Oct 24, 2020

Hampir Penghujung 2020

 Aku nak highlightkan, tahun ni merupakan tahun 2020.mTahun yang mana dulu-dulu waktu sekolah, selalu kena buat karangan wawasan 2020. Tahun yang mana dibayangkan telah wujudnya kereta terbang. Kecanggihan teknologi yang mana manusia mungkin dah boleh terbang.

Tapi ada aku apa yang kita dah capai sekarang, no so bad. Manusia dah wujudkan drone, kamera yang boleh terbang untuk merakam apa sahaja. Kita dah ada handphone yang telah banyak memudahkan komunikasi.

Cuma aku rasa perkara yang paling tak disangka kita akan hadap adalah wabak alaf baru. Pandemik covid-19. Wabak yang telah menjengah ke seluruh dunia. Dunia okey. Tak terfikir pon 2020 dari awal tahun, sampai ke sekarang dah end Oktober, kita masih dihantui dengan wabak ni.

Sebagai kenangan, aku nak introduce sikit hal ni di sini supanya satu hari nanti lepas segalanya dah berakhir. Aku boleh baca balik dan ingatkan diri sendiri balik.

Covid-19 ni seingat aku menyerang Malaysia hujung tahun 2019. Tapi keadaan makin teruk dalam bulan 3 yang mana waktu tu kerajaan Malaysia umumkan PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Keadaan ni tak silap aku berlanjutan dekat sebulan juga.

Keadaan PKPB ni, rakyat diarahkan untuk duduk rumah, atau berkurung. Tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan penting termasuk juga pergi bekerja. So sempat la aku merasa dalam 3 minggu kerja dari rumah. Memang totally duduk rumah sewa sahaja tak keluar lansung. Aku ingat, aku keluar 2 3 kali sahaja sebab nak cari bekalan makanan. Itu pon terpaksa melalui beberapa sekarang jalan raya oleh pihak berkuasa.

Kerajaan juga mengisytiharkan moritorium. Yang mana semua Loan ditangguhkan pembayaran selama 6 bulan. Jadi apa yang aku fikir waktu ini adalah ekonomi kita mungkin akan mengalami kejatuhan. Cuma Alhamdulillah, even aku bekerja dari rumah tapi gaji masih berjalan macam biasa. After 3 minggu, company start panggil balik pekerja untuk datang kerja semua ke office. Tapi semestinya keadaan dah tak sama. Few SOP berkaitan dengan pandemik ni start di implement untuk memastikan kita dapat kawal penularan dia.

So  keadaan ni dah berlanjutan sampai sekarang. Actually Malaysia dah start boleh kawal wabak ni dipandangan aku sebab after PKPB dilaksanakan, kes baru menurun sampai kan kes harian jatuh ke 1 angka sahaja. Keadaan makin teruk balik start awal bulan 10 haritu. Yang mana Kementerian Kesihatan inform, ini merupakan 3rd wave serangan. Dah hampir seminggu, kes harian mencecah 800++. Dan hari ini dalam sejarah, kes baru mencecah 1000++.

Aku berfikir juga, keadaan sekarang makin teruk tapi why kerajaan tak implement PKPB semula? Tapi fikir-fikir balik, PKPB semula pon bukan satu langkah yang membantu sebab ekonomi kita baru sahaja nak pulih after impact 6 bulan haritu. Dan yang lebih mengasihankan adalah macam mana dengan orang-orang yang terkesan dengan pendemik ni 6 bulan lepas. Tak sempat nak bangun balik kalau PKPB dilaksanakan semua.

So ini lah serba sedikit apa yang aku boleh coretkan tentang Covid-19 ni. Aku doakan keadaan akan bertambah baik dan rakyat Malaysia keep on strong untuk lawan benda ni.

Tak sangka, 2020 dah nak habis tapi rupanya kita habiskan 2020 ni dengan terpaksa kurungkan diri.


No comments: