Dec 19, 2011

Dinner


This is my dinner.. Nampak sedap kan? Guess what is it inside?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

It is 2 keping roti canai!! hehe

Comel la pak cik cafe ni. Bungkus roti canai dalam box yang cantik.

Tak pelah, i like!! ^^

Selamat menjamu selera semua.

Short stories about girls ^^

Short stories about girls..

Tarikh : Tak ingat
Tempat : Flaming Steamboat.
No participant : 9 gadis-gadis melayu..(Ella, Paezen, Eja, Yana, Mursyidah, Hani, Wawa, Ecah, me)

8.15 pm : Ketibaan rombongan k.Yong

time ni actually semua orang dok sorok muka lapar. Ada yang sanggup sehari tak makan nak kosongkan perut. ha2




8.30 pm : mula upload pinggan-pinggan.


food yang datang dari sea.

ni food datang dari langit kot.. Ada bintang siap..

??.?? pm : Tak tahu bile start makan. Tibe-tibe pinggan kosong dah bertingkat-tingkat.

bilangan pinggan kosong ni just suku dari yang sebenar.

aiskrim yang Wawa dengan Hani makan sampai 2 3 mangkuk.




9.30 pm : Perut masing-masing dah penuh ni. Tak larat nak senyum.




Janji perut penuh. Jawab la sendiri dengan bil ni. haha
9.45 pm : Masa untuk pulang.

Cantik tak kereta sewa kitorang?
Ini wajah sebenar camera woman sedang mintak makanan.. hihi




Pulang dengan hati yang senang dan perut yang kenyang. Thanks for the sweet moment friends ^_^

Dec 16, 2011

Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Pengajian Tinggi mulai diagihkan.

Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baucar_Buku_1Malaysia_Mula_Diagih.html

Setelah bace sedikit petikan dari berita ni. Apa yang saye faham adalah:

  1. Baucer ni memang tak akan sekali-kali dapat ditukarkan kepada wang tunai melainkan nak jual kat orang la. (kalau ada yang nak beli)
  2. Baucer ni boleh tebus hanya di kedai yang berkenaan. (hope banyak kedai spt kedai buku dalam U tu sendiri)
  3. Baucer ni jugak mempunyai tempoh sah. Maksudnya, hanya boleh guna untuk certain waktu. Kalau tamat tempoh, dah tak bernilai la maksudnye kan?
  4. "Mereka yang layak - pelajar melanjutkan pengajian dalam tempoh Januari hingga Mac 2012." - yang ni pula maksudnye pelajar yang baru sahaje ke? Tapi kalau lihat pada perkataan "melanjutkan pengajian", maksudnya student yang tengah belajar pon dapat la kan? hopefully ^^. Tapi rasenya macam tu lah.

Walaupon rase sedikit kecewa sebab tak dapat nak tukar dengan wang tunai (hehe), tapi rasanye perlu juga bersyukur dengan bantuan kerajaan ni. Terima kasih Malaysia. ^^

Dirinya Sebenar

Lirik Lagu Dirinya Sebenar -James Baum

Mungkin kerna tiada kepastian,
Dalam menuju ke dewasaan,
Liku liku hidup, owoh oo oh,
Mungkin Kerna telah terduka,
Waktu sedang memahami cinta,
Bukan yang dimahu, Ia bukan lagi pilihan,

Bukan lagi satu pencarian,
Tidak lagi mengejar jawapan,
Inilah pendirian sebenar, ow oo oh owh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula.....

Walaupun hanya pandangan mata,
Sentuhan harus diambil kira,
Inilah hakikatnya,

Usah beri pandangan berbeza,
Usah kecekan untuk bertukar,
Aku la aku engkau la engkau owh ooo owh oo woh oh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang dimahu hanyala,
Untuk hatinya dibuka semula.....

owh owh owh ohh.........

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula..

Sumber lagu, cerita "Aku Bukan Tomboi"..
 


Cerita ni tetap best even kalau pengarah keluarkan watak dua orang penkid tu. Tak ade effect pon dalam cerita rasenya. Thumb up!!

Rating : 4/5..

Dec 11, 2011

Lelong-lelong

Di weekend hari yang bosan~~

Nak tulis entry pon tak ada idea.

Hurm, buka kedai la kejab.

Agak-agak, kalau saye nak jual handphone Nokia X3-02 Touch n Type saye ni, ade orang nak tak? hehe


Baru pakai 3 bulan kot. Still dalam waranty pulak tu.

Beli pon memang ori dari Nokia Center. Zitron punya barang.

Warna pon chanteq.. Lilac or diolahkan oleh saye sebgai warna purple.


Lelong RM450.. ke RM400??

hahaha

Cepat-cepat.. Sape cepat dia dapat.

Dec 10, 2011

Contengan Jalanan

Baru je habis baca 1 buku, Contengan Jalanan dari Hlovate.

Mengisahkan pelajar-pelajar muzik dan seni dari sebuah kolej. Watak utama Fend dengan K square.

Saye mula baca dengan part K square, yang mana ni actually part II. Jadi, time part ni pening-pening sikit.

After that baru baca part I, iaitu watak utama Fend. Time kat sini baru dapat faham apa sebenarnya yang berlaku dan keseluruhan cerita contengan jalanan ni.

1st, novel ni okey sebab dengan cara yang tak sengaja, pengarang tu berjaya membawa kita sebagai pembaca sama-sama berfikir mengenai Allah. Purpose hidup kita ni untuk apa sebenarnya.

2nd, bahagian depan untuk dua-dua part, dipenuhi dengan term-term muzik, banyak benda yang saya tak faham. Jadi, banyak la yang saya skip bahagian ni. Mungkin bagi mereka yang tahu pasal muzik underground, novel ni okey kot bagi diorang.

Satu pusat yang menjadi main point buku ni adalah The Eleventh hour.

"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"


Dec 6, 2011

Camping at Teratak Riverview


weekend lepas berkesempatan pergi camping untuk recreation skill di Teratak Riverview.

Tapi nak bercerita pasal keseluruhan camping tu punya aktiviti, masih kekurangan idea.

Jadi, sekarang just nak story pasal 4 game berasaskan air yang saya main sepanjang Ahad pagi before balik.

1) Water tubing.

Ni game yang paling best dalam banyak-banyak ni. Duduk atas pelampung dan biarkan pelampung hanyut dalam air sungai yang berombak-ombak dan penuh dengan batu. Dah jadi macam sehelai daun yang jatuh kedalam air dan dihanyutkan oleh arus deras. Wohoo.. Memang best la bila part langgar batu sane-sini, berpusing-pising tak tentu hala. Rase macam nak main 10x.




2) Practical First Aid.

Aktiviti ni tak ada yang manarik sangat melainkan seorang dipilih untuk menjadi pesakit dan melakonkan sakit-sakit yang dialami tanpa reveal kan dia sakit ape. So, ahli kumpulan kena teka la dia ni sakit ape. Dan kemudian suggestkan rawatan yang sepatutnya. Lebih kepada satu penambahan ilmu pengetahuan untuk game ni. Satu info berguna yang saya dapat disini adalah, kalau lebam jangan sesekali tuam dengan kain panas. Ini merupakan konsep yang sama sekali salah tetapi ramai yang tak tahu. Sebaiknya, tuamkan dengan ais/benda sejuk tapi jangan secara direct. Lapik kan dengan kain.

3) River crossing – rope assisted.

Aktiviti yang memerlukan peserta merentas sungai dengan air yang sangat deras menggunakan tali. Time tengok peserta lain buat, memang nampak air macam slow je. Bila dah kena tolak dengan air tu sendiri, baru tahu petapa la kuatnye arus. Satu perkara yang saya fikir time buat aktiviti ni adalah, selamatkan nyawa je. Gagahkan la jugak tangan menarik tali melawan air yang deras. Kalau nak dibandingkan diri ni, dah macam sehelai kain yang tersangkut kat tali ampaian tengah-tengah angin ribut yang kuat (pic). Tunggu masa je nak melayang . Huh, memang scary. Sampai je penghujung tali, satu badan sakit, macam lepas berlari satu pusingan padang penatnye. Tapi Alhamdulillah berjaya.

 
4) River crossing – non assisted.

Yang ni pon aktiviti merentas sungai juga. Tapi tanpa tali, ia menggunakan kayu. Aktiviti untuk individu, saye fail. Tak ,mampu kot nak lawan arus merentas sungai tu, menggunakan kayu. Senang-senang je air tu tolak. Last-last, 2 3 kali la jugak orang tolong. haha. 2nd time, secara berkumpulan. Pegang pada satu kayu ramai-ramai, yang paling kecil didepan, dan yang kuat dibelakang, jalan merentas sungai. Berjaya sebab ada orang belakang, kalau tak rasenye hanyut jugak dengan air deras tu. haha

y ni untuk berkumpulan.
 
Over all, aktiviti memang sangat best. Semua aktiviti ni tak pernah lagi buat, tapi sekarang dapat buat, so teruja la sikit. Hope lain kali dapat join aktiviti macam ni lagi. ^^

p/s : semua gambar hanya sekadar hiasan. Gambar sebenar tak ade.