?

Tiap-tiap hari kena pergi sekolah bawak beg berat-berat. Serius! tak cukup dengan beg galas y dah macam pikul beras seguni, tambah lagi dengan buku-buku kat tangan. Oho, tak sanggup nye.



Lagi satu bile hari-hari kene bangun 6 pagi. Sebab nye pukul 7 pagi bas sekolah dah sampai. Uish, memang mencabar. Kalau dok u, boleh bangun pukul 6.30 pagi. Kelas paling awal pon pukul 8.30 pagi. So, mmg ade chance nak tidor dulu semula sekejab lepas subuh. hehe

Yang ketiga, bile tengok pakaian sekolah tu y putih je hari-hari. Ingat lagi dulu, time kat kantin la pakaian kena btol-btol dijage. Silap langkah, siap ler tudung or baju ade cop kuah kari. haha
Memang leceh je rase.

Tapi kan, satu perkare y saye hairan. Kenape bile time kat U, even ade kelas sampai petang pon, kite tak rase penat sangat. Tapi time sekolah dulu, nak tunggu habis waktu sekolah y setakat pukul 2 petang tu pon rase macam lame sangat?

p/s : tapi budak kecik tak ade masalah besar nak fikir. Main je hari-hari~

Aug 3, 2011

Celcom upgrade Volume dan Speed broadband secara PERCUMA.

Entry ni khas untuk pengguna celcom broadband.

Setelah bandwidth y celcom broadband bagi telah cecah limit. Iaitu 4G, saye habiskan dalam mase 4 hari.

Jadi terpakselah purchase additional volume. Kalau tak, memang lembap je nak online.

Tengah-tengah bersiar di laman web celcom broadband, tibe-tibe terhenti dekat satu page ni.


(klik gambar untuk maklumat detail)

Oooo, patut la haritu celcom broadband ade send satu message berbunyi

GREAT NEWS! U can now enjoy an even better internet experience w/us! We hv upgraded yr broadband speed to 1.5Mbps & volume to 4GB for FREE!

Ingatkan tipu je. Ataupon hanya untuk promosi bulan ni je.

Rupanya memang betul.

Celcom dah upgrade semua plan-plan dia.

Seperti y kita boleh lihat kat atas ni, speed untuk RM48 punye plan dah diupgrade kepada 700kbps dan untuk plan y RM68 sebulan, speed dah diupgrade ke 1.5 Mbps.

Untuk volume pon celcom upgrade jugak. Yang RM48 dari 1G dah naik ke 1.5G dan untuk y RM68 sebulan dah naik dari 3G ke 4G.

Jadi kepada pengguna celcom broadband, selamat melayari dengan lebih puas lepas ni. Celcom dah upgrade dan y paling penting ianya PERCUMA.