Apr 6, 2019

Satu

Assalamualaikum.

Ini merupakan entri satu untuk kamu.
Saat terfikir, hati kamu akan terluka kerana ku sendiri. Air mata pasti bertakung, tak terbayang keperitan, kesakitan, keseksaan yang akan kamu rasakan andai aku menyuarakan satu perkara ini.

Last day, before kita memulakan perjalanan ke Redang. Tiba-tiba ibu bersuara kepada ku, berkenaan masa depan. Berkenaan sesuatu yang akan meremukkan hati kita berdua.

Ibu bagaikan merayu agar aku berfikir tentang masa depan ini. Rintihannya, ingin melihatku bersama insan yang dia sungguh berkenan untuk menjadi pendampingku.

Aku cuba memujuk, berikan aku masa. Ibu namun seperti tidak bersetuju. Mahu di segerakan, tahun ini juga katanya.

Aku buntu. Yang mampu dan terdaya aku katakan, berikan aku masa. Setahun lagi.

Maaf, hanya setahun yang mampu aku beli.

Dan ini juga dalam kepayahan.

Kamu...
Aku benar-benar memohon maaf.
Tak terniat dihati untuk membiarkan kamu berasa sakit.
Aku tahu, andai kamu boleh menerima berita ini.
Disebaliknya akan tetap terasa sakit tak terperi.
Ibarat diseksa ketika hidup.
Hati ibarat diramas.

Kerna aku pernah merasa sebegitu satu masa dahulu.
Dan sakit itu tidak pernah padam sehingga kini.

Aku buntu.
Maafkan aku.

No comments: