Dec 31, 2012

Fasa itu akan berakhir

Seperti biasa, mesti time study week and exam baru rasa nak update blog dengan banyak nya.

This year kurang sikit, sebab nye balik rumah member.

So, kurang la sikit perhatian pada internet tu.

Tengah-tengah merapu dekat twitter, suddently tersedar.

Adik-adik, cousin-cousin yang dulu rasa kecil-kecil lagi, semua dah ada akaun twitter and facebook.

Which mean yang diorang bukan lagi kecil.

Tambah-tambah lagi masing-masing dok update status sambil speaking-speaking.

So, rasa macam..... Wah, dah maju adik-adik aku ni.

Dulu-dulu yang time balik kampung, masing-masing dok berkejaran main pondok-pondok, kini dok main handphone melayari laman sosial.

Tapi, satu perkari lagi buat diri ini tersedar ialah...... wah, dah tua aku ni.

Sebelum ni, tak banyak azam istimewa untuk awal tahun melainkan semuanya related dengan study dan pelajaran.

Tapi kali ni, azam macam tu perlu berubah. Memandangkan tahun depan, InsyaAllah. Akan menutupi zaman prasiswazah. Zaman bergelarnya student.

Saat membuka blog ini juga, terlihat entry-entry dari sahabat sebaya yang dah punyai anak dan keluarga.

Terfikir jugak, bila masa ini akan tiba untuk diri ini. ^^

InsyaAllah, semua itu telah Allah aturkan.

Untuk melangkah keluar dari zaman student ni, adalah satu perkara yang amat aku takutkan.

Yang mana, perlu komited memikul tanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain.

Berdebar, seram, excited. Semua tu bercampur menjadi satu perasaan yang tak tahu nak ditulis sebagai apa.

Yang penting, buat terbaik untuk final year ni.. hehe

Doakan ^^



Dec 21, 2012

Kerna 3 huruf itu.

Kebenarannya.

Hari-hari menjengah ke sini.

Namun tiada apa yang terzahir.

Mungkin kerna tulisan-tulisan itu terpaksa dizahirkan ke kertas lain.

Yang punya 3 huruf.

Yang menjadi mimpi igauan ngeri sesetengah pelajar tahun empat.

Dan kali ini juga.

Masih tidak berdaya untuk menzahirkan sesuatu disini.

Sekadar melalukan diri.

Tetapi mahu meninggalkan jejak.

Salam final exam kawan-kawan.. ^^

sapa-sapa tahu ini haiwan namanya apa?

Dec 13, 2012

Terperosok dihujung lorong

Kadang-kadang kita akan rasa semakin jauh.

Semakin dilupakan.

Semakin ditinggalkan.

Semakin dipinggirkan.

Hadirnya insan baru dalam hidup, kadang-kadang membuat diri kita seolah-olah terperosok di hujung lorong.

Terbuang.

Kata sayang yang diucapkan beberapa minit yang lalu, kini terbang melayang tanpa sedar tatkala insan baru hadir.

Yang sedar? Pastilah yang terterbang itu.

Ibaratkan ditiup-tiup kesana sini.

Tiada arah tuju.


Dec 3, 2012

Money Maker

Teringat balik zaman-zaman tengah giat try to learn bout internet marketing.

Google sana sini, baca ebook itu ini.

Well, aku memang seorang yang suka explore semua benda sendiri dan senyap-senyap.

Affiliate, paid survey, blog marketing, advertisement, e-book, website dan lain-lain.

Banyak baik buruk yang dah dapat. Pengalaman kata orang.

Duit habis pon salah satu.

Tapi tah kenapa, tak ada la rasa menyesal.

Maybe sebab dapat ilmu.

Even tak guna sangat buat masa sekarang, tapi sekurang-kurangnya ilmu tu aku dapat.

Dan, tak ada la tak member pulangan lansung.

Setakat seumur hidup ni, ada la dalam dekat 2 ratus lebih aku dapat dari internet. haha

At least, pernah ada hasil kan?

Cuma benda tu tak berterusan.

Aku rasa kunci kalau nak berjaya dalam pendapatan online ni, kena rajin.

Hehe. Tapi aku tak rajin.

Bila dah habis demam explore tu, terus senyap.

Tapi ada 2 lagi benda yang aku teruskan sampai sekarang.

Churp-churp dengan ipanelonline.

Tapi time-time teringat je lah. haha

Bukan konsisten hari-hari nak belek benda alah ni.

Time-time bosan.

Point aku nak cakap, kalau kita jumpa jalan yang betul untuk pendapatan online ni, memang akan mendatangkan hasil.

Tu je. hehe ^^