May 5, 2011

Spam yang berlambak di Facebook!!


Semenjak dua menjak ni, saya lihat banyak betul virus atau link-link spam dekat facebook tu. Sampai rase macam tak selamat je lattop ni kalau bukak facebook. Tapi memandangkan facebook adalah tempat social paling glamor, maka kena bukak la jugak kan..haha..ini bukan alasan..

Tapi serius, sampai kadang-kadang risau nak klik kat link y ade kat facebook tu. Takut-takut nanti terkena jugak. Solution setakat ini adalah, jangan klik link mempunyai URL yang tak diketahui. Contohnya :
See who views your profile @ facebook.com/pages/Wh0-Vie
wed-Y0ur-Pr0file/170648029658386?
satu lagi yang ada picture osama tu. Dah tak jumpe kat facebook, orang dah delete kot.
Tapi IsyaAllah, kalau link yang ade tulis youtube.com, ____.blogspot dan lain-lain y kita dah tau tu, okey lagi kot. Masih selamat untuk di klik.

Walau ape pon, bagi saye, ini sedikit sebanyak menjejaskan klik yang diperoleh untuk kempen says.my dan churp-churp. Kalau dulu, sebulan boleh la dapat RM10.00, sekarang sebulan nak dapat seringgit pon payah. Em, apelah kan.~~

Tapi tak pe, tak kesah pon sebab tak ade target yang nak dicapai, saye just kongsi untuk suka-suka. Kalau target nanti, stress je tak dapat kan?

Ape pon, hope kawan-kawan semua nie tak terkena dengan spam and virus kat facebook tu. Bukan nye ape. Memenuhkan inbox orang lain je. Masalahnye spam nie bukan setakat masuk kat wall je, inbox message, chat dengan request pon tibai nye selit jugak. Adui, bahaye-bahaye.

Take care of your facebook ^_^

p/s : mati lah pas nie kalau saye kene pulak..haha

Apr 28, 2011

iPanelOnline

blog, blog, blog..

blogger, blogger, blogger..

blogging, blogging, blogging..

Saye ade blog, tapi saye tak rase saye blogger. Sebab saye jarang membace blog orang. Tapi saye bace juga blog orang. Senarai yang dalam follower. Maksudnye, saye tak mencari blog baru untuk dibace. InsyaAllah, akan menyusul hobi tu nanti. hehe

Saye sangat sukakan internet. Saya berusaha mencari pendapatan sampingan dengan internet. Takde la sampingan sangat, mungkin juga tidak perlu dipanggil sampingan. Tapi tak kesah, bukan duit yang dicari. Tetapi saye mencari peluang-peluang yang ada. Sekadar untuk mengetahui jalan mana yang boleh dipakai dan jalan mana yang tak boleh dipakai.

Suke-suke bak kate orang.

Akibat sifat suke-suke tu, saya jumpa lagi satu laman web pada minggu lepas. Sign up dan daftar. Web ini berkonsepkan sama macam Says.my iaitu ganjaran dengan menjawab servey. Cuma yang ni tak ada la konsep-konsep mengiklan. Cuma jawab servey.

Dua tiga hari masuk tu, tengok ada pon servey untuk dijawab. Tak pe lah, tak rugi pon. Coz sign up free. Then, tak lama tu tengok ada. Jawab la satu servey. Dapat point dalam 200. Nak try cari sampai 520 mata sebab boleh tebus RM5.00.. hehe

Then, tibe-tibe 2 3 hari lepas. Ada member joint bawah saya. Tup-tup dapat 500 point. So, total dah 750 mata. 50 tu dapat time sign up. Yeay, dah boleh tebus. (^^,)

So, semalam dah tebus. Tengah tunggu la ni. Nanti dah masuk, saye inform okey. Nak tengok betul ke tak, sahih ke tak. Satu lagi info untuk nak tebus, duit tu tak masuk akaun bank kite terus. Tapi masuk paypal dulu. Paypal ini sebenarnye sebenarnya berfungsi sebagai akaun bank internet kita. Kalau kita nak beli something tapi perlu bayar dalam nilai dollar, jadi masukkan je dalam paypal dan kita boleh membeli dengan akaun paypal kita. Macam tu ^^

Cakap banyak, tapi ape laman web tu kan?

Laman web tu dikenali sebagai iPanelOnline.

Korang tengok dan godeh-godeh la sendiri okey?

Apr 26, 2011

"Maafkan saya"


"Saye minta maaf"

Berkaitan dengan maaf, manusia ada 2 jenis. Pertama, yang mudah meminta maaf. Yang kedua, yang sangat sukar untuk meluahkan kata-kata maaf.

Mungkin bagi golongan yang pertama, meminta maaf bukanlah sesuatu yang besar. Mereka mudah meluahkan perkataan maaf walaupon untuk berkali-kali dengan kesalahan yang sama. Manakala bagi golongan yang kedua, mungkin mereka sangat menghargai perkataan ini. Mereka hanya menggunakannya pada waktu yang benar-benar perlu sahaja. Perkara ini juga dikaitkan dengan keegoannya.

Satu ungkapan yang saya jumpa difacebook "kadang-kadang maaf tu bukan pengubat segala benda"

Ya, memang benar. Bila seorang insan selalu meminta maaf, dan kemudian mengulangi kesalahan yang sama, dan meminta maaf lagi. Adakah masih layak diberi kemaafan?

Atau, adakah dengan meminta maaf, orang yang dibunuh dapat hidup kembali.

Ingat, bukan semua benda boleh kita selesaikan dengan meminta maaf. Jadi, sebelum buat sesuatu, lebih baik fikir dengan baik-baik. Kelak, bila kita minta maaf pon, masalah tetap takkan selesai.

-Maaf mudah untuk diungkapkan tetapi memaafkan atas kesakitan yang telah diberi.. tidak semudah ungkapan.

-Maaf membawa maksud yang benar jika ia benar-benar dimaksudkan. Ia dapat memadam kemarahan dihati kita. Ia dapat menyejukkan seasana dan memulihkan perselisihan. Tetapi jika selalu diungkapkan tanpa memaksudkannya, ia tidak ubah seperti omongan kosong.