Sep 13, 2016

Alhamdulilah

"Walau genggamannya kuat, tapi bukannya milik kita, akan terlepas jua"..

No matter how strong i am holding on you..

Aug 21, 2016

Malam ini 21816

Hari ini, atau lebih tepat malam ini.
Kau cukup aneh sifatnya.

Aku sememangnya bukan nujum yang mampu menafsir tingkah mu.
Aku hanya mampu membiarnya.

Risau andai aku cuba-cuba meneka, tersilap teka.
Tersalah memberi bicara.

Tidak kah kau tahu.
Aku cukup sakit ketika ini.

Hati ini, tak tertanggung ngilunya lagi.

Maaf andai aku tidak jujur.....

Aku cuma tidak mahu mengganggu.

Jul 9, 2016

Someone Like You

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead".

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Jul 7, 2016

Cemburu

Cemburu yang pernah kau bayangkan,
aku sudah merasainya.

Sungguh, berat untuk aku melawannya.
Melawan emosi yang liar.
Cuba untuk memesongkan fikiran baik ku.

Hidup

Hidup dengan realiti kini, umpama belajar menelan kepahitan peria.
Bermanfaat, berkhasiat, tetapi pahit.


Untuk memastikan kita terbiasa dengan kepahitan peria, kita kena belajar menerimanya ditekak kita hari demi hari.


Begitu lah realiti bagi aku kini.


Aku perlu hadap, terima. Input ke dalam kepala ku hari demi hari dengan fakta realiti.


Agar lama kelamaan, hati aku teguh. Terbiasa dengan realiti walaupon penuh kepedihan.


Realiti ini tetap aku perlu terima dengan rela mahupun tidak.


Jadi, tiada cara melainkan aku perlu berhadapan dengannya.


Apalah guna manusia, andai sentiasa lari dari realiti dan masalah.


Hari demi hari, aku perlu bertanya, menerima input dari dia. Agar aku sentiasa beringat dengan realiti.


Agar aku tidak leka dengan dunia fantasi yang kami cipta.


Aku sedar, realiti yang pahit itu aku perlu telan sendiri.


Supaya satu hari bila di tiada disisi lagi, aku teguh menerima peria itu di tekak ku.


Tanpa perlu rasa takut. Tanpa perlu rasa pahit.

May 28, 2016

Giving Up

Being apart from you even just for a day.
Make me loosing my self.

Often thinking of giving up.

Giving up in holding on your arm, which is not mine.
Never be mine.

I am just being strong by looking at you everyday.
Looking at your smile that give me hope.
Just like air for me to breath.

Without it, I'm just like a lying patient on the bed. Hopeless
With a sickness with no medicine.

Every second of my thought nowadays without you by my side.
Is giving up.

Can I just walk away?

May 21, 2016

M.I.M.P.I

Pagi ini.

Aku terjaga dari mimpi.

Mimpi yang menyedarkan aku tentang realiti.

Realiti yang cuba aku lupakan.

Terjaga dari mimpi, sementara kau masih disisi.

Aku termenung sendiri.

Tidak pasti apa yang harus aku rasakan.

Mungkin, sudah tiba masa untuk aku merasa sepi kembali.

Mungkin, aku harus pergi.

Mar 20, 2016

Menumpang?

Berkongsi?

Dah lama tak rasa macam ni.

Sampai kadang-kadang terfikir sendiri.

"Oh, macam ni rasa dia".

Bila mana kita pasti, cinta dan sayang kita tak akan terbalas.

Tapi kita masih merisikokan diri untuk meneruskannya.

Sakit bila mana kita tahu, kita hanya menumpang.

Menumpang kasih orang.

Tapi kita merisikokan diri, untuk merasainya.

Untuk tetap merasa bahagia, aku tetap pilih sakit ini.

Satu yang aku pinta, jujur dalam rasa hati.

Feb 21, 2016

Di sini, pergi

Izinkan aku.

Untuk pergi,
Pergi yang perlahan,
Tanpa kau sedari.

Akan aku melangkah sunyi,
Agar kau tidak merasa,
Hilangnya aku.

Agar kau tidak sedari,
Tiadanya aku, suatu hari.

Namun...

Izinkan juga aku.

Untuk terus berdiri.
Disini, disisi hati.

Agar hatimu ini,
Tidak merasa,
Sunyinya, tanpa aku disisi.


Maaf..
Izinkan aku untuk pergi.
Tapi tetap terus dihati.




Feb 13, 2016

R.A.S.A

"Adakala, kita terlalu sibuk menjaga hati sendiri.
Sampai kita terlupa ada hati-hati yang perlu kita lihat dan jaga."

Pernah rasa?
Macam mana suatu ketika kita rasa berbicara itu satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan?
Pernah rasa?
Bila mana sepi dan berdiam diri itu merupakan sesuatu yang paling buat kita selesa?
Pernah rasa?
Tatkala diri ingin pergi jauh. Jauh dari orang-orang yang kenal kita?
Pernah rasa?
Kekeliruan dalam diri yang buat kita sudah hilang rasa pada manusia?

Suatu waktu, aku pernah kecewa.
Hilang rasa manusia.
Hati umpama mati.
Jiwa seperti beku.

Semakin bahaya, bila aku selesa begitu.
Diri terasa lebih tenang.
Diri terasa lebih senang.
Tiada lagi jiwa yang perlu aku peduli.

Tapi, suatu ketika.
Hadir satu persoalan.
Sampai bila?

Sampai bila perlu kau bekukan nikmat yang diberi pada setiap manusia itu?
Sampai bila mungkin kau mampu hidup tanpa sebarang rasa?
Sampai bila mahu kau dera rasa kau sendiri?

Aku tahu, manusia begitu kerana ingin menjaga hatinya.
Ingin melindungi jiwa dan hatinya dari kecewa.
Supaya dikemudian hari, tidak lagi dirasa sakit itu.

Namun.
Perlu kita ingat.
Tanpa rasa sakit kecewa, kita tidak akan belajar lebih menghargai.
Tanpa rasa pedih dijiwa, kita tidak akan mengenal erti bahagia.

Hidup, ditakdirkan penuh berliku.
Mana mungkin jalan cerita menarik andai tiada cabaran dan kekecewaan.

Untuk aku, jangan pernah berhenti merasa.
Jangan pernah takut untuk kecewa.
Percaya lah, kecewa hari ini pasti membawa bahagia baru untuk hari esok.

Sakit itu, akan tetap sentiasa ada andai kau lari sejauh mana sekalipon.
Jadi, berhentilah berlari.
Namun jangan pernah berhenti merasa.


Jan 24, 2016

Siput

Satu malam, terlihat seekor siput.


Satu persoalan keluar.

Apa hikmah Allah ciptakan siput berjalan lambat?

Setiap ciptaan Allah bersebab.

Jadi, siapa boleh menyingkap hikmah Allah yang ini.


Nasi



Apa beza dari segi kesihatan antara nasi kukus dan nasi biasa?

Soalan ini ditanya kerana nasi biasa dimasak menggunakan air, manakala nasi kukus juga dikukus menggunakan air. Jadi, bezanya?

Jan 10, 2016

Erk, baru perasan.

Tak buat lagi post untuk 2016.

Okey.

Harapan 2016 ni tak banyak.

- Hati lebih tenang.

- Badan lebih sihat.

Tu sahaja.

Cukup untuk lahiriah dan batiniah.


Padan muka

Mungkin dulu aku terlalu mengikut.

Sampaikan terlalu penat.

Jadi sekarang, aku dah tidak mahu.

Aku nak jalan sendiri.

hehe.

Padan muka kau.




#kadang-kadang nak je cakap macam ni.

Bomoh

Aku syak, aku dah kena bomoh.











Kena bomoh dengan hantu pantai mungkin.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

-_-!!!

Perasan ade orang nak bomoh kan kau.

p/s : walaupon laut itu sentiasa bergelora, percayalah ia mampu memberi ketenangan. Walaupon kau lihat seseorang itu tiada apa-apa, percaya lah dia pemberi manfaat kepada orang lain.

Pengajaran : Jangan mudah membuat anggapan terhadap orang lain dalam hidup ini.

Jan 2, 2016

Melangkah

Aku nak memulakan langkah baru.

Sebagaimana aku mampu untuk bangkit melangkah semula seperti sebelum-sebelum ini.

Itu bukan lagi menjadi perkara yang asing untuk aku.

Aku akan tetap terus melangkah.

Walaupon aku tahu kali ini merupakan langkahku yang paling goyah.

Aku perlu lebih kuat.

Lebih ampuh.