Jul 31, 2011

Pagi y indah

Bangun pagi-pagi macam biase, terus ke depan rumah nak menghirup udara pagi y nyaman sambil melihat keindahan matahari pagi y penuh dengan vitamin E... erm, E kot.. ke C? haha, biarlah..

Tapi pagi ini rupanya lain dari y biase. Sangat-sangat lain. Sepertinya ade satu lagi keindahan y telah ditambah oleh sesuatu dihadapan rumah ku ini.

Terus tertanam niat hati ini untuk menghirup udara segar.

"Kucing- kucing...Rasenye ade je pasir kat tepi rumah ni. Kat depan pintu rumah ni jugak y die nak buat port."

Nasib baik la hati ni cukup sabar hari ini untuk tidak mengutuk kucing y tidak bertanggungjawab itu. Dan baunya tak lah begitu harum. Tah, tak berbau kot.

Lepas siap-siap mandi beserta sarapan, pergi la ke depan balik nak basuh.

Tapi bile simbah je air, wah!!!!

Terus bau aroma perut-perut ikan y dah berulat menerjah hidung.

Nyaris sikit je lagi nak terkeluar balik segala sarapan y baru ditelah tadi.

Huh, sabar je la. -_-!!

Nasib baik kucing itu binatang.

*entry ni tak de gambar. Takut nanti hilang selera makan sape y tengok. hehe

Jul 30, 2011

Chajatta | Found You

[Mood Jiwang] -- tak boleh tido.. :p

Satu lagu Korea y amat diminati. Sebagai halwa telinga y merdu mungkin.

Title : Chajatta [Found You]




Lyric Translation :

Honestly, at first I didn't know, though it was an accidental encounter
Till now, I've learned more about sorrow than happiness
Though I was full of tears, I will bring you only laughter
I must have finally found my other half
My heart is racing like this
Found you my love, The person I've been searching for
I want to share a heated embrace with you
Stay still and close your eyes
So I can kiss you on the lips
I love you, its you who I love
Found you! The person I'll keep by my side
Though I had kept my heart closed, I'll give my heart to you
I must have finally found my other half
My heart is racing like this
Found you my love, The person I've been searching for
I want to share a heated embrace with you
Stay still and close your eyes
So I can kiss you on the lips
I love you, its you who I love
Found you! The person I'll keep by my side
The person who embraced all the painful wounds on my closed heart
I want to love you more and more, for eternity
Found you my love, The person I've been searching for
I want to share a heated embrace with you
Stay still and close your eyes
So I can kiss you on the lips,
Stay still and close your eyes
So I can kiss you on the lips
I love you, its you who I love
Found you! The person I'll keep by my side
Thank you... For coming to my side....

sumber lyric

Saye juga merupakan insan y tidak dpt lari dari mendengar dan menonton artis korea. haha

But not as fanatic one. Sekadar hiburan di masa lapang mungkin ^_^

Jul 29, 2011

Tenang yang dicari

Ya Allah.

Tatkala diri ini resah, Kau berikanlah kekuatan.
Tatkala diri ini bimbang, Kau berikanlah ketenangan.

Kau kuatkan lah hati ini,
bahawa sayang kepadaMu adalah lebih agung daripada sayang sesama manusia.

Bila mana aku bimbang hilangnya kasih sayang manusia,
kau hadirkanlah perasaan bimbang lagi aku pabila kehilangan sayang Mu.

Cinta manusia itu hanya sementara,
tetapi cinta Mu itulah y tetap kekal abadi.


Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI.


Kau jadikanlah segala ukhuwah y terjalin itu berukhwah kerana Mu semata-mata.

Di jalan Allah,
Ukhuwah ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenali mereka dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

sumber : iluvislam.com

Ramadhan 1

Malam ni saje, penuh post pasal bola kat facebook.

Ape pon Alhamdulillah sebab tak banyak y mengutuk pihak kita. Masing-masing tetap memberi semangat kepada pasukan Malaysia.

Yang pasti, ramai marah dengan pemain Singapore y dikatakan 'bersandiwara'.

Mungkin betul sebab bile dilihat siaran lansung tadi, memang ramai pemain Singapura y jatuh tergolek. Sakit betul atau tak, itu kita tak tahu.

Okey kita off pasal bola. Tak tahu banyak sangat pon actually. hehe

-------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, tak sampai seminggu lagi pon nak berpuasa.

4 hari je lagi tinggal.

Persediaan? Jom kita hayati sedikit basic ilmu mengenai puasa.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2) Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kite lupa, basic itu merupakan satu perkara y penting dan perlu kita kuasai.

Jika tiada akar, maka tiadalah pohon nya dan tiadalah juga buahnya.

Salam Ramadhan ^_^

sumber ilmu : link

Jul 27, 2011

Flashback : Pengalaman Memberi Erti kepada Kehidupan

Tiap kali Ramadhan nak menjelang, mesti saye teringat satu pengalaman y pernah saye lalui dulu.

Nak cerita sikit kisah dulu-dulu.

I start to leave my home dalam usia y muda la jugak. Form 4, 16 tahun. Ni bukan kisah tinggalkan rumah setakat dok hostel and balik tiap-tiap bulan. Ni kisah y balik rumah setahun 2 3 kali. Travel sorang-sorang naik bas dari Kedah ke Pahang tengah-tengah malam. Memang tu perkare biaselah.

Waktu tu time mule bersekolah dekat MRSM Kuantan. Rumah pulak kat Sg Petani Kedah. Bas dari Sungai Petani ke Pahang tak ade yang berjalan siang. Semuanye malam. Paling awal pon dalam 9 malam kot. Dah tempoh perjalanan untuk sampai ke Kuantan Pahang tu dalam 7 8 jam.

So, kalau lepas cuti-cuti panjang, hari Sabtu malam tu saye dah bersiap sedia kene naik bas. Sebab kalau balik hari Ahad malam, takut tak sempat ke kelas pagi Isnin tu. Biasenye saye ambik bas paling lewat la, sebab tak nak sampai kat Terminal Makmur Kuantan tu pagi sangat. Mungkin bas dalam pukul 10 11 mlm ke. Jadi, akan sampai dalam pukul 5 6 pagi kat Terminal Makmur tu.

Yelah, seorang kanak-kanak or awal remaja perempuan dekat stesen bas jam 5 6 pagi sorang-sorang, tak bahaye ke? hehe.. Nak buat macam mane, dah memang tak ade choice lain.

Tapi tu bukan kisah y nak diceritakan.

Kisah yang nak disampaikan time hujung form 4 kot. Nak balik rumah sebab cuti raye lah. Waktu tu keluar dari MRSM naik teksi dengan sorang member, dipanggil Kady (rindu die ^_^). Time nak keluar tu tah macam mane hujan turun dengan lebat. Lebat semahu-mahunya. Time sampai kat Terminal Makmur tu, baju sekolah dah basah dah ni and kitorang sorang pon tak bawak payung.

Tapi tak pelah kan, lepas tinggal beg kat terminal tu, rancangnye nak beli makanan untuk berbuka dekat bazar berdekatan. Menapak la pegi sane. Dah hujan lebat tu, memang tak dapat lari la dari kene air. Baju pon macam dah mmg basah lencun. After beli-beli ape y patut, balik la semule kat terminal. Waktu berbuke pon dah nak dekat. Naik-naik je kat seat menunggu, tengok orang penuh.

Memang dah tak ade space nak duduk. Lantai pon orang tibai je duduk janji dapat buke puase. So, kitorang pon patah balik turun cari tempat y mane kosong nak duduk makan. Nasib baik la hujan dah berenti. Tapi masalahnye memang tak jumpe tempat. Last-last kitorang ambik port kat tepi longkang tepi jalan. Dah tak sempat nak cari sebab azan pon dah berkumandang. Memang sadis habis. Kalau biase ke teminal makmur longkang y dimaksudkan adelah longkang tepi jalan y orang lintas dari teminal makmur nak ke Mydin. Ha, situ la.


bukan gambar sebenar

Tak pernah la lagi seumur hidup ni, makan duduk tepi longkang berbekalkan lampu jalan kan. hehe. Tapi itulah pengalaman bak kate orang. Dah tu, mule-mule kalau diikutkan, saye punye bas same dengan Kady ni, die pergi Perak and saye Sg Petani. Bas sekali jalan. Tapi time nak naik bas tu, pak cik bas kate asing, senang. So, terpisah la dengan Kady ni. Naik bas sorang-sorang. Dengan kasut and stokin dan kain y basah lencun, dok dalam bas y sangat sejuk selame 7 8 jam.

Sampai kat Sg Petani, kaki cram. Tak boleh nak gerak. Jari kaki semue kecut coz kasut and stokin y basah. haha

Tapi itulah pengalaman hidup, kalau kite tak pernah berada dalam kesusahan, susah kite nak bersyukurkan.

Tiap kali kite rase kite ni susah, ingatlah yang ramai lagi orang lain kat luar sane y susahnye berganda dari kita.

Pengalaman hidup ni, terlalu banyak untuk kita tempuhi. Jangan ingat y kite ni tahu semua benda.

InsyaAllah, bersederhanalah dalam semua perkara.

Allah lagi mengetahui dari kita.

Peace ^_^

Angin itu mengingatkan kita


Pagi ni, cuaca Sungai Petani diserikan dengan angin bayu y bertiup.

Tatkala bayu itu menyapa dipipi,
terasa diri ini dipukul untuk peringatan
,
diingatkan bahawa Allah itu ada,

walau pun tak nampak dimata,

Namun itulah bukti kewujudanNya,

Ibarat angin bayu ini,

Tak nampak dimata tetapi boleh dirasa,

Nikmat bila ia menyapa lembut mengusap pipi,

Tapi manusia itu sering leka,

leka dengan kesenangan,

Apa y tidak terlihat oleh mata itu,
dibuat-buat seolah sememangnya tidak wujud,

yang tak terlihat oleh mata itu,

Dijadikan alasan bahawa mereka lupa.


Ya Allah,
jauhkan lah diriku ini dari sifat alpa dan leka.

Angin itu mengingatkan kita bahawa tidak terlihat itu tidak semestinya tidak wujud.

Jul 24, 2011

Hang out Sg Petani dan Flat 3A


Yesterday...

Rase seronok dapat keluar ngan member Sg Petani.

Setahun kot tak jumpe, ke lebih. Tah la~~

Actually tak ade la ape-ape y menarik sangat pon.

Just keluar makan-makan. Lepas tu tgk wayang.

Layan cerita hantu.

Dah katenye 2 orang akak manis ni kate diorang suke layan citer hantu.

Wayang Flat 3A.

Mengisahkan seorang lelaki y sanggup membunuh ayah tiri sendiri demi harta dengan cara y syirik. Kemudian membunuh pulak bomoh y tolong bunuh ayah die tu coz tak nak bagi share harta. Kemudian 'mengandungkan' pulak awek die dan kemudian lagi menyuruh si awek tu gugurkan kandungan sendiri. Jahat kan? Hantu y terlibat adalah hantu kanak-kanak y telah di 'terbunuhkan' oleh lelaki tu ketika nak menjalankan upacara bunuh ayah die kot. So, roh kanak-kanak tu mengganggu si awek lelaki tu sebab si awek tu lepas gugurkan kandungan kat rumah die, berpindah ke rumah kejadian kanak-kanak tu dibunuh iaitu rumah bomoh tu. Dan rumah itu terletak di Flat 3A. Last sekali, lelaki tu mati sebab jatuh flat tu ditolak oleh si awek sendiri.

Paham? haha

Kelakar kot tengok Jihah dengan Ayien ni menjerit terkejut tengok hantu.

Nyaris je nak terpelanting pop corn kat tangan Jihah tu.

Cerita tu pon seram la jugak. Kecut je perut time part-part hantu tu nak keluar.

Tapi, buat-buat berani je la kan. haha

Ape ape pon thanks gurls coz sudi keluar dengan saye.

Dah la siap berjemput dan berhantar. Korang memang terbaik lah. hehe

Dah lame tak hang out ngan korang. hihi

Jumpe lagi raye InsyaAllah.

Nanti saye jemput datang open house okeyh? Make sure datang!

Jul 21, 2011

Result Exam Final Sem3 10/11 UIAM


Pengumuman!!

Result Short sem utk student UIA da boleh check hari ni start pukul 12 tgh mlm td. Kepada y tak tahu lagi, sile ambik tau.

haha

Saye rase saye sorang je y lambat check result. Pagi tadi baru tau. Ingatkan harini tapi pukul 5 ptg nanti. Tak tau la pulak pukul 12 am dah boleh check.

Tak pelah, tak berubah pon result tu kalau tengok lambat or awal kan? kih3

Komen utk result?

huhuhuhuhuhuhuh

Kecewa kot~~

Target macam tak tercapai. Tak tahu lah mane silap. Terkejut jugak. Mungkin usaha tu masih belum cukup.

Ape pon, Alhamdulillah la diucapkan kepada Allah sebab result short sem ni berjaye la jugak menaikkan CGPA y ciput tu. Naik 0.02 pon jadi lah kan?

hehe

Dari tak naik lansung. At least nampak la cantik sikit dari CGPA y sem lepas.

Harap sem depan result akan lebih baik. Kena menginsafi diri ni sebab dah masuk 3rd year. Lagi 2 tahun dah nak grad dah pon.

Kalau dok tahap ni je sampai grad, memang grad nanti dengan result y kurang cemerlang la nampak nye.

Pray for me frends ^_^

p/s : ayah menghadiahkan tangga baru untuk memudahkan mengecat rumah. ha3 =D

Jul 20, 2011

Ciri jejaka pilihan yang gadis perlu pandang


Kite selalu dengar, gadis-gadis berbicara pasal jejaka idaman hati.

Selalunya, kriteria y femes menjadi pilihan gadis adalah beriman, handsome, romantik, kaya dll.

Tapi hari ni, setelah berpenat lelah selama 11 jam mengecat bilik, saye terfikir untuk menambah satu lagi kritirea jejaka pilihan y patut ada.

Andai kalau orang lelaki boleh bising perempuan tak handal memasak dan kurang kemahiran rumah tangga nya, adekah lelaki itu begitu mahir dengan kemahiran rumah nya?

haha

Si jejaka pandai ke cat rumah? Boleh ke mintak tolong baiki singki y tersumbat? tukar lampu mentol y rosak? Boleh ke pergi tebas-tebas rumput belakang rumah? Repair atap bocor?

Owh owh owh. Sile lah jejaka menjawab.

Kalau setakat singki tersumbat tu, tak kan nak panggil tukang paip dtg tgk kan? Malu dan membazir je.

Jadi, ini salah satu ciri-ciri y perlu ada dalam jejaka Melayu, mesti ada kemahiran untuk hidup seperti y disebutkan diatas.

Tak tahulah kalau semua lelaki memang pandai hal-hal ni, tapi rasenye ade je lelaki y hanya pandai masuk keluar office, buat kerja pejabat. Ye dak? hehe

Tapi bukan semua la macam tu kan.

So, ciri y perlu gadis lihat dalam jejaka perlulah ditambah.
  1. beriman
  2. berkemahiran hidup
  3. baru tambah pilihan-pilihan lain :P

p/s : kawan-kawan, saye dah bekerja tau. Kontrak cat rumah. hehe..

Jul 19, 2011

Photography Competition with IPT category, Prize RM5000 cash!


Photography Competition


Name: MASIF 2011 Photography Competition

Competition Info

Duration of competition: 1 June 2011-31 July 2011 (2 Months)

Theme: 1 Malaysia in 2011

The picture submission has to portray the 1 Malaysia slogan. The picture can be an individual, a group, location, cultural and anything that highlights Malaysia’s harmony and the spirit of 1 Malaysia. Each picture submitted must have a clearly understood, strong visual message.

  • To encourage the celebration of Malaysia Day on 16 September 2011
  • To further enrich the spirit of patriotism.
  • To encourage the involvement of the public in Malaysia’s Art-Photography industry.
  • To encourage the flow of creative ideas from budding photographers.
  • To collect the best visual artwork and to support the emerging photographers through compilation of a book representing the work.

Participation:

Category A: OPEN

  • Open to all Malaysians. Total of entries are not limited. However, each candidate is eligible to win ONE prize if chosen as the winner.

Category B: Students

  • Open to all students from Public and Private Institutions in Malaysia. Participants must be citizens of Malaysia. Total of entries are not limited. However, each candidate is eligible to win ONE prize if chosen as the winner.
  • The candidate from this category must be in the age of 24 years old and below, beginning 1 January 2011.

Category C: Non-citizens

  • Open to Foreign National Tourists or foreigners residing in Malaysia.

Prizes

Category A: OPEN.
1st place: RM 10000 Cash & Products
2nd place: RM 7000 Cash & Products
3rd place: RM 3000 Cash & Products
Consolation Prize: RM 500 x 5 Winners

Category B: IPTA & IPTS Students.
1st place: Rm 5000 Cash & Products
2nd place: Rm 3000 Cash & Products
3rd place: Rm 1500 Cash & Products
Consolation Prize: Rm 300 x 5 Winners

Category C: Non-citizens.
1st place: RM 5000 Cash & Products
2nd place: RM 3000 Cash & Products
3rd place: RM 1500 Cash & Products
Consolation Prize: 300 x 5 Winners


more info, visit http://www.masifestival.com/2011/photo-competition/

Jul 15, 2011

Letter (far back in time)


Wah, rase macam lame pulak menyepi dari blogging ni.

Time cuti-cuti ni lah rase sangat-sangat rajin nak korek-korek balik barang lame.

And i found, surat-surat lame. Dari sekitar tahun 2005 mungkin.

Bukan surat rasmi ye. Tapi surat-surat dari kawan-kawan rapat suatu masa dulu.

So, baru la perasan banyak y saye ni ade banyak surat rupenye.

Saye mula belajar mengutus surat time darjah 2, sebab pindah sekolah dari Bukit Kepayang Pahang ke ABS Mentakab Pahang.

Lepas tu, koleksi surat bertambah time pindah dari SMK Seri Tualang Temerloh ke SMK Che Tom Kedah. So, budak-budak Tualang, sape rase die pernah kirim surat kat saye sila angkat tangan. Actually, time jumpe surat-surat tu balik, macam tak percaye je y kat sesetengah pengirim tu coz rase macam tak rapat sangat dulu.

Tapi sape tahu kan, walaupon secebis memori tu tapi kadang-kadang ia merupakan memori y sangat manis untuk kita. Dan surat-surat inilah y menjadi pengingat kepada memori itu. Kalau bukan kerana surat-surat tu, mungkin saye dah tak ingat yang saye pernah sangat rapat dengan beberapa orang disitu.

Dan koleksi semakin meningkat dengan mendadak time berpindah dari SMK Che Tom Kedah ke Mrsm Kuantan. Memang banyak. Sampai tak terbaca balik. Tapi sedih, sebab keakraban tu lame-lame hilang kini. Dah makin jarang berhubung.

Mungkin diakibatkan ketika itu teknologi semakin canggih, so sistem surat menyurat ni makin merosot. Ye lah, lagi senang hantar email dengan komen kat facebook je kan? Tak pon SMS atau call.

Ape pon, bersyukur sebab pernah merasai pengalaman berutus surat. Berbanding dengan budak-budak zaman sekarang nie, pakai SMS, call, email dengan facebook je. Bile penuh memori, delete semua tu. Jadi? Peluang nak ingat balik tu tipis la kan?

Dengan surat, selagi surat tu disimpan, selagi tu lah kenangan tu masih ade.

Tibe-tibe rase macam nak mengembalikan nostalgia tu.

InsyaAllah, raya tahun ni nak kirim kad raya kat semua orang y pernah bagi surat kat saye dulu. Sebagai tanda ingatan yang mereka masih segar diingatan.

p/s : Korang ade surat? Mesti tak de kan? Tak pon dah buang kan? haha :p

Jul 10, 2011

How to put Churp-Churp and Says ads on your blog



Hello.

Seperti y dapat dilihat dekat atas ni, saye dah berjaya buat satu lagi cara untuk advertise ads-ads dari churp-churp dan says.

Kalau kawan-kawan nak tau jugak. Boleh lah rujuk kat satu blog ni. Saye jumpe time google pasal benda ni. Kredit kepada penulis blog sebab ajar kami y tak reti ni.

Ini link blog tu. Korang boleh klik.

Tapi ada satu perkara saya nak tambah lah pasal setting ads ni.

Yang mana korang boleh tukar kedudukannya untuk letak kat tepi dan membolehkan ads tu bergerak dari atas kebawah, atau bawah ke atas.

Caranye, korang tukar je perkataan 'left' y ada dekat kod tu kepada down atau up.

Tu je lah. haha

Entry ni lebih kepada untuk bagitau geng-geng macam mana nak letak ads churp-churp dan says dekat blog korang.

Lagi satu perkara, saye punye internet telah mencapai limit. So, speed nye menjadi teramatlah perlahan y mana nak follow blog korang pon tak boleh.

Semua blog y saye bukak harini, part follower dia tak keluar. Jadi saye tak boleh nak follow balik. Kepada y dah follow blog ni, thanks ye.

InsyaAllah, nanti saye follow balik bile speed broadband dah kembali pulih seperti biasa.

Hope membantu. ^_^

Kukur Kelapa Tradisional

Hari ni saye nak memperkenalkan satu benda tradisional y ada kat rumah saye nie.

Untuk cik abang dan gadis manis bandar diluar saye, meh tengok korang kenal ke tak bende nie.

Saye menggelarnye sebagai kukur kelape duduk. Gambarnye macam yang kat bawah nie?



Pernah tengok tak?

Alkisahnye semalam, mak saye nak mengetes anak daranya ini.

Mak : Mira, mai sat.

Saye : Ye, mak.

Mak : Hang pi ambik kelapa kat luaq tu, hang kukuq (kukur). Nak tengok sikit reti tak.

Saye : Eh, reti la. Kan haritu dah pernah buat. Sambung y mak punya time ada mak cik jiran sebelah mai menyembang dengan mak time mak dok kukuq kelapa.

Mak : Ha, tak pa la. P ambik kukuq, mak nak buat pulut.

Macam tu lah lebih kurang.

Dah ambik kelapa tu, mak saye pon dah tolong belah kan. Maka duduk lah bersimpuh dengan manisnya macam akak kat bawah nie.



Kemudian start la saye meng'kukuq' kelapa. Berdasarkan pengalaman dulu, time sambung kerja mak saye tu, macam senang je.

Tapi kali ni memang sebijik kelapa, saye kena buat sorang.

Mase mula-mula nak start, memang confident habis. Konon kejab je kot.

Tapi, baru 5 minit pertama, tangan dengan pinggang dah mula lenguh-lenguh. Tak pe-tak pe, kena cover.

Masuk 15 minit, peluh dah penuh kat dahi. Sabar-sabar.

Last-last, time dah nak siap tu(setengah jam or lebih la jugak). Siap peluh menitik-nitik lagi.

Wah, mencabar habis kukur kepale nie.

Sampai harini, lenguh kat tangan ni tak hilang lagi. haha

Jul 9, 2011

Tips how to earn money from Says.my

Post ini bukan lah dari seorang y pakar tetapi hanya dari seseorang yang pernah menerima cash out sekali je dari says ni.

Bukan berniat menunjuk tetapi lebih kepada membantu rakan-rakan tanpa perlu melakukan spam dan froud click time berkempen iklan says ni.

Sebabnya dah banyak kali tengok ramai ahli says ni berkempen dengan cara y salah(letak byk2 link y buat org fedup) dan mungkin menjejaskan ahli lain untuk berkempen.




1) Korang boleh klik kempen sendiri.
Okey, jgn salah faham dengan cara pertama ni. Korang tahu tak y sebenarnya bile korang tekan link preview untuk kempen y korang nak share tu, korang dah boleh earn 20 sen? Tapi sekali je lah says bagi. Tekan banyak kali pon, korang tetap akan dapat 20 sen je. Makanya, untuk setiap kempen y ada tu, actually korang dah boleh dapat 20 sen. Kalau ada 5 iklan, tapi korang tak post pon, hanya dengan klik preview link, korang dah boleh dapat RM1 kan?

2) Post kempen korang kat facebook dan twitter.
Cara nak post pon ada caranya. Yang penting jangan la letak ayat 'tolong la klik'. Saye pasti, kalau korang letak ayat macam ni, lagi la tak ade orang nak klik. Yang penting, letak ayat yang berunsurkan informasi. Tapi says sekarang lebih memudahkan ahli-ahlinya dengan menyediakan beberapa messsage sebagai contoh. Apa y tinggal adalah, copy and paste. Kalau dulu, tak ada pon dan semuanya harus difikirkan sendiri. Last, kalau semua ayat-ayat y says bagi tu rasa tak menarik, just post kempen tu tanpa perlu tulis apa-ape. Kan sanang?

3) Post di blog
Yang ni adalah salah satu cara untuk mereka y ada blog. Korang boleh review sikit-sikit mengenai kempen y korang nak promote tu, dan letakkan kan link korang dekat post kempen tu. Contohnya seperti yang telah saye lakukan di blog ini. Kalau nak tengok boleh klik pada tag youthsays dengan says di bahagian kanan blog ini. Kalau tak reti nak post, letak je link kat tepi-tepi blog korang macam y saye dah buat jugak. Tapi y penting sekali, pastikan blog korang tu ada pembaca. Kalau tak ada pembaca, so tak ade lah tukang klik kan? Lagi banyak traffik blog korang, lagi luas la peluang untuk korang dapat unik klik.

So, itu sahaja 3 cara y saye tahu berkesan tanpa menyalahi undang-undang says. Kalau korang ada lagi cara lain nak tambah, boleh la kongsi. Komen je kat bawah ni.

Saye tahu, ramai lagi mereka y lain dah dapat berganda-ganda duit dengan says ni. Tapi dalam ramai-ramai tu, sape y betul-betul dapat duit tanpa perlu ajak kawan korang tolong-tolong klik link kempen, spam email orang lain, tag ramai-ramai kat facebook dan lain-lain? Kalau ada, memang saye kagum dan hormati.

Pada lain-lain y belum join says ni, jom la ramai-ramai meriahkan lagi kominiti ini. Korang boleh register disini.

Selamat mencuba kepada semua ^_^

Jul 7, 2011

Instanet, the new prepaid internet.

Bosan-bosan dok online, tibe-tibe muncul satu iklan baru kat says.my.

Iklan-iklan pasal pelan baru internet yang berkonsepkan 'bayar bila nak guna.'

Dulu time pakai broadband yang bayar bulan-bulan tu, ade la juga rase beban nak bayar sebulan RM68.

Dah lame lepas tu, bilik kat hostel Uni pon dapat wireless, terus terminate broadband tu. Tinggal je modem yang tak terguna.

Tapi runsing juga waktu tu coz teringat kalau kat rumah nanti nak pakai ape kan.

Nak langgan broadband rase membazir sebab nak guna pon time kat rumah je.

Kalau ade internet pakai broadband yang bayar bile nak gune je kan bagus.

Ade jugak servey kat Celcom and Maxis tapi pelan tu hanya untuk mereka yang guna smartphone, tak pon yang layan internet kat phone la.

Yang broadband punye tak de.
Ha, korang ade masalah yang same macam saye kat atas? Korang bertuah coz tibe-tibe ade iklan Instanet ni tadi. Saye pon dah tengah berfikir sekarang nak beli ke tak. hehe



Bayar internet bila guna dengan kadar yang murah la jugak.

RM5/ daily
RM18/weekly
RM50/monthly

Murah kan?

Klik sini untuk lebih lanjut and masalah korang akan selesai.

p/s : rasenye Instanet ni anak celcom sebab dijual di Celcom Blue Cube center.

Jul 6, 2011

Say bye to Nuffnang

Alhamdulillah.

Tengah hari ni, satu misi saye iaitu men'delete' iklan Nuffnang kat blog ni dah tercapai.

Dah lame actually nak buat tapi tak berkesempatan. Bukan tak suke or what, rase macam membazir je letak coz dah hampir setahun, earning still RM 2 ++. haha




So, dari memberatkan blog ni, baik remove je kan coz iklan Nuffnang memang berat. Untuk blog yang pelawat pon tak ade ni, memang tak de rugilah remove iklan ni.

But still, saye guna Nuffnang untuk melihat bilangan pelawat tiap-tiap hari. Just iklan tu je dah diremovekan dan diganti untuk ads-ads yang baru.

Lagipon, dengan ads baru ni at least saye boleh tapis sendiri iklan-iklan yang saye nak promote. Kalau ads Nuffnang, just ade 2 kategori, iaitu tapis dari iklan-iklan drug, alkohol and ape tah lagi.

Tapi for kad kredit(y tak diketahui ade unsur riba or tak), or ads losyen-losyen y kadang-kadang menampakkan tubuh seksi seseorang wanita itu still terpapar kat blog.

Macam tak yakin je dengan earning-earning dari situ. huhu. So, jalan terbaik remove je la kan.

Hope ads-ads baru ni boleh la bagi earning sikit. hehe

Setakat ni, rase berbaloi la guna ads baru coz earning dah melepasi tahap Nuffnang berganda-ganda even just post dekat facebook and twitter. Tengah kumpul sampai dah boleh cash out.

Nanti dah cash out and terbukti memamg dapat income, baru la boleh citer kat orang kan. hehe

So, say by to Nuffnang ^^

Jul 5, 2011

Game Angry Bird Femes?


Ehem ehem.

Saye dah lame terfikir satu soalan ni, tapi lupe pulak nak menyuarakan.

Ape yang best dengan game Angry Bird nie?

Actually, saye pon dah main. Dah habis semue level.

BUT.....................

Saye tak berape faham kenape game ni sangat glamer?

Rasenye game ni sangat biase. Adventure pon macam kurang la kalau nak bandingkan dengan Thumble Bug or Plan vs Zombie kan.

But yet, game ni boleh femes.

Saye main pon sebab dengar ramai orang dok cakap pasal game ni.So, saje la nak try.

Main tu memang la best, tapi macam tak ade something yang istimewa pon yang tiba-tiba boleh buat game ni femes.

Tu yang pelik sikit tu.

Sape ade jawapan?

Kenape Angry Bird ni femes dari game yang lain?

New Xpax


Haritu time phone hilang, sempat la jugak beli sim xpax baru before recover number yang lama tu.

So, sekarang saye ade 2 sim card.

Ikutkan hati, nak je guna number baru tu je. Murah sangat!

Last time, call my mum yang pakai number maxis. Set la mase setengah jam. Nak try, betul ke every 5 minutes, RM0.28 je.

Kalau dengar 28 sen tu memang la rase macam tak berapa murah pon kan. Tapi, memang excited la after 30 minutes, tak sampai RM2 pon habis.

Dah la call ke number yang lain network. haha

So, lepas ni dah tak de alasan la tak call mak selalu. Hari-hari kene call dah kot. :P

1 think je saye rase yang tak best dengan new xpax ni adelah, still pakai konsep airtime ikut nilai kite top up. Topup RM10, boleh gune seminggu je lah.

Tapi rasenye tak de masalah coz sekarang kita boleh request untuk extent airtime tu untuk setahun terus. hoho. Carenye tak tau. Tak sempat nak explore.

Haritu gayut dengan Cik Manisah yang menggunakan celcom, sakan borak sampai setengah jam. Tengok balik baki, tak sampai seringgit pon kene tolak. haha

Tapi kalau nak call mak je la kot akan tukar ke sim ni, i still have to used the old number sebab ramai orang nak contact number tu.

Malas nak bagitau orang yang saye dah tukar number. Kalau dulu, boleh la jugak guna 2 phone.

Sekarang dah hilang 1, pakai 1 je la.

p/s : walaupon tak dapat ape-ape keuntungan pada saye, but still, saye galakkan kat sape-sape yang berhajat nak beli new xpax plan nie. Kalau tak beli number baru, rasenye boleh je convert number kita yang dok guna tu kepada plan yang baru ni. More info, visit la celcom website. ^_^