Jan 4, 2011

Kuasa Imaginasi dan Minda

Korang pernah terfikir mengenai perkara ini tak? Dan pernah cuba untuk mengkaji atau meneliti tak?

Bayangkan, kalau korang tengah berjalan malam, dalam suasana yang agak gelap dan korang nampak something. Waktu tu mesti dah terbayang sesuatu yang menggerunkan kan? Then korang kuatkan lagi perasaan hati korang dengan menyatakan apa yang korang nampak tu adalah hantu (contoh). Saya percaya, memang korang akan nampak hantu tu. Walaupon sebenarnya, ia bukanlah hantu sebenarnya.

Satu perkara yang saya dapat rasakan adalah, imaginasi atau minda kita sebenarnya boleh menipu mata kita.

Cuba dalam situasi yang sama, tapi korang imaginasikan itu bukan hantu. Saya yakinlah, mesti korang tak nampak hantu tu. Tapi sebaliknya korang boleh mentafsirkan hantu tu menjadi sesuatu yang positif seperti kain yang terbang dan lain-lain.

Dalam keadaan yang gelap tadi, sebenarnya mungkin kita tak dapat melihat dengan jelas. Jadi mungkin minda kita akan generate sesuatu untuk mentafsir apakah sebenarnya benda itu. Jadi, dari imaginasi kita sendiri itu, itulah yang akan terhasil di padangan mata kita. Maka, terbentuklah objek-objek yang kita bayangkan tadi menjadi satu keyakinan dihati yang sememangnya itulah yang kita nampak.


Satu contoh adalah, perhatikan gambar atas ni dengan sekilas pandang. Kemudian fikirkan balik, apakah sebenarnya benda yang ada diatas katil itu. Tanpa melihat kembali, cuba korang yakin kan diri korang diatas katil itu ada seorang pesakit. Kemudian dengan keyakinan tu, korang bayangkan pula image tadi dengan lebih jelas kembali. Nescaya yang sememangnya, korang akan nampak dengan jelas yang sememangnya pesakitlah diatas katil itu.

Sekarang tukar pula fikiran korang yang atas katil tu hanya ada kain putih. Dan cara yang sama, imaginasikan dan bayangkan kembali dengan image yang lebih jelas. Korang akan nampak sememangnya hanya terdapat kain putih atas katil tu. Yang penting, pandang image tu hanya sekali, sebagai ganti untuk situasi pantas dan panik.

Tak tahu nak terang macam mana sebenarnya, tapi hope korang dapat faham. Point yang nak disampaikan adalah sememangnya minda boleh mempengaruhi mata kita terutama sekali apabila objek yang kita lihat itu kabur dan tidak jelas.

Kalau salah, tolonglah betulkan. ^_^

Kecil-kecil dulu, Miera ni selalu kena rotan.

Pagi ni ada kuiz math 4. Tiba-tiba teringat satu kenangan dimasa silam.

Cikgu math time darjah 5 kot. Cikgu Wong. Nama penuh tak ingat.

Time kecil-kecil dulu, Miera ni sangat lah tak pandai math. Miera ni juga seorang student yang malas. Kerja dia nak main je.

Tapi entah macam mana, time darjah 3 ketika test PTS, Miera ni lulus dengan cemerlangnya. Padahal, dalam hati Miera ni dia tahu yang dia dapat tu semata-mata atas nasib dan rezeki Allah. Bukanlah kerana kebijaksanaan nya.

Oleh kerana terdapat sedikit sifat perasaan riak dan takbur, maka Miera dengan beraninya melompat ke darjah 5 tanpa melalui proses darjah 4.

Nak dijadikan kenangan, time darjah 5 tu, dapat math dengan cikgu Wong ni. Cikgu Wong ni merupakan seorang cikgu yang sangat garang dan tegas.

Semua student kelas Miera ni gila takutlah dengan cikgu Wong ni. Kalau datang kelas memang tak sah kalau tak bersama rotan dia yang telah banyak membelasah tangan pelajar-pelajar.

Rule cikgu Wong ni, kalau buat latihan dan ada salah, dia akan rotan. Satu salah, satu rotan kot. Dah lupa, tak pun kalau bawah pada markah-markah yang telah ditetapkan, maka dia akan rotan. Kalau exam bulanan pon, siapa yang dapat B dan kebawah, memang akan siap kena tibai dengan rotan cikgu ni.

So, kelas cikgu ni memang sangat digeruni. Dah la tu, rotan bukan slow-slow. Memang kuat-kuat sampai berbirat tangan.

Berbalik kepada Miera yang malas ni. Dia dah la lompat kelas, tak tahu pon math untuk darjah 4 tu belajar apa. Tahu-tahu, terus belajar math yang darjah 5. Tapi even cikgu math dia garang macam tu pon dan dia pon banyak tak tahu, dia tetap tak kesah. Kadang-kadang tu, balik je sekolah terus pergi main. Tak ingat yang dalam beg tu ada pembetulan math yang tak dibuat lagi. Tak pe, rileks.

Time malam, nak kalam kabut buat kerja sekolah takut mak marah, sebab petang tak nak buat tapi nak maen je. Jadi waktu paling selamat untuk Miera ni buat kerja adalah time semua ahli keluarganya dah masuk tidur.

Berbekalkan lampu toilet, Miera ni pon duduk la depan toilet tu buat homework dengan berhati-hati dan senyap-senyap. Takut mengganggu yang lain nak tidur. Begitulah sukanya Miera ni bermain sampai kena buat homework tengah-tengah malam pon tak pe.

Pada suatu hari, entah macam mana tah Miera ni boleh tertinggal buku latihan math, tanpa sengaja dan niat. Apa lagi, memang kena sebat la Miera ni dengan cikgu Wong tu. Sampai menangis kot. Begitulah hebatnya penangan cikgu Wong.

Tapi, bila difikirkan balik. Cikgu Wong inilah merupakan pengcungkil bakat Miera untuk lebih terer dalam math berbanding subject-subject lain yang lebih kepada membaca.

Kalau bukan cikgu Wong ni lah, Miera takkan minat kepada subject math. Jadi, walaupon pernah dirotan dan selalu dirotan, cikgu Wong tetap berjasa.

Walaupon power dalam math tu dah tak ada sekarang dalam diri Miera ni, tapi budak Miera ni tetap ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat cikgu Wong. Kalau bukan kerana cikgu, mungkin Miera takkan bergelar student Engineering IIUM.

ni time darjah 6. Cikgu Wong tak ada dalam picture.Tapi miera ada. ;p

Jan 2, 2011

Kronologi 2010 blog MIERA?

Sekarang pagi-pagi dah macam perkara wajib pula tuk update blog. Tapi bergantung kepada connection internet jugak la.

Wireless kat bilik tu, pagi je ok. Masuk petang dan selanjutnya, dah ko.

Tengok blog orang lain, ramai yang buat knonologi untuk tahun 2010 diorang.

Blog ni?

Takde kronologi kot. Bila fikir-fikir balik, tak banyak perkara yang berlaku pon pada tahun 2010.

2010 tahun yang down kot for me. Tak banyak kecemerlangan dan kenangan-kenangan manis yang tercatat.

Apapun, thanks to my friend yang selalu berada disisi. Selang seminggu wajib jumpa kan? haha

tanpa dia ni, memang mati kutu hujung minggu ku.. ;p


Tapi paling penting, sahabat-sahabat lama mahupon baru, thanks coz masih sudi berkawan dengan insan yang kerdil ini.

"Berkawan biar seribu, bercinta biar satu".

Satu tips nak dikongsi hari ini, bila diri terasa malas, sentiasalah bertanya kepada hati sendiri. Sampai bila nak jadi macam ni.

Andai diri liat sangat nak bangun pagi untuk solat Subuh, pujuk lah hati, bangun kejab je, 10 minit pon tak sampai.

Andai diri liat nak study, pujuk lah hati dengan berkata, study kejab je. Dah habis nanti buatlah apa nak buat pon.

InsyaAllah, rajin-rajin berbicara dengan hati mungkin akan memuatkan hati kita lembut untuk berbuat baik dan rajin-rajin.

Semoga tahun 2011 akan lebih baik dari 2010 saya doakan untuk kita semua. ^_^