Apr 22, 2011

Sayang Sahabat kerana Allah

Semua orang sayang sahabatnya.

Tak kira la sahabat tu macam mana, ape karakternya untuk seseorang, tapi bila dah kata sahabat kita, kita akan sayang.

Banyak kes yang kita dengar, persahabatan terputus kerana berbagai- bagai sebab.

Tanya diri sendiri, adakah sayang kita tu berlandaskan sayang sahabat kerana Allah?

Persahabatan yang terjalin kerana Allah, InsyaAllah akan mendatangkan ketenangan kepada diri bukan keserabutan.

Sama-sama kita renungkan.. ^^


Dipetik di facebook, dari page Heliza Helmi.

Doa untuk Sahabat.

HADIS:

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..

panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik

padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..


Ya Allah..

tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah

hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah

hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...


Ya Muhaimin..

jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta

nafsu.


Ya Rabbana..

jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan

hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..


Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,

janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta

hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu


Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan

kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan

hati hambaMu yang lain... AMIN



Apr 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah


Alkisah, tibe-tibe teringat yang saye belom lagi menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Ketika filem ini diwar-warkan, saye tertanya-tanya apekah cerita disebalik filem ini.

Saye ingin mengetahui kisah sebenar mengikut sejarah, ape sebenarnya Merong Mahawangsa ni.

Tanya member-member, semua kata pernah belajar pasal ni, tapi tak ingat dan tak tahu.

Jawapan kepada kekeliruan tak dapat, filem pon tak tengok lagi. Jadi memang tengah kosong la pasal Merong ni.

Tiba-tiba tadi, ternampak lagi iklan nye ditV, terbuka mulut nak tanya pada my aunt.

Dia kata dulu kecil-kecil dia pernah baca buku pasal ni kat kampung a.k.a rumah tok saye.

Mengisahkan mengenai seekor burung, seperti garuda yang dimana sahaja dia pergi, akan membawa kebinasaan ke tempat itu.

"Oooo, kisah burung ke." Terdetik saye dalam hati.

Kemudian, setelah kisah yang disampaikan masih lagi kurang informasi, maka saye pon google.

Dari dua tiga sumber, Merong Mahawangsa adalah nama raja dari keturunan Rom yang menjadi asas kepada pembukaan Tanah Melayu.

Diawal pembacaan turut terselit kisah burung itu, yang mane berbunyi raja itu dalam perjalanan ke Cina dan diserang oleh garuda. Maka berhenti disebuah kawasan dan membuka penempatan disitu yang diberi nama Langkasuka.

Dari sinilah bermulanya pembukaan negeri Kedah dan negeri-negeri ditanah Melayu yang lain.

Begitulah ringkasan nya.

Jadi, filem Hikayat Merong Mahawangsa ini mengisahkan ape pulak kan?

Nak tahu, tengok sendiri sebab saye pon tak tengok lagi. ^^

Apr 19, 2011

Cara buat soalan exam ^^

Hye,

Lame tak update citer pasal diri sendiri.

Currenly kat Puchong, rumah m.teh.

Dari UIA sabtu lepas, terus ke sini coz tumpang letak barang. Cuti sem la katekan.

Then, akan berangkat pulang ke Sg Petani Kedah.

Bile? Tak pasti lagi. Sedang menyiapkan satu tugasan dari m.teh. haha

Taip soalan exam tuk die. Fun la jugak actually, walaupon sedikit leceh. haha

Baru tau macam mana cikgu buat soalan exam.

My m.teh cerita, sekarang dia tak cukup masa untuk buat soalan, so terpaksa la ambil soalan dari buku je. But if ade masa, selalunye memang diorang akan buat.

Kalau nak buat, mmg lagi susah. Coz, before print out, kene send kat cikgu BM n Bi tuk check grammar. So, ia akan mengambil banyak masa.

Ops, lupa. M.teh saya cikgu Math and Ex Math. So, soalan yang saye dok taip adalah soalan math.

Yang lecehnya adalah bila kena guna equation tools. Jab2 kne klik situ. Taip 2 3 patah perkataan, kne masukkan equation. So, leceh ok.

Then plus with the diagram. Macam trigo diagram, graf2 ape semua. Mak Teh kate ade cikgu just gunting tampal je dari buku ke atas soalan. Tapi, for her, she prefer lukis sendiri. haha.

So, saye pon akan try la lukis sendiri jugak. Dan....... memang leceh. haha

Over all, susah rupenye nak buat soalan exam. Selame ni, dok merungut susah nye nak jawab soalan exam. :p

Maybe, macam ni la juga lecture dok buat soalan final kot. hehe
Ini contoh equation, simple tapi.... dekat 10x la jugak kene klik equation tool tu. Korang nak rase, korang try la buat.hehe

Thats all for now. Happy holiday to all IIUM student ^_^