Apr 24, 2012

Junjung kembali piala itu.

Emosi itu selalu kalah.

Lelah menunjangkan piala kesabaran.

Gagal.

Rebah.

Tatkala panji kesabaran dipasakkan.

Angin kuat akan hadir menguji kekuatan tegaknya.

Dan kali ini juga, ia rebah seperti kali yang lain.

Emosi engkau tidak stabil.

Kau terganggu oleh sesuatu.

Mengapa?

Mengapa membiarkan emosi mu kalah begitu sahaja?

Emosi kamu lemah?

Begitu mudah terjatuh, tatkala ditiup angin.

Kau tidak mahu menjadi lemah begitu kan?

Tidak mahu terganggu dengan perkara yang remeh.

Oleh manusia yang ramdomnya sukar dimengerti.

Yang hadirnya, sekadar untuk melihat tegak panji sabarmu.

Dan jika perlu, menjentiknya panji mu itu untuk melihat kekuatannya.

Dan kau, pasti tidak mahu manusia begitu berjaya.

Berjaya dalam menumbangkan panji mu itu.

Mungkin tali keimanan kau masih tidak cukup.

Untuk menegakkan panji sabar itu.

Carilah tali itu.

Pastikan cukup untuk menggagahkan kibaran sabarmu.

Supaya mampu melindungi dirimu.

Melindungi dari manusia-manusia yang mengganggu emosi mu.

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yg sabar. (yaitu) orang-orang yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” [Artinya: Sesungguhnya kami adl milik Allah & kepada-Nya-lah kami kembali. ] Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna & rahmat dari Tuhan mereka & mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. 
(Al Baqarah: 155 – 157)


rindu senyuman yang tiada masalah itu.. ^^

p/s : aku tahu kau kuat. kumpulkan kembali kekuatan mu dahulu.

Apr 18, 2012

2 hari 2 malam, Pantai Morib

2 hari 2 malam yang tenang walaupon penat..

14/4/2012.. Pagi....

Menuju check point pertama dari Camp El-Azhar

Perjalanan pertama merempuh paya bakau


Halangan pertama, paya berselut

Tiba di check point pertama, lunch.

Menu : nasi dan ikan goreng

Jama' dan qasar utk Zohor dan Asar.

Hujan rintik-rintik

Taklimat di checkpoint pertama.

Menuju check point ke 2. Halangan kedua, selut y lebih dasyat.




Tiba di pesisir pantai.


Menyusur pantai dengan kedalaman air paras pinggang.



Situasi untuk menyelamatkan beg dari kebasahan mungkin?




13/4/2012.. Petang..

Tiba ditempat yang dituju. Membina shelter dan unggun api.



Mengorek perigi untuk bekalan air bersih.

Shelter y confirm akan bocor jika hujan turun.
14/4/2012.. Pagi..

aktiviti 1 : silent signal

Memanah.

sarapan pagi y mewah? megi kari + telur.

Ubi kayu + ubi keledek bakar.
p/s : gambar dipilih secara rawak.

Apr 13, 2012

Aku vs mereka

Aku hanya tidak mahu menjadi sahabat mu yang lain.

Apabila kau berbuat kesalahan, mereka mengatakan "perkara biasalah tu" sebelum menegur.

Apabila kau bertanya "cantik tak?", mereka berkata cantik walaupon kau kelihatan sedikit berisi.

Apabila kau menjengkelkan, mereka melayan dengan biasa tetapi hati sebaliknya.

Apabila kau bersifat keanak-anakkan, mereka berkata kamu comel.

Aku mahu menjadi sahabat mu yang,

Apabila kau berbuat kesalahan, aku berkata "itu salah, lain kali jangan buat lagi".


Apabila kau bertanya "cantik tak?", aku berkata "berisi tetapi masih cantik".


Apabila kau menjengkelkan, aku berkata "kau over reacting hari ini.".

Apabila kau bersifat keanak-anakkan, aku berkata "kau childish".

Kerana aku tahu,

Aku perlu berterus terang dengan kamu, untuk kamu tahu diri kamu yang sebenar.

Kerana aku tahu,

Telah ramai antara mereka yang memberikan jawapan yang kamu mahu.

Telah ramai antara mereka yang telah menjaga hati kamu.

Maaf andai "terus terang" yang aku sampaikan ini menyakiti hati kamu.

Menyebabkan kamu terluka.

Aku hanya mahu menjadi kawan kamu yang ikhlas, yang boleh berterus terang dengan kamu, yang jujur dalam memberi pendapatnya

p/s : pergi dulu~

Apr 10, 2012

Kamu itu..

Kamu pulang bercuti.

Dari suaramu dihujung talian, jelas kedengaran kekecewaan.

Bersabarlah.

Mungkin Allah ingin mengajar kamu erti kehidupan.

Ingin menunjukkan kepada kamu, manusia yang berbagai ragam.

Mendidik kamu menjadi lebih bersabar.

Apa yang berlaku, itu semua telah ditetapkan.

Anggaplah ia sebagai satu persinggahan untuk lebih matang dalam menjalani kehidupan.

Anggaplah mereka sebagai satu tembok yang perlu kamu usaha untuk merobohkannya.

Dalam menuju kepada Allah mu yang satu.

Fitnah itu sememangnya mainan manusia.

Pandangan serong itu juga menjadi pandangan biasa manusia.

Mungkin mereka lupa, segala kebaikan yang pernah kamu sampaikan.

Keperihatinan yang engkau pernah berikan.

Kerana mereka itu manusia biasa.

Seperti kita yang biasanya alpa.

Jadi, mungkin perlu kita lapangkan dada?

Berdoa agar terus hidup dalam cahayaNya.

Sentiasa mengingati ujianNya.

Dan mendoakan mereka juga bersama dibawah naunganNya.

Biar buruk dimata manusia, asalkan baik dimata Allah.




p/s : untuk kamu sahabat. Moga kamu sentiasa tersenyum. ^^

Apr 7, 2012

Antara hitam dan putih

hitam dan putih sungguh berbeza dimata, tetapi sukar dibezakan dihati manusia.




Pernah rasa dalam hati atau akal, pertembungan antara kuasa baik dan jahat?


Bila mana rasa macam ada peperangan berlaku dalam diri sendiri.

Mungkin orang-orang psikologi menggelarnya konflik dalaman?

Tersepit antara kemaafan dan kekecewaan.

Jika maaf diberi, mungkin lain kali akan diperbodohkan untuk kali ke 3 4 5 dan 6?

Jika kecewa kekal disini, mungkin hati tidak akan mencapai ketenangan.

Gelisah.

Mungkin secara realiti, yang selalu dilihat dan yang selalu diperdengarkan, maaf itu lebih baik.

Ya, maaf itu akan diberi.

Namun, kecewa itu tidak akan pergi.

InsyaAllah, maaf ini akan diringi dengan doa, moga kau menjadi lebih baik dikemudian hari.

Dan doa ini, ikhlas dari hati.

Apr 4, 2012

Kotak itu..

8.05 am.

Menuruni anak tangga satu persatu sambil mempercepatkan langkah. Hari ini turun awal dari biasa sebab khabarnya ada kuiz. Jadi kelas akan penuh, kena berebut tempat duduk.

Tiba-tiba terlihat kotak itu. Jenguk-jenguk isi didalam. Wah, sungguh comel. Tapi nanti lah kacau, kena cepat ke kelas.

11.30 am.

Melangkah menuju blok, terlihat lagi kotak disitu. Masih sama keadaannya, tidur dengan lena.

Tapi tak boleh kacau juga lagi, kena cepat ke bilik. Kepedasan makan ikan keli Mummy di KAED tadi. Pedas yang teramat. Jalan dulu~

1.45 pm.

Melangkah menuruni anak tangga dengan cermat. Terlihat lagi kotak itu. Okey, lambat lagi kelas ni. Sekarang boleh la kacau.

Lena didalam rumah y dibina khas

Berpelukan erat ^^

Comel kan?

Berterima kasih dengan orang yang telah menyediakan kotak untuk anak-anak ini. Moga dijaga dengan baik ^^