Feb 28, 2012

Production Line dan Minah Kilang

Kadang-kadang kita tak sedar, setiap tindakan yang kita buat itu akan membawa sesuatu dalam hidup kita satu ketika nanti. Jika tidak sekarang, mungkin 20 atau 30 tahun akan datang.

Setiap kali belajar mengenai production, minda ni akan terbayang pengalaman lepas SPM dulu. Masa-masa bergelar "minah kilang". Bila terbaca perkataan production line, tergambar electronic motor yang perlu melalui setiap submesin yang beratur dalam line tu. Mungkin, ramai yang susah nak faham apakan y direpekkan ini. Sebab tak semua orang pernah masuk kilang dan bergelar "minah kilang".

Tak sangka, pengalaman dulu memberi banyak bantuan dalam pembelajaran hari ini. Teringat waktu tu, kerja macam orang gila. Kerja tak nampak matahari saye gelarkan. Pagi gelap-gelap dah masuk kilang, petang matahari dah bersembunyi, baru nak keluar kilang. Berulang-ulang selama 3 bulan.

Waktu tu, memang tak terfikir lansung yang kerja ni akan bawa apa-apa pengalamn yang berharga. Nama pon "minah kilang". Tapi sekarang dah sedar, kalau tak kerana bergelar minah kilang tu, mana mungkin ilmu-ilmu yang nak dituntut ni mampu dicerna dengan sempurna. Mungkin production line yang terbayang, lain dari yang realiti sebenar. haha

Well, ini hanya satu contoh untuk menggambarkan betapa setiap perkara yang berlaku, mempunyai hikmah tersendiri. Yang kadang-kadang kita tak sangka pon. Allah Maha Mengetahui. So, bila mana diuji dengan perkara-perkara yang kita tak suka, atau rasa susah, ingat yang pasti ada hikmah disebaliknya.

p/s : esok quiz manufacturing automation..

Feb 22, 2012

Wordless Wednesday [Nombor yang cantik]

Nombor yang cantik bukan bermaksud nombor bertuah.

Boleh tak lepas ni, dah tak nak ambil peduli?

Fed-up + bosan + penat. (hati kecil berbisik)

Ini ujian + bersabar + tawakal. (hati besar nak bisik jugak)

Feb 15, 2012

Kawan baru....

Dua bulan lepas.....

Saye dapat kawan baru.....

Kawan yang kadang-kadang saya rasa berguna dikala saye susah...

Tapi, kadang-kadang kawan yang saye rase rimas sebab asyik kena bersamanya......

Saye terfikir juga.....

Selamanya ke saye kena bergantung pada kawan saye ni.....

Tapi, saye still rase saye tak akan senang hidup tanpanya....

Demi kebaikan bersama.....

Saye dah fikir masak-masak......

Kami perlu berpisah......

Saye tak boleh selamanya bergantung padanya......

Saye kena mencari jalan untuk hidup berdikari.....

Saye harap, kawan-kawan yang lain doakan saye berpisah dengannya....

Bukan saye tak sayang, tapi......

Saye kena juga fikirkan diri saye sendiri....

Kadang-kadang kite akan terpaksa jadi selfish kan?

Maafkan saye kawan.....

kawan.....

p/s : saye tak kan pernah buat mcm ni dekat kawan-kawan saye dalam real life.. ^^

Feb 7, 2012

There's a truth behind a cry, There's a cry behind a lie



A red rose cheeks
A drop of tear to weep
Reminds me of you
A long side a sigh
A long side of cry

A soft summer rain
A smile that hides a pain
Why should you be ashamed
'Cause in every life a little rain must fall
And you are my friend
Charmingly sentimental brain

There's a truth behind a cry
And there's a cry behind a lie
On every words that came out strong
Just let them go and let's get along
On every grudge and every fight
I miss you all day and night
Have you had your time off today
To drink a cup of tea and smile away

Sometimes I wonder will I ever see you
Without all your game plan
When all you have is nothing but a pure bliss

I will wait that day
When you can find your way
Out of this maze of love
And you can laugh to see cries and lies
'Cause you know better than me
Only the truth will set you free

There's a truth behind a cry
And there's a cry behind a lie
On every thought that came out wrong
Just learn from it and please stay strong
On every grudge and every fight
I miss you all day and night
It's not easy to understand
But you must hold on your stand

I know you know
You know I know

There's a truth behind a cry
And there's a cry behind a lie
On every thought that came out wrong
Just learn from it and please stay strong
On every grudge and every fight
I miss you all day and night
It's not easy to understand
But you must hold on your stand

There's a truth behind a cry
There's a cry behind a lie
There's a hope on every fright
There's a light on every night

Feb 6, 2012

Kejam vs Sabar

Kejam?

1 msg recieved - "Saya tahu saya dah buat salah, saya betul-betul minta maaf. Janji, lain kali tak buat lagi."

"Maaf itu kali ini bukan untuk diberi, tapi untuk dicari. Saya dah tak mampu nak bagi kemaafan. Tapi saya mendoakan awak dapat mencari kemaafan awak." - send

Kadang-kadang manusia terlalu kejam dalam menghukum. Tapi, kadang-kadang kita tak sedar, kenapa manusia itu boleh menjadi sekejam itu.

p/s : dalam persahabatan, sekali lagi diingatkan, kepercayaan dan kejujuran sesuatu yang penting. Dan kepercayaan itu pula diperoleh melalui kejujuran. Bukan lah semudah meminta "awak, tolong percayakan saya."


Sabar? (sumber)

Kesatlah linangan air matamu,
Tangisan dan esakan itu, harus segera dihindari.

Firman ALLAH (maksudnya)

“ Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

(Surah Ar-Rum (30) : 54)

Usah biarkan dirimu yang lemah ini terus menerus berada di lembah kelemahan. Jangan biarkan hari- hari yang berlalu ini berlepas pergi dengan tangisan, esakan dan teriakan keputusasaan yang melemahkan jiwa, semangat dan tekadmu.

Di sebalik kelemahan yang Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam.

Firman ALLAH (maksudnya):

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali-Imran (3) : 139)

Feb 4, 2012

Cuti dah habis bro~

Cuti sudah habis bro.. haha

Tak sampai 5 hari lagi cuti dah nak habis. Honestly, memang rase sekejab.

Semua gara-gara final exam haritu habis hari last.

Jadual sem depan?

Urgh, Jumaat yang padat. Kelas sampai ke 7 malam.

Ayat nak sedapkan hati, biase la tu, dah 3rd year kan? haha

Kalau dulu time 1st and 2nd year, Jumaat tu dah masuk dalam senarai hari holiday.

Tapi kini tidak lagi. Jumaat hari yang paling full berbanding hari lain. 8.30 pagi sampai 7.00 malam. Break time sembahyang Jumaat.

Well i guest i should prepared by now.

Dengan kemungkinan kelas hari Isnin start 8.30 pagi. Owh, my monday blues sangat kuat.

Kena berlatih dari sekarang nampaknye.

Hope, semester baru ni dimulakan dengan penuh semangat!

Sesungguhnya, ingin sekali belajar seperti insan dalam kata-kata ini :

"Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada pada seluruh penat dan kesulitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya selalu memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari. Jika berhadapan dengan buku dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia."(sumber)

Tetapi bagaimana nak tercapai sehingga tahap ini? anyone can guide me?

kembali pada bilik yang bersepah itu ^^


Moga Allah beri dorongan. Amin~

Feb 2, 2012

Satu, Dua, Tiga.

First

No more shoutout box in this blog. Sebabnye 99% yang tinggal jejak disitu adalah spammer semata-mata. Kalau awal-awal dulu ada la juga blogger-blogger lain yang saja tinggalkan jejak untuk jalinkan persahabatan sesama blogger, tapi kini tak lagi. Jadi, rasenye better buang je.

sumber : I Love Islam


Menambah lagi perisa nak buang, bila ada jugak yang letak iklan berunsur 18+. Blog ni blog tak cukup umur ye. Baru berusia setahun dua. Bayi lagi kot. hehe

Second

Tak pernah kesah dah blog ini mempunyai pembaca atau tidak. Yang penting, saya akan terus menulis. Kalau dulu, selalu terfikir, tulis macam-macam tapi ade ke orang nak baca.

Tapi sekarang I'm free. Bebas nak menulis atau tidak, bebas nak menulis apa sahaja. Orang nak baca atau tidak, itu bukan pilihan saye. Yang penting, saye menulis secara ikhlas sekadar untuk bercerita dan meluangkan waktu.

Third

Fact yang terpaksa dihadapi dengan penuh tenang, saye hanya akan tahu resut exam sem lepas time hari first sem 2 nanti. Haish, menyesal pon tak guna kan? Dulu-dulu tak nak fikir. So, harap-harap semua result lepas, sebab nak kena pre reg. Even satu je lagi subjek tak dapat iaitu EAP, tapi rasanya memang tak ada kekosongan pon.

Ikutkan, nak balik kejab UIA harini bayar saman and tengok result, tapi mestilah tak kan. Home is everything. haha. So, memang tak ada choice, akan balik puchong hari Isnin, Selasa baru masuk UIA. Rabu la baru office bukak kan? So, panjang lagi perjalanan tu.

Teruskan bertenang~

p/s : entry tertangguh.. ^^